Minggu saya yang sibuk bermula di Kuala Kangsar. Balik kampung hari Sabtu, kena balik Melaka hari Ahad. Penat sebab jauh sangat rasanya. Dalam kereta, bila buka mata "tak sampai lagi??"..buka mata je "eh, tak sampai-sampai lagi??!"..Bukan tidur saje lelapkan mata SEKEJAP. heh..nampak sangat tipu. ok
Pekan old school yang sentiasa dirindui. Sedangkan tempat jatuh cepat-cepat bangun sendiri takut mamat hensem ternampak pun boleh terkenang-kenang, inikan pula tempat lahir kampung halaman dan tempat ibu tercinta saya menetap.
Kelmarin meeting dengan klien keseorangan. Rasa macam macho dan cool sangat bila pergi meeting seorang-seorang ni rupanya. Best, boleh menyinggah beli ini, beli itu kejap. Ala, kejap je pun. Masa mula-mula ketar gila, maklumla selalunya "pegang baju" boss...
Semalam ke Petaling Jaya. Meeting lagi. Mewakili anakguam yang akan terlibat dengan manufacturing prebiotic lacto capsule dengan sebuah syarikat Australia yang ada sebuah anak syarikat di Malaysia -- produk macam Yakult tapi dalam bentul kapsul.
Yang menariknya, ada ibu menyusu yang sumbangkan susu perahan untuk tujuan ekstrak bahan. Tak bagitau pun kat saya tau, kalau tak saya boleh gak buat income sampingan menyumbangkan apa yang patut..heh..Sungguh susu ibu tu dah terbukti terlampau banyak khasiat dan banyak kelebihan seperti mana yang dikehendaki-Nya.
Lepas meeting singgah kat Amcorp Mall jap. Cuci-cuci mata sambil rehat-rehat. Maklumla, dah kata cuti sekolah, mestila Incik Husben sedia menjadi pak supir ye. Jalan-jalan dalam Amcorp Mall mengimbas kenangan zaman kurus dan zaman berchenta. Selalu datang sini dulu berjoging kat taman luar, berdating kat dalam shoping. Bagusla tu menghabiskan duit mak abah..hehe.. Kat sini yang best nya dia ada FLEA MARKET, macam-macam ada jual.
My first time in Lunatots, Amcorp Mall. Cantik dan banyak barang best. Beli satu nursing shirt untuk diri sendiri. Kalau ada masa boleh datang lagi..
Lepas tu singgah makan pulak kat Nasi Ayam Kampung A. Hasaan kat Velodrom Cheras. Memang kami berdua suka tempat ni. Masa zaman berchenta dulu-dulu tempat ni tak meriah sangat pun. Sekarang...ish ish ramai sangat. Menjadikan kawasan ni bersepah dan berterabur dan menambahkan populasi mak iti-mak iti. Dari penelitian saiz sekor mak iti yang telah terkorban kena gelek dengan tayar kete kat atas jalan berhampiran, memang mereka-mereka sekalian cukup khasiat makanan.. heh.. Tapi camne pun, nak jugak! Nak jugak!
Saya suka sangat dengan gulai dia ni. Rasanya macam rendang tapi dalam bentuk berkuah. Tapi ayam dia memang kesian sebab kurus-kurus. Agak ngeri mengenangkan anak ayam yang tak cukup umur dan belum baligh telah terkorban. Tak sempat nak merasa makan ayam KFC..ehe..
Klien kejar sini sana sampai petang ni tapi saya betul-betul dalam mood bercuti. Penat dah sangat. Rasanya bertuah jugak sebab dapat bos yang memahami. Sebab tu la entri hari ni panjang sket untuk mengubati kerinduan korang semua nanti. Hehe..
Gambar budak kecik takleh duk diam. Senyum senget. Tak pulak sempat nak intebiu, ikhlas ke tidak senyum tu..hihi..
Kami sekeluarga ke Vietnam. Doakan kami selamat pergi dan balik dan dalam lindungan Allah selalu...