Busy nya sejak masuk tahun baru 2011 ni. Kadang-kadang merungut dalam hati juga. Kesian kat suami dengan anak, sebab kadang-kadang sampai tak ada masa di rumah.
Sehari suntuk kulit ai yang mulus ni (uwek) tak dapat pengcahayaan yang cukup. Keluar pagi sebelum matahari terbit, balik lepas matahari tenggelam. Kalaulah matahari BFF mungkin dah merajuk tulis surat letak dalam beg sekolah tak mao kawan lagi. Macam la gaji saploh ribu. Padehal ciput je. ngehh..Kalaula bos tak nampak calon pekerja cemerlang ni (angkat tangan tinggi-tinggi...saya!...saya!..saya!) taktau la nak kata apa.
Eh, teringat pulak zaman sekolah rendah. Bila besfren marah kat kita atau merajuk ke, mesti tulis surat luahan perasaan cakap apa yang dia tak puas hati pada kita. Pastu letak bawah meja. Takpun letak dalam beg sekolah kita masa kita yang rasa tak bersalah ni tengah sedap mencekik kat kantin time rehat. Eh, sape yang dapat surat macam tu ek? hehehe...
Time sekolah menengah, pendekatannya lebih brutal ye. Siap buat macam grouping satu dorm. Selalunya satu dorm la. Buat bulatan, pastu kau cakap apa yang kau slek dengan aku. Pastu aku pulak pulun apa yang aku tak puas hati dengan kau. Tapi masih terkawal, tegur sikit-sikit je pun. Sopan la lagi. Lahai, bukannya dia jahat sangat sampai bunuh orang pun. Paling tak boleh lupa, ada sorang kawan tu tegur sorang lagi, suruh basuh baju dalam baldi dia sebab dah busukkk..!! Pastu budak yang kena tegur suruh basuh baju tu terus tukar sekolah..
Masa kat universiti pulak, ada usrah. Dengar tazkirah, mengaji Quran ramai-ramai, sembang-sembang, gusip-gusip sensasi. Teringat ada sekali tu, kitorang tegur seorang kawan ni. Dah kata namanya UIA, mestila pakai tudung. Tapi kawan saya ni memang tak pakai tudung kat luar dan kaki clubbing. Zaman-zaman remaja baru nak naikla katakan. Pastu dorang yang lain ni attack dia habis-habisan. Dorang ni cuma takut dia minum je. Pastu dia nangis. Rasa kesian kat dia. Nasib baik dengar je. Lagipun bukannya dia budak jahat, nakal-nakal camtu je. Lagipun pengaruh kawan kut.
Kesimpulannya, macamana cara terbaik kita nak menegur orang lain? Sedangkan diri kita sendiri pun kureng. Tapi apa yang orang tu buat sangat slek di pandangan mata kita. Rasa macam tak boleh blah sangat-sangat maksimum dah. Kalau tegur jadi gaduh. Ke nak biarkan je? Dan paling best, dia lebih senior bertahun-tahun daripada kita dari segi umur mahupun dalam kerja...