Friday, July 30, 2010

Resepi Bayi 7 Bulan

Saya mama yang sangat rajin memasak untuk anak saya yang sekarang ni dah masuk 7 bulan. Hehehe..Ayat starting, pembangkit semangat.

Tapi kan memang sekarang ni kami (refer to saya dan husben) masih bangun awal waktu hari bekerja untuk masak bubur untuk si kecik tu. Kecuali macam buah ke yang dah pureed, simpan stok dlm peti ais.



Selalu masak benda yang sama, rasa macam dah boring la pulak. Saya yang memasak untuk dia pun rasa macam  dah boring, rasa-rasanya Ahmad lagi la boring asik makan benda yang ala-ala sama tiap-tiap hari..huhuhu...

Jadi dengan rajinnya saya menggugel resepi untuk bayi 7 bulan. Taktau la pasni rajin lagi ke macam sekarang ni..hihi..

Meh tengok resepi2 yang mcam menarik je..tapi kenala tengok baby kita sesuai ke tidak dengan bahan2 yg digunakan ni...

Epal Bersama Kubis

Bahan-bahan


* 1 biji epal Golden Delicious, kupas dan parut
* 1 cawan kobis ungu, parut halus
* 1/4 cawan air
* 2 sudu besar kismis keemasan


Cara-caranya


* Didihkan air.
* Masukkan semua bahan lain. Didihkan sebentar.
* Kecilkan api, tutup periuk dan masak lagi selama 10 minit.
* Kisar halus setelah sejuk.



Bubur Oat Dengan Ikan

Bahan-bahan


* 3 sudu rolled oat/oat untuk dimasak (oat biru jika quaker oats)
* 10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
* 1 helai daun saderi
* secawan air


Cara membuatnya


* Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
* Masak oat, ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
* Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
* Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
* Hidangkan.


Kombo Lobak

1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku
1/2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh



Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk.
Masak api kecil sehingga empuk.
Setelah empuk, masukkan kacang pis.
Masak 5 minit.
Masukkan susu, kacau.
Hidangkan.
Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan

Kastard Susu Ibu

( 2 servings )


* 100ml susu formula/breastmilk
* 2 tsp tepung custard


Cara-cara


1. panaskan susu (jgn sampai didih). dlm mangkuk lain,bancuh tepung dgn sedikit air. masukkan tepung tu..kacau sampai pekat
2. simpan dalam peti ais..n hidangkan as dessert


Baked Banana and Apricot (6 months+)

4oz (1/2 cup) dried apricots
1/4 tsp vanilla essence
drop of maple syrup (optional)
1 medium ripe banana



Preheat the oven to 375 deg F (190 deg C).
Simmer the apricots in a little water or apple juice until soft, then puree them in a food processor. Combine the apricot puree with the vanilla and maple syrup (if using).
Cut 2 equal pieces of foil. Place half the banana (cut lengthways) on each piece.
Divide the apricot puree between each half of the banana and spoon over the top.
Fold over the foil and seal, to create 2 parcels.
Bake for 15 mins.
Cool to a safe temperature, puree or mash as necessary and serve!




Wholesome Banana Rice Pudding (6 months+)



4oz (approx 1 cup) cooked brown rice
2-4 fl oz (1/4 to 1/2 cup) warm milk (the amount you use depends on the consistency required)
pinch cinnamon
pinch nutmeg
drop of vanilla essence
1 tbsp raisins, soaked in warm water or apple juice to soften them
1 small, ripe banana (sliced)



Preparation couldn't be easier - just place all ingredients in a food processor and blend until smooth!





Easy Chicken and Banana (7 months+)

Sounds yucky? Our little ones loved - and still love - this recipe!



1 boneless, skinless chicken breast
1 small, ripe banana, mashed
4 fl oz (1/2 cup) coconut milk



Split the chicken breast in half lengthwise.
Stuff it with the mashed banana.
Place it in a small, oven-proof dish and pour the coconut milk over the top.
Bake at 350 deg F (180 deg C) for 30-40 mins, until the chicken is thoroughly cooked.
Chop to size or puree and serve with brown rice!


Usaha untuk Buat Frozen Stok EBM untuk bulan Ramadhan...

Aha..!! dah dekat nak Ramadhan kan..

Saya tgh berusaha keras..ye...sangat keras untuk membuat stok EBM untuk Ahmad kot2 la dalam bulan Ramadhan nanti tak de daya kan...

Tak byk pun collection frozen EBM saya...tambah2 lagi saya tak sihat dan takboleh nak nyusukan last week..dah guna dah frozen EBM saya..nak pulun dalam hujung minggu ni takleh la plak sebab ada family day kat Port Dickson..(ahaha..motif nak bagitau nak gi jenjalan...)..

Syukur Ahmad dah makan, so, takdela minum banyak sangat. Bolehla buat stok yang mana ada lebih2 tu..Cuma sekarang ni kuat merengek waktu malam. Taktau kenapa. Bila bagi takdela minum lama pun..tapi kerap sangat merengeknya...ermmm..

Pengeluaran hasil tenusu..ahaks..saya sekrang ni pun takdela banyak, tapi bersyukurla berapa yang ada yang dapat, masih boleh buat stok lagi.

Kakak saya sekrang pun saya dah promote BF. Supaya dia BF kan anak dia yang baru 3 bulan. Tapi niat dia tak bagus. Ada ke semata2 nak jimat..cess..sepatutnya untuk kebaikan anak dan diri kita jugak..
Doakan saya berjaya kumpul stok selagi daya ni..chaiyok..chaiyok..

Minggu ni ofis saya ada family day di Tiara Beach Resorts Port Dickson. So, kami sekeluarga akan ke sana bergumbira dan berkenalan dengan staff dari branch KL. Nanti saya update pasal family day saya ni..

Ayoo..!! baju dinner esok malam temanya hitam merah..saya tak pernah ada baju warna merah..hehe..sebab tak berani nak pakai..ni satu hal le plak nak kena cari beli. Nasib la tak buat tema Hawaii ke..naya ahkak...

Tips Atasi Masalah Lupa





Adoi laaa...penyakit lupa saya sekarang ni makin kritikal nampaknya.

Kelmarin saya hampir2 terlupa no ic saya..!!!Tak sangka saya. Terkejutnya..ahak ahak..Pastu semalam masa nak cucuk duit kat mesin ATM, saya dh lupa lngsung no pin..naseb baik cik abang ada kat sebelah, dia plak yang ingtkan no pin..(sweet kan suami tau no pin isteri..ada makna nih...hahaha...)..kalo tidak harus tak bershopingla saya harini..

harap2 dalam masa 5 tahun akan datang (kalau masih bernyawa kat bumi Allah ni) saya tak lupa nama husben saya...hihi..mana taknya skrg kan panggil abang..abang..kalau lupa rupanya lagi la naya..!! hahaha...

Dan semalam as usual (read : acara wajib mengabihkan duit gaji), saya beli majalah Keluarga Harmoni. Bukan nak baca sgt pun..abis rajin pun baca yang mcam menarik perhatian je..bila tahun depan selak2 balik barula perasan..laaa..apsal macam tak baca lagi ni artikel ni...?? -- apakahh??

Cover story pasal Datin Norjuma Habib Mohamed, sweetnya beliau ini. Beliau dh pregnant anak ke 3..maintain woo...saya? alignment dah lari..hihi..ok. lari topik.

Selak punya selak, ada tajuk menarik , HAMIL PUNCA WANITA JADI PELUPA ..Hah..!! Memang kenala dgn batang idung sendiri..dalam hati  "Harmoni ni macam tau2 aje masalah lupa aku yg makin kronik ni..ishhkk"..terasa ai tau..

Artikel ni sebut "Berdasarkan kajian yang dilakukan pada tahun 1997, para saintis telah membuat pemerhatian terhadap otak wanita hamil bagi mencari punca kepada masalah lupa. Kajian ini meneliti imej pada bahagian otak dan mendapati terdapat peningkatan dalam kelenjar pituitari dan pengecutan kecil dalam keseluruhan saiz otak pada trimester ketiga kehamilan.." --- dushh..camno nak ada anak 8 orang (2 team futsal) ni...ermmm

Tapi jangan risau..!! Ada beberapa Tip Cara Atasi lupa..jom kita terjah..

1. Buat senarai pendek atau notis..

Ahaks..yang ni mmg dh buat..tepek bil-bil kat frigde..kalo tidak "saje2" buat lupa..(ohhh..ini kes "saje2" ye).

Resepi Ahmad bertepek2 kat dinding tepi dapur. Dengan harapan suci murni akan rajin masak untuk Ahmad. 

Ada whiteboard tulis hari atau cuti penting saya dan husben. Kalo tidak bengkak je rasa hati terlepas nak apply cuti..

Kat pintu bilik ada jadual matches World Cup aritu. Harus tak tanggal sampai World Cup 2014 nampknya..

Paling penting masa shopping list barang nak beli, kalo tidak asik lari bajet je...Mana leh jadi, kata nak gi holiday kat Paris..hahaha..berangan.

2. Beri komitmen dan cuba atasi dengan positif

Iye, saya mmg cuba beri komitmen. Diari kerja penuh ngan jadual apa nak buat, itu ini..ok2..kena beri komitmen ni..hihi

3. Banyakkan rehat dan tidur

ai likeeee...abang, kan dah kata kena banyak rehat.. : P

4. Elak minum kafein dan tidur awal

Kafein sekrang semakin dilupakan. Kadang-kadng seminggu sekali ye..wat pelepas winduuu..huhuhu..

tidur awal??ui, yang ni mmeng penyakit sekrang ni.. semalam saya tidur dlm timbunan kain nak dilipat bersama-sama anak..

5. Relaks dan usah terlalu risau dengan masalah ini

hahaha..apakah?? tengah risau ni..takut tak ingat nama husben sendiri tau..

Semalam pun ada kes naya. Saya tengah meeting dgn klien sambil saya tenung lama2 muka dia...tenung mcam nak carik gaduh pulak tu..seriussss...masa tu tak ingat nama dia!!!...walaupun bos kat dpn batang idung duk sebut nama dia jeee..hahaha..kritikal kan?? ada ke nama dia hazudin aku pi panggil samsudin..patutla pandang macam tak puas hati je..And dah beberapa kali terjadi kes ni time ada meeting ngan clients..

Tapi di akhir artikel ada ayat penyedap hati saya yang lara ni.

"Menurut Patricia Hughes (penulis buku berkaitan kehamilan), masalah ini akan hilang dengan sendiri selepas proses kelahiran. Katanya segalanya akan kembali normal dan ingatan anda akan pulih sedikit demi sedikit menjadi seperti sedia kala"..

Dalam kes saya..belum pulih sepenuhnya kutt.. ; P


(pic googled)

Wednesday, July 28, 2010

Sekolah Murid Mengandung..

Seperti yang telah dilaporkan di dalam akhbar-akhbar tempatan, Kerajaan Negeri Melaka telah mencadangkan pembukaan sebuah sekolah khas untuk murid mengandung.


Ura-ura tentang idea pembukaan sekolah ini telah lama didengari oleh kalangan rakyat negeri Melaka sendiri. Ketika Ketua Menteri Melaka, YBhg Datuk Seri Mohd Ali Rustam berucap dalam majlis-majlis rasmi sekitar Melaka, beliau telah mewar-warkan sokongan kerajaan negeri Melaka untuk menggalakkan remaja bernikah lebih awal bagi mengelakkan gelaja pembuangan bayi yang sangat berleluasa ketika ini.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri akan memberi bantuan kepada mana-mana remaja yang hendak berkahwin awal tapi tidak berkemampuan dari segi kewangan.

Walaupun tidak mendapat sokongan daripada Kementerian Pelajaran, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri tetap dengan pendirian meneruskan pembukaan sekolah tersebut samada di bawah kelolaan jabatan agama islam atau secara swasta.

Beliau turut menegaskan bahawa langkah tersebut bukanlah untuk menggalakkan lagi gejala hamil luar nikah tetapi menunaikan tanggungjawab kerajaan untuk  menyelesaikan masalah remaja-remaja ini yang perlukan sokongan dan bantuan selepas hamil luar nikah.

Beliau menjelaskan bahawa sekolah ini hanyalah terbuka untuk remaja perempuan mengandung yang sudah berkahwin secara sah. Rasionalnya adalah bagi mengelakkan mereka ini daripada keciciran dalam pelajaran setelah tidak diterima oleh pihak sekolah kerana hamil. Tetapi, dimaklumkan juga bahawa sekolah ini terbuka untuk kemasukan remaja perempuan hamil luar nikah dengan syarat remaja tersebut mengahwini bapa kepada anak yang dikandunginya terlebih dahulu.


Pendapat saya, idea penubuhan sekolah ini perlu ada rasionalnya. Dan sudah pasti akan ada keburukan dan kebaikannya.

Wajarnya, pembukaan sekolah ini akan membuka peluang remaja mengandung yang keciciran dalam pelajaran ketika mengikuti pembelajaran di sekolah aliran biasa mengikuti semula pelajaran sepertimana pelajar lain.Dan juga memberi ruang baru kepada remaja yang hamil luar nikah untuk menjalani kehidupan seperti ibu-ibu yang lain.

Namun begitu, pada pendapat saya, pembukaan sekolah ini tidak dapat membendung gejala sosial terutamanya gejala buang bayi secara langsung. Adalah penting bagi kita memahami 'akar tunjang' kepada masalah sosial yang menggila ini dan bukannya sekadar 'mengubati' gelaja ini setelah ianya menjadi 'nanah'. Lebih mudah bagi kita mencegah dari mengubati. Langkah negeri Melaka ini jelas adalah salah satu langkah merawati 'penyakit' yang menyerang masyarakat dan ianya jelas menunjukkan betapa parahnya sosial masyarakat hari ini.

Diakui bahawa amatlah penting bagi kerajaan mengambil langkah mencegah seperti mengukuhkan kembali institusi kekeluargaan bagi mengelakkan gejala dan masalah sosial ini. Jika sesebuah keluarga itu pincang dan tidak kukuh hubungan dengan Maha Pencipta, maka agak sukar hendak membina institusi yang tidak goyah. Malahan, sikap ambil tahu dan 'jaga tepi kain orang' saya kira amatlah relevan di zaman ini sebagai langkah preventif. Masyarakat kita perlu bersikap lebih terbuka dalam menerima teguran. Dan kajian mendalam tentang pengukuhan institusi kekeluargaan di negara ini perlulah lebih meluas. Malahan, kita sebagai ibu bapa tidak boleh menunding jari kepada orang lain sekiranya perkara sedemikian berlaku di dalam keluarga kita sendiri.

Selain itu, sekiranya penubuhan sekolah ini menjadi kenyataan, kajian menyeluruh mengenai undang-undang sedia ada berkaitan dengan remaja bawah umur perlu dibuat. Saya  berpendapat bahawa walaupun hal ehwal agama (sekiranya sekolah tersebut dibina di bawah kelolaan majlis agama islam) adalah di bawah Senarai Negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan, namun hal ehwal pendidikan masih tertakluk kepada Senarai Persekutuan yang memungkinkan berlakunya kekeliruan undang-undang kelak.  

Walau bagaimanapun, persoalannya adakah kahwin awal akan menyelesaikan masalah gejala sosial ini ataupun hanya akan meningkatkan statistik kes cerai di usia muda? Ataupun akan meningkatkan lagi kes isteri dan anak yang ditinggalkan tanpa nafkah?
Seperti yang ditegaskan oleh kerajaan negeri Melaka, idea penubuhan ini adalah salah satu tanggungjawab kerajaan merawati barah yang semakin merebak. Daripada hanya mengkritik tidak salah sekiranya segala pertimbangan baik buruk penubuhan sekolah ini dibuat sebaiknya termasuk mengambilkira rasionalnya. Ini dianggap sama seperti langkah kerajaan membuka "The Baby Hatch" (Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini) bagi mengekang dan menyelamatkan nyawa bayi-bayi yang tidak berdosa.

Sanggupkah kita menatap berita pembuangan bayi hampir setiap hari? Yang bermakna nyawa tidak berdosa dianggap mainan semata-mata atau kita akan melihat peningkatan statistik jumlah remaja hamil luar nikah atau bercerai muda atau digantung tidak bertali secara mendadak? Perlu diimbangi positif dan negatifnya.

Yang pastinya adakah sekolah ini akan ada manfaatnya di kemudian hari. Kita tidak mahu ianya nanti terbiar kosong tanpa murid. Harus difikirkan samada sanggupkah remaja ini yang hamil luar nikah yang sudah berkahwin secara 'bidan terjun' untuk mendaftar di sekolah ini. Dan persoalannya lagi masihkah mereka ini berminat untuk meneruskan pelajaran mereka. Kalau sekarang ini bayi dibuang merata-rata disebabkan perasaan malu mengandung luar nikah, adakah mereka-mereka ini sanggup menahan malu untuk menyambung pelajaran di sekolah ini.

Selain itu, saya yakin tidak kesemua bayi-bayi yang tidak berdosa yang telah dibuang datang dari remaja sahaja. Ada kemungkinan kes-kes tersebut melibatkan orang dewasa yang tidak mempunyai jalan keluar dari masalah hamil luar nikah selain membuang bayi mereka.

Dan perlu juga kita fikirkan arah dan masa depan anak-anak yang lahir dari remaja-remaja di sekolah ini. Sekiranya lahir dari remaja 'kahwin kerana terlanjur', bagaimanakah nasib mereka di kemudian hari.

Apa langkah yang sewajarnya yang perlu diambil perlu difikirkan secara menyeluruh oleh kerajaan negeri Melaka. Yang ini hanyalah pendapat saya sendiri. Mungkin anda semua ada pendapat yang berlainan.

EBM Sad Story

Salam Rabu...

Sejak dari hujung minggu lepas saya tak sihat. Selesema sket pastu ada rasa sakit di kerongkong. Susah sangat nak telan makanan hatta air liur..waa...sgt2 tak comfortable...walaupun takdela sakit sangat..mungkin sebab terlebih sudahhh makan pedas minggu lepas atau tertelan benda..perasaan tak selesanya tu rasa macam kita menelan tapi tersekat kat dada atau rasa kalau kita minum air byk2 gelojoh2 tercekik air kat dada. Adoii sakit.. Muka toksah cakapla..nampak nau moody nyer..jela sebab sakit tergambarla kat muka..

Tapi bersyukur jugak dgn rasa sakit ni moga2 Allah ampunkan segala dosa yang lepas. Moga Allah beri tubuh badan yang sihat semula kemudian hari. Syukur jugak larat lagi nak kerja mcm biasa dan jaga anak dan buat kerja rumah mana yang boleh dan terdaya buat. Baju serius berlonggok mcam Gunung Kinabalu..tak sampai lagila mcam Everest..hihi..tak larat nak melipat kain baju..atau dalam erti kata lain, malas fullstop. ngeh ngeh

lepas consult, kata gastrik..mmngla ada history gastrik, tp skrg ni bukan sakit kt perut, tapi sakit kat kerongkong..dptla ubat gastrik. Lepas minum tak ok pun. Last2 Mr Husben decide bawak pegi jumpa dr cina. Sebelum ni pun ada cuba ubat dia dan ok sgt. Tp dr cina (sensei) ni pesan jgn BF untk 3 hari (ubat 3 hari) plus 1 hari untuk bg clear ubat. Mr Husben kata ok kut..cubala, lagipun 3 hari tak lama. Pastu adala sket stok frozen EBM bleh bagi kat anak.Tp ubat dia mmng ok, baru mkn sekali dh rasa kurang dah sakitnya...

So, semalam tghari start makan ubt sensei. Maksudnya dah start pantangla. Mujurla pagi sempat pam dpt dlm 12.5 oz untuk 2 sesi. Then masih mengepam macam biasa, tapi kena buangla. Sedih kan. Dahla stok EBM tak seberapa, lepas tu kena buang plak. Setitik tumpah pun rasa macam dh nk nanges..waa..tetap gak simpan sume EBM yg dipam wktu malam. Mengepam masih macam biasa...

Dan malam semalam bermula la episod drama swasta..(teringat masa zaman budak2 dulu..kat rtm)..Ahmad takbleh nak tido.Kesian sngt tengok. Terpusing2 last2 tido sendiri. Tapi yg paling sedih pkul 3 pagi bangun cari 'ubat' dia. Nangis2 sampai Husben bagi susu dlm botol. Dah habis tapi merengek2 nangis2..akhirnya naluri keibuanku ini tewas juga (ayat novel) dan bagi jugakla 'ubat' Ahmad dan dia tido sampai pagi..tawakal pada Allah moga takde apa-apa kesan..dan Ahmad bangun pagi ceria macam biasa...

Camne la untuk 2 malam lagi..mau la meroyan nak nengok dia nangis2 lagi macam malam tadi...so samada, kena pegi tukar ubat atau consult medical dr yg laen arini..tak tahan nak tengok anak guling2 nanges cenggitu...dan harap2 takyahla buang EBM tu..sayanggggg...




Tuesday, July 27, 2010

Gigi Pertama Si Kecil Ahmad Setelah 7 Bulan..



Ahmad dah ada gigi...!! 2 batang gigi keluar serentak di gusi bawah...nanti jangan asik nak 'gunakan' gigi tu ye..hehehe..sian kat mama...

Nanti mama belikan berus gigi ada lion ek.. : P ... nanti boleh nyanyi lagu .. "bangun pagi gosok gigi..cuci muka makan roti..." --- aik, cuci muka jerr...??
 
Jom baca tentang gigi pertama bayi di Artikel dari Majalah Pa & Ma :

Gigi pertama si kecil

Melihat gigi pertama bayi merupakan saat yang menggembirakan. Namun untuk menjaga giginya itu perlu dilakukan sejak kecil lagi. Percaya atau tidak, itulah hakikat yang mesti anda akui bahawa gigi mula terbentuk sejak bayi berusia beberapa bulan.

Kebanyakan bayi mulai tumbuh gigi sekitar usia enam bulan. Malah ada juga sesetengah bayi mulai tumbuh gigi pada usia 4 bulan dan ada juga yang tumbuh gigi pertama selepas berumur 1 tahun. Manakala dalam sesetengah kes, ada bayi yang dilahirkan sudah mempunyai gigi. Ia dikenali sebagai gigi neonatal. Gigi ini telah tumbuh dan hadir dalam mulut bayi semasa bayi dilahirkan. Ia amat jarang berlaku.

Reaksi

Apabila gigi susu tumbuh, jangan hairan jika anak anda menunjukkan perubahan sikap. Antara perubahan sikap atau reaksi yang biasa ialah :

Kegatalan gusi
Ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.

Gusi sakit
Ini boleh dilihat dengan gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas. Bayi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa.

Demam
Ada juga bayi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.

Kurang makan
Selera makan bayi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan dia mendapat cukup cecair. Berikan lebih susu dan air.

Atasi masalah ketika tumbuh gigi

1. Cuba memberinya sesuatu yang keras untuk di kunyah, seperti kepingan keju atau lobak merah atau gegelang gigi pertama yang sejuk. Jangan tinggalkan anak anda seorang diri ketika dia sedang mengunyah benda keras, dikhuatiri jika ia tercekik.

2. Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.

3. Jika si manja kelihatan sakit ketika tumbuh gigi, cecair paracetamol boleh membantu. Berikan mengikut nasihat doktor. Jangan berikan aspirin untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

4. Dakap dan tenangkannya. Dukung dan bawanya berjalan-jalan atau bersiar-siar dengan kereta.

5. Sekali sekala bawa dia mengunjungi doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan nasihat yang betul bagaimana untuk menjaga gigi pertama.

Penjagaan gigi dengan berus gigi yang lembut

Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi tidak perlu untuk bayi pada umur begini.

Masalah gigi

Menyentuh masalah pergigian yang serius boleh dialami oleh kanak-kanak ialah karies rampan (rampant caries). Keadaan ini adalah di mana gigi kanak-kanak menjadi reput dan hancur dan akhirnya tinggal tunggul-tunggul sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa sakit gigi akibat infeksi dari gigi dan gusi. Ia diakibatkan oleh kehadiran gula dari susu, susu formula dan jus yang sentiasa bertakung dalam mulut bayi untuk masa yang lama.

Juga berlaku apabila bayi tidur dengan botol susu dalam mulut semalaman atau penggunaan botol susu untuk jangka masa yang lama sepanjang hari. Tindak balas bakteria dalam mulut terhadap gula ini akan menyebabkan kerosakan gigi berlaku

Jika merujuk kepada masalah nursing bottle caries ini lebih ketara selepas bayi berusia tahun. Jadi langkah-langkah pencegahan mesti diambil awal iaitu sejurus selepas gigi tumbuh.

Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang. Lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini. Jangan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak gemar meniru gelagat ibu bapa. Jadikan proses pembersihan gigi satu aktiviti yang dibuat bersama.



makan budakkkk!!!

Monday, July 26, 2010

Tiz Zaqyah yang cun..





Alahai, cunnya la si Tiz Zaqyah ni kalau pakai tudung..memang orang kalau pakai tudung sangat sweet gitu..tambah lagi sekrang ni macam-macam jenis tudung dah dijual. Beli je pilih je mana-mana style tudung yang kita suka.

Sejak Tiz berlakon drama Nur Kasih, memang meletop2 namanya..tambah2 pulak orang suka watak Nur Amina dalam drama tu..sangat innocent..lembut je..ahaks...

Tapi dah namanya pelakon kan, apa yang dilakonkan tu bukan nya kehidupan sebenarnya. Kita pun kena faham2 yela..Tiz pun kata dia akan berubah satu hari nanti..Kalau sebenar dia macam tu kan bagus. Mesti makcik-makcik berebut nak buat menantu..hihi..

Tak sabar nak tengok sambungan Nur Kasih dalam filem yang akan keluar awal tahun depan. Apa yang jadi pada Adam (owhhh acik suke..), Nur Amina dan Aidil (suka sangat lakonan Fizz Fairuz.. : ) ) dan apa kesudahannya..? jeng jeng jeng......


sumber : harian metro  



Saturday, July 24, 2010

Keistimewaan dan Keberkatan Bulan Ramadhan


Bulan Ramadhan dah nak datang menjenguk2..tapi saya ni rasa macam berdebar-debar je nak menghadapi Ramadhan..dalam hati "boleh ke tidak aku ni puasa" pastu nak menyusukan Ahmad lagi..ermmm...tak sampai sebulan je lagi ni sebelum nak puasa.. lol. 




Bila cakap pasal Ramadhan ni..macam-macam memori yang kita ada kan. Ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang manis, pahit hatta yang masin-masin atau tawar melesyet (bahasa Perak dah terkeluar ni..).




Yang pastinya hari first puasa je dah nampak rendang ayam, lemang, ketupat nasik, ketupat pulut, kuih berbaris macam askar kat atas meja rumah mak abah kita kan (tak kan tak balik kg kut) waktu raya..patutnya semangat nak rebut pahala bulan Ramadhan, bukannya ribut nak carik resepi masak apa bila raya...(ngeng...macam bagus je ayat ni..padehalllllll...)



 
Kalau cerita pasal memori sedih saya di bulan Ramadhan ni sudah semestinya.... pitam masa berpuasa. Malunya sebab pitam tgh2 orang....orang lain dok havoc berebut nak beli kuih bukak puasa, aku plak wat havoc kat situ.




Eiii..malunya. Saya pernah pitam masa pergi Pasar Ramadhan Jalan TAR KL. Agak-agaknya dalam 6 tahun lepas kut. Ishhh..harap2 sesape yg tgk tu dah luper la rupa acik ni..hihi..Sampai mengganggu trafik sampai jem la jugak jalan. Havoc tak havoc nya. Biasala, orang Malaysia kan rajin TOLONG TENGOK...huhu...pastu pernah pitam masa shoping raya...(ngeri kan...mesti takde can nak rebut2..huhu) sampai ada orang tolong hantar balik sampai depan rumah..hihi..sejak menjak tu kena awas2 sket..kalo ada rasa-rasa macam nak tumbang, nak buat havoc tgh2 orang ramai tu sudah2nya la bershopping..




Tahun lepas puasa pertama dan raya sebagai isteri orang..selalu kalau kat u dulu makan megi pon takde hal, tapi bila dah kawen, ate tak gheti2 ke nak bangun pepagi masak sahur untuk suami..hihi..eksaited maklumla first time..pastu sahur kitorang ngalahkan orang bukak puasa sume lengkap ada lauk jenis sayur bagai. Tapi ada jugakla terbabas, baru masuk sesuap dah azan...Ni tahun ni tak dapat nak bayangkan lagi resepi apa nak masak. Wiken ni nak pi borong sardin dalam tin. 29 tin cukup tak??? Kita pose 29 hari kan..hehe..




Tapi yang paling bestnya bulan Ramadhan ni pada saya la..pada saya ye:




1. Solat terawih



Memang takde dalam bulan-bulan yang lain. Rasa macam tak seronok kalau tak pergi terawih dalam bulan ramadhan. Rasa macam nak pergi kedai acik kat depan nun tapi lupa nak pakai tudung gitu perasaannya....Fadilat terawih ni besar sangat, harap2 dalam nak mengejar keberkatan terawih, takdela main tangkap muat je..memang salah satu keberkatan Ramadhan..

 


2. Bulan Rezeki



Yang ni paling best untuk orang-orang yang RAJIN macam saya..ngeh ngeh..alaaa...bukan malasss cuma tak sempat la (alasan kan..) balik keje nak masak lagi..nak tido sekejap lagi...hihihi.. Time bulan Ramadhan nak cari makanan segera selain yang memang dah sediakala segera, senang..merata-rata orang cari rezeki tambahan. Arakian (fuhhh...) di depan rumah kita pun ada orang cari rezeki. Rezeki 'tunjuk' orang kata..




3. Inovasi



Inovasi (sesuai ke?)Hihihi...time ni keluarla kuih muih yang segala macam kaler2 corak2..segala mak nenek kuih keluar..time beli agak2 duk kat depan kedai tu dalam setengah jam kut..tu diaaa...kuih dari hujung sana sampai hujung sini. Tapi bila dah rasa..adoi sedih.Tp niat nak tolong orang niaga jela (alasan lagi, padehal nafsu makan). Time tu keluar jugak Kuih Lapis Shahir, Kuih Sampan Jaclyn Victor walaupun Jac tak pose kut..Tepung Pelita Datuk Siti la..segala macam makanan...






4. Al-Quran




Seperti yang dah diketahui, Al-Quran diturunkan dalam bulan Ramadhan. Inilah salah satu keistimewaan dan keberkatan bulan Ramadhan ni. Jadi, apa kata kita imarahkan bulan Ramadhan ni dengan banyakkan baca Al-Quran. Patutnya bukan dalam bulan Ramadhan je, bulan-bulan lain pun patutnya banyakkan baca Quran (ingatkan diri sendiri..). Tapi bila baca Quran dalam bulan Ramadhan terasa sayu je..terasa berkatnya bulan Ramadhan ni..





Dan banyak lagi...keberkatan Ramadhan yang pastinya takde dalam bulan-bulan yang lain. Bukan je tak boleh makan, minum buat benda yang batalkan puasa, tapi kena hayati sepenuhnya bulan Ramadhan ni barula terasa sempurna ibadah puasa kita..dan barula best nak beraya..




Nanti kita cerita lagi pasal bulan yang sangat berkat ni ye.. : P

Friday, July 23, 2010

Kris Dayanti Cium Suami Orang..

Alahai, Indonesia sekarang ni gempar betul..dah la tengah hot tak habis-habis lagi dengan cerita Ariel Peterpan yang memang hangit tak hengat, sekarang pulak hangat dengan kisah si janda malatop Kris Dayanti.

Tanpa segan silu Kris Dayanti dan kekasihnya Raul Lemos berkucupan di depan media ketika adakan sidang akhbar..Raul Lemos ketika ini masih belum disahkan bercerai dengan isterinya..camno tu??





Majlis Ulama Indonesia pun rasanya tak lena tidur mengenangkan kisah artis-artis Indonesia ni. Tambah lagi mereka ni selalunya dijadikan idola dan kesayangan remaja-remaja di Indonesia, bahkan juga negara lain. 

Dan sekarang tengah hot pulak kisah video bogel Agnes Monica. Walaupun dinafikan bahawa orang dalam video tu Agnes Monica, tapi saya rasa mesti sekarang ni orang-orang yang berminat dah berebut-rebut nak download video tu..ermmm...

Ermm..agaknya macamna perasaan ahli keluarga dan anak-anak Kris Dayanti ni..

Dunia oh dunia...

Thursday, July 22, 2010

Makaroni Goreng Mamak Style

Suka suki je nak letak nama kat resepi sendiri yang main hentam je..sebabnya tak pernah pon masak makaroni..makan selaluuuuu...ala nak masak nye senang je rupanya (sebenarnya suka ati je...)..ini aktiviti hari Sabtu..dah lama tak main masak2..



bahan utama




Bahan-bahan: cili kisar (tidak kelihatan di dalam gambar ye..), fishball, fishcake, sosej, isi ayam, daun sup, sos cili, sos tomato, udang, sayur-sayuran, garam


konsep : agak-agak ler sukatannya asalkan sedap..

cara : tumis bawang merah, putih ngan cili kisar mcm masak sambal, pastu masuk semua bahan-bahan td ikut kesesuaian...

rasa : boleh tahan sedap laaaaa...hahaha..(tak mengaku tak sedap..)

tapi Mr Husben suruh bukak kedai..(tu kira jaga hati kah?)...

Ayam Penyet Lamongan

Restoran Ayam Penyet Lamongan

Lokasi : Kota Fesyen Melaka International Trade Centre (MITC)

Harga :  ok la takde la mahal sangat..(kalo mahal tak mungkin ku ulangi peristiwa ngeri itu..hehehe..)

Menu : Mestila Ayam Penyet, pastu ada pecel lele (ini bukan sejenis kuih ye...ikan keli goreng), soto, bakso (sedap nih..), lontong sayur..(ni pun sedap)..

Rating : Adoi..best..rasanya 7/10 kot tapi kedai takdak ekon...








Pecel lele (ikan keli goreng) dia memang terbaekkk...sambal belacan dia lagi la terbaekkk dari ladang..sedap giler okeyyy...

 sambal belacan dia..basuh tangan 3 hari pun tak hilang bau dia...hehehe..memang power belacan apa la dia guna...simple tapi sedap..



Ahmad cium bau je dah kenyang...cian anak mama


Melaka Modern Home Fair


Modern Home Fair di Melaka International Trade Centre (MITC) pada 15- 17 Julai 2010 lepas. 

Negeri Melaka ni memang sentiasa ada majlis/event/function sebab nak tarik pelancong kan. Segala macam bagai event ada kat Melaka ni. Selalunya event yang besar-besar semua buat kat MITC.

Modern Home Fair ni pulak yang the latest. Menarik juga sebab banyak jualan barangan isi rumah, perabot dan macam-macam lagi la. Harga pun best-best jugak sebab semuanya nak lawan siapa bagi harga paling murah..
Menarik kalau anda mungkin.....

mak ayah yg banyak giler duit sampai boleh buat taman permainan kanak-kanak dalam rumah mcm mak ayah budak-budak ni....


atau abang ni yang bercita-cita tinggi bersemangat waja nak kuruskan badan...


ataupun adik part timer ni yang terpaksa tunggu kedai takot bos marah..


ataupun acik2 ni yang gumbira test keempukan sofa-sofa ni walaupun dipandang slek oleh promoter...

Tapi kenapa saya dan Mr Husben tak rasa menarik pun??!!

Mungkin sebab :

1.   kitorang takde ongkos..kem salam jela..tengok jela leleh2 dari jauh...ambik bau kata Mr Husben;

2.   kitorang survey dulu ..banyak lagi kedai lain jual camni..(alasan sama je cam kat atas...hihi)..

3.   sebab kitorang takde rumah sendiri lagik..hehehe..malas la nak hias rumah lawo2 sebab takde rumah sendiri lagi..(ala, cakap jela takde duettt...hihi..)..

"Abang, jom pergi tempat lain la, kat sini panas, air cond dia tak kuat kutt..."

 

Wednesday, July 21, 2010

When someone is winning, someone has got to lose

Yesterday was my next date after I missed my weekly dates -- two consecutive episodes of “Desperate Housewives” on 8tv. Honestly, this series really made my Tuesdays.. I enjoy its dramatic plots, which were well screened and was following this series since it’s’ 2nd season.

Unfortunately, I missed the “hotter and hottest” scenes of this series for the last 2 weeks. Pity me. Hahaha…or unlucky may be. But do care with what you watch ok, especially with those 18sx series and Desperate Housewives is one of them. Lucky me coz my son is toooooo small to understand what is ‘hot’ and what is not..huhuhu.. You might have watched them on HBO or Star Movies (not sure which is which) earlier than what being pictured on 8tv. May be I could ‘bribe’ dearie hubby to include new package of Astro in our existing package later ..hihihi…

Parenting tips : Monitoring or co-watching on what your children are watching on television is better than avoiding them from watching it.

Ok, put aside all those issues on “hotter and hottest” scenes. I was thinking there might be a room for me to write on this. Does it sound sooo serious??hihihi..

Yesterday’s episode is about a winner who ‘loses’.

Yup, winning is not all about winning. If you give way to someone else that is in need, which in turn would result you to ‘lose’, you could in fact consider yourself a ‘winner’ in your life.

I.e, you have saved some money for yearsss to buy a designer handbag you've been dreaming/'craving' of since you were small (is it???) but at the same time your relative needs money for medication. Which one is your priority? No doubt everyone wishes to ‘win’ in life; to have great family, great job, great health condition, good companion etc etc. After all, it is for us to decide?

From yesterday’s inspiring episode, my 2cents are:

1. Always be grateful to Allah with what you have and stop complaining on what you do not have.

If we think we are unfortunate, bear in mind that there will always be someone else out there who is more unfortunate.

Nick Vujicic - admire him for his guts..[more about him here]

2. Just be yourself.

Ignore what others bad-mouthing about you and your life because no one is going to be hurt physically anyway. If you think too much on what other people talk and think about you, you would suffer emotional distraction and depression in your entire life. Remember that we can’t stop them from talking bad and bad-mouthing, that’s human nature.

3. Don’t be pity with yourself if you lose.

Don't be sad if you lose something. You might be a winner to someone else or when it comes to a different situation. Always believe that Allah will only test those who can bear with it. “Dark” might turn “bright” in future.

It is soooo truly true, when you are winning; definitely someone has got to lose…That is what life is all about.

In what sense? Definitely it is for us to think…. : P

Monday, July 19, 2010

Birthday Wishes






My simple card to my hubby.

Dearest hubby, may all your wishes come true..!!

We love you soooooooooooo much..!!

Ya Allah, my handwriting…so horrible..but Ahmad's is worst..huhu

Friday, July 16, 2010

Selamat Hari Jadi Ke 30 Tuan!!Hehe..

Saya : "Abang, esok abang dah 30 thn. Takut tak??" ...( as usual, soalan budak tadika..)

Mr Husben : "Tak takut lahhh...". (..ada nada sedikit lain di situ..hehehe)

Ye, harini hari Jumaat. Hari ni hari jadi suami saya. Yang ke 30 tahun. Dah masuk 3 series dah. Kalau BMW tu kira dah nak kena panggil orang kaya la. Tapi kitorang tak kaya, biasa je (ada kaitan kah??)

Tapi, saya tak beli hadiah lagi. Apa pun tak beli..Tak romantik sungguh saya ni. Kami berdua ni memang macam ni. Masa anniversary yang pertama bulan 3 haritu pun takde hadiah pun.

Bayangkan la, dah 9 tahun kami berchenta2 (pusing2 pokok macam hindustan) sebelum kawin March 2009. Rasanya kalau dikumpul2 mau satu kontena hadiah dan segala macam benda yang suami bagi saya dan apa yang saya bagi pada dia. Kawan kami selalu cakap, "korang kalau dah kawin, anak sure dah masuk sekolah dah"..hehehe..nak buek camno kan..Sebab tu saya tak kisah.

Saya pun dah terbiasa. Takde hadiah masa hari jadi pun dah tak kisah. Jaman dolu dolu maybe muncung panjang cam bangau kut. Tapi sekrang dah macho dah. Lagipun saya tau material tak penting dalam rumahtangga. Kalau nak segala benda tu, bila2 pun boleh beli...Mr Husben baru je belikan perfume walaupun takde hari spesial. Tapi untuk harini saya akan beli hadiah untuk Mr Husben. baru sweet kan..cewahh

Yang penting bahagia dalam perkongsian hidup kita..yela, kalau asik bergaduh (gaduh manja-manja) terasa, majuk hati, dah tu nak hidup sampai maut sampai, macamne kan..Kecantikan material semua tu tak penting dalam rumahtangga. Kesian kat artis yang bercerai cerai tu, bukannya tak cantik. Tapi kena ceraikan jugak. Bukannya tak kaya, bukannya tak berduit. (apa motif ni? hihi)

Saya : "Abang, mama tak beli hadiah lagi la...Abang nak apa ye?"

Mr Husben : "Tak payah hadiahla..Abang tanak hadiah..janji kena jadi isteri yang baik dengar kata abang.."

Gulppp..telan air liuq..(eleh, dalam hati musti nak kan kan kan..hehehe..ampun banggg...)..

Notakaki : tgh cari buku pedoman "Isteri Idaman Suami" yang beli sebelum kawen dulu..ahaks.. ahaks..ahaks..nanti saya citer lagi ek.. 

Thursday, July 15, 2010

Tak Rakyat Friendly Sungguh...Nak Respek Ke TakNak??

Salam,

Harini ada lagi pengalaman buruk berurusan dengan penjawat awam/pegawai kerajaan. Dan semestinya bukan semua yang macam tu. Ada la sorang dua yang beri layanan buruk.. BUKAN SEMUA.

Kita faham semua penjawat awam ni pun manusia biasa macam kita, ada perasaan macam kita jugak, ada masa sedih gembira, marah angin pusing2...tapi tak elok dibiaskan pada orang awam yang mengdambakan perkhidmatan terbaik dari mereka ni. Sedih kan tambah2 lagi kalau bangsa Melayu sendiri yang patutnya penuh dengan budi bahasa. Kalau orang putih dalam tv tu, kalau panggil mak ayah dia, kadang2 panggil nama je, tapi kita tetap ada 'mak' 'ayah' 'mama' 'papa'..masih berlapik kan.

Saya tak harap pun mereka ni melayan kita sampai ke langit, tapi cukupla kalau bercakap dengan sopan..kan bagus macam tu. Kalau cakap tengking-tengking kasar, macamna la orang nak hormat..dah tentu jadi bahan umpatan orang...

Pengalaman paling ngeri masa mesyuarat hari Khamis minggu lepas. Dah seminggu dah pun. Tapi masih terngiang-ngiang. Seriously, setakat ni, sepanjang saya kerja kat firm ni, ni la first time saya tengok secara live apa yang selama ni orang lain cerita.

Walaupun yang lebih rasa pedih dah tentunya bos saya, yg sangat baik hati dan tak berdendam pun, tapi saya pun rasa tempiasnya. Terkejut sangat bila seorang pegawai tinggi yang berpangkat Datuk dan dihormati bersikap sangat tak profesional. Terkedu semua orang. Tambah kesian pada klien saya. Macam la dia takde duit..Siap nak bleklis kitorang yang ikhlas buat kerja, carik makan, nak bantu keluarga..Nak respek ke tidak lagi orang macam ni?

Bila saya ceritakan pada suami, saya sampai nangis-nangis, bukan sebab sedih, tapi sebab geram tambah kesian pada bos dan klien saya dan sikap tak menghormati orang yang dia tunjukkan. Urghhh..sangat tak profesional sedangkan perbincangan bukan pasal jual beli ikan kat pasar. Sampaikan pembantu dia hantar sms kepada kawan sepejabat (sebab dorang kawan seuniversiti) minta maaf sebab tak sangka bos nya sampai macam tu sekali..

Saya cakap pada bos, "macamana la kita nak cari makan macam ni..".

Bos saya jawab "Jangan risau, rezeki bukan dia yang bagi. Allah yang bagi."

Saya respek bos saya...