Friday, March 02, 2012

Diari Hamil Saya : 38 weeks plus and countdown begins...

Menghitung hari...dah 38 minggu plus. 11 hari lagi ke EDD. Takdela lagi tanda nak keluar Adik Baby setakat ni. Best agaknya duduk dalam perut mama.

Harapnya Adik Baby keluar cepat la dari EDD sebab Adik Baby dah semangat dah. Yelah, hasil dari segala gula benda manis yang mama dah mentekedarahkan. Sejak menjak ni dah tak berapa nak kontrol makanan manis dah. Semua main redah je.


Ada jugak la rasa sakit perut sekali sekala.  Tapi sakit perut kali ni rasanya macam period pain. Kadang-kadang tengah masak ke, tengah solat ke, sakit perut. Tapi taktau ini contraction ke tidak. Masa Ahmad dulu mana sempat rasa contraction sebab pastu je terus kena sorong masuk operation theatre.  


Isnin lepas final check up di hospital, 13 Mac (EDD) kena admit wad. Pastu 14 Mac kalau takde tanda gak kena induce. Seram dengarnya. Walaupun berat badan sendiri turun, tapi berat Adik Baby naik sangat-sangat. Dah prepare semua barang. Cuma mental guwe ni tak sure la dah prepare ke belum..huhu

Nak menjawab komen-komen sahabat-sahabat yang berkenaan :

kakzakie : belum cuti lagi dan belum hand over kerja lagi kak. Semua kerja dah siap cuma belum sempat nak hand over lagi...ermm..bilalah agaknya ye. Akak, bagilah tips ke petua ke mudah bersalin...

yob samad : hehe..tapi kalo jadi penguin lagi comei kan..Pantang sini la yob. Nape? Nak datang melawat bawak hadiah beso ek..hehe..

wahida : rasa mcam perut takdela beso sangat..tp melonjong ke depan. Depa kata tengok dari belakang macam tak peknen. Tapi dari belakang la. Kalo dari tepi agak ngeri gak la..haha..Orang la yang kata kannn..hehe..bukan taknak letak Wahida...kang tergelemer sangat pulak ..orang-orang nama Wahida sume gelemer2..huhu

kak ana : ada la jugak 2-3 nama..tp last2 nanti ada je yang tak setuju..huhu..camne tu..tp semestinya nama anak ringkas-ringkas senang je sebab babahnya tanak nama-nama canggih sangat katanya..menurut perintah jela kak..



Hello, Amirah
Your due date is right around the corner and your baby's just waiting for the right time to be born. She's continuing to build a layer of fat, which will help her to control her body's temperature after birth and will put on more weight (boys tend to be slightly heavier than girls). Take it easy during the final week or so - this may be your last opportunity to relax. Instead of spending every available minute decorating the nursery or folding baby clothes, go out and see a movie, read a book or take long naps. Don't forget to spend some quality time with your husband too - it will probably be your last chance to have an evening out together for a while.