Friday, June 10, 2011

Hari ni Jumaat?

Hehehe...sampai tak ingat hari kau. Ingatkan hari ni baru hari Khamis. Laa...terlepas la malam Jumaat!! heh..semalam balik dari pejabat hampir pukul 10 malam.


Jadi, kalau anak saya dah besar dan dah tak mau ikut babah temankan mama di ofis (iye, semalam Ahmad masih ikut babah nya), mungkin nanti beliau agak-agak keliru nak bezakan ini Datuk Siti Nurhaliza atau mama nya. *hehe...perbandingan takmau kalah, ok*.


Jadi, seboleh mungkin  kami akan gerakkan Ahmad bangun dari tidur sebelum pergi rumah opah di waktu pagi sebelum pergi kerja, supaya Ahmad betul-betul faham mama dan babah pergi work dan bukan pergi shopping merangkap berdating dekat Mydin Mall. heh..


Baru nak warm up buat kerja yang berlambak-lambak ni. Saya sangat sibuk dengan kerja baru dari mula masuk ofis setelah beronggeng di Ho Chi Minh City minggu lepas. Nanti kita update update cerita di Ho Chi Minh ye. Tak sabar nak mengarang karangan bertajuk "Pengalaman Saya Bercuti di Vietnam Bersama Keluarga dan Acik-acik"...  - _ -


Semuanya menarik dan saya suka.


Saya suka bila bergumbira pergi bercuti. Tambah lagi dapat borong baju raya. Sampai sekarang tak boleh nak buat keputusan, nak tema biru air laut ke, kelabu ta*k anjing ke, merah nyaaa Mak Ngah ke, atau hijau Sayangilah Bumi kita..ermm


Saya suka kerja-kerja baru ni. Bila saya suka assignment baru yang diberikan klien, saya rasa sinar keikhlasan tu jelas terpancar di wajah serta dari segi kecepatan kerja-kerja tersebut disiapkan. cewah. Kalau tidak, nak siapkan satu dokumen pun dah macam terencat... grrr..


Saya suka kenal dengan klien baru. Tapi kenal gitu-gitu jela. Kalau tak kawin lagi mungkin boleh merapatkan lagi silaturahim *ehem ehem..*..Mode pergi meeting hari-hari.


Jumpa lagi... : P