Monday, January 30, 2012

Keroncong Kuala Lumpur..


Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1Malaysia (harus ke??) semua..
Walaupun hati saya digaru nak pergi bercuti, tapi saya tak bercuti pun.
Nak balik kampung aduyai..dah tak larat nak travel jauh sangat.
Pastu rasa macam tak larat nak menempuh jem.
Kesian kan.
Tapi takpe..kita kenyit mata lebih-lebih minggu ni.
Mana tau dapat pergi A Famosa Resort hujung minggu ni pulak..hehe


Konon-konon nak bercuti masa cuti Tahun Baru Cina.
Tapi akhirnya ke mana..??
Lastnya pergi Key El..diulangi..pergi Kuala Lumpur ok.
Saje jalan-jalan kat KL.
Dapat jalan-jalan KL pun sikit punya happy.
Dah lama meracun Incik Husben nak pergi Mid Valley Megamall.
Sebab anak tekak nak sangat makan durian pancake kat Sweet Chat tu.
Dapat jugak akhirnya ko.










Peminat dong dong ce..sampai tanak bergerak dari situ..


Ramainya manusia kat Mid Valley haritu.
Memang tengah sale Chinese New Year kan.
Mid Valley pun dah banyak yang berubah.
Maklumla, orang Melaka sekali sekala turun Key El kan..heh


Inilah makanan yang diidamkan sangat.
Rasanya? Dah namanya Durian Pancake, mestilah rasa durian.
Sedap bila tang krim nya tu.
Tapi overall memang sedap la duriannya. yummehh..



 
 

 


Masa ni rupanya dah tak menarik dah sebab dah lebih sejam.
Staff Sweet Chat tu bagitau, paling best makan sebelum sejam.
Kalau tak Durian Pancake ni jadi lembik sikit.
Lupa pulak harganya.
Ingat-ingat lupa macam RM7.90 - 3 pieces.


Ok. Bai durian pancake. Nanti kita jumpa lagi di lain masa dan waktu..heh





Restoran Sweet Chat ni ada macam-macam dessert.
Nampak sedap-sedap semuanya.
Mujur tak haloba sangat time tu.



Untukmu sayang...








Baju dan barang-barang untuk Adik Baby.
Ada lagi dalam storage box tu termasuk abang long punya baju newborn.
Dah siap cuci dan simpan.
Tapi belum letak dalam beg ke hospital lagi.


Mama punya beg pun satu hape tak isi lagi.
Ala-ala macam konfiden tahap dewa la bersalin lambat lagi.
Padehei lagi berapa minggu je lagi ni.
Set bersalin semua pun belum lengkap lagi.
Arghhh..berdebar ok. Berdebar.


Berhabis hampir RM500 untuk baju sahaja. Iye, baju sahaja.
Baru sedar baju kanak-kanak riang ribena masa kini adalah sangat mahal.
Kalah rega baju mama.
Agak-agak boleh up tak hantaran kahwin nanti? heh..ok, tak kelakar.