Wednesday, May 08, 2013

Pasca Pilihanraya Umum 2013



Lebih 2 minggu berhibernasi. Taktau apa lagi yang mahu ditulis di sini. Hari-hari pergi kerja cuma sibuk membaca sini situ. Maklumlah pilihanraya cuma 5 tahun sekali. Entah ada umur ke dak nak tunggu PRU yang akan datang nanti kan.


Tapi pilihanraya kali ni memang meriah. Daripada sebelum kempen, sebelum penamaan calon, lepas abis kempen. Macam-macam cerita. Sebelum PRU 13 banyak isu, lepas PRU pun masih banyak isu.


Yang pastinya, makin ramai yang celik politik sekarang ni. Cuma sambil-sambil baca tu kena la fikir-fikir, tapis yang mana betul yang mana boleh dipercayai, yang mana macam was-was je. Amik fakta-fakta yang halalan toyibban ye..


Apa pun, negeri Melaka dah dapat Ketua Menteri yang baru menggantikan YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Ketua Menteri Melaka yang baru YB Datuk Ir Idris Haron, Ahli Dewan Undangan Negeri Sg Udang baru angkat sumpah semalam. Kami rakyat negeri Melaka dah memang lama mendengar khabar bekas Ketua Menteri tak akan bertanding di kawasan DUN pada PRU 13 ni.


  Ketua Menteri Melaka baru janji teruskan legasi Mohd Ali


Camne pun, harapnya Melaka terus maju di bawah pimpinan Ketua Menteri yang baru ni. Nak la juga taraf kehidupan rakyat Melaka setaraf dengan kemajuan fizikalnya. Dapat gaji macam orang Key El kekdahnya...ngeeee...