Monday, June 27, 2011

Tulang Tangan Kanan Ahmad Bengkok...

Dah 3 hari tangan kanan Ahmad berbalut. Pagi ni insyaAllah dah boleh buka balutan dah. Ini balutan yang ke 2. Kesian sangat menengoknya sebab dia tunjuk-tunjuk pada balutan minta dibuka. Rimas agaknya.


Kami belum pergi jumpa doktor perubatan setakat ini dan belum x-ray lagi dan tak tahu sejauh mana bengkok/larinya tulang Ahmad. Setakat ni kami dah pergi berurut 2 kali. Yang kedua, saya ikut sekali dan sedihnya hati bila tengok Ahmad menangis. Sakit sangat la tu.


Saya pun tak pasti macamana boleh jadi macam tu. Setau saya, Ahmad jatuh depan saya dan  menangis sekuat hati. Jatuhnya tak serius mana pun. Bukan dari tempat tinggi pun, sebab masa tu Ahmad tengah berjalan. Cuma mungkin sebab dia jatuh menahan dengan tangan atau terseliuh. Tak pasti.


Cepat sangat masa tu. Yang saya tau dia kejar seorang budak perempuan Cina, agaknya nak main sama kat shopping complex. Lepas tu budak tu terlanggar dia. Bukan salah budak Cina tu pun sebab dia tak perasan Ahmad kejar dia. And someone has to be blamed and definitely it's me...sebab saya tak kejar dan pegang tangan dia waktu tu.. : (


Saya cuma sedar tangannya bengkak 2-3 hari selepas itu memandangkan peliknya Ahmad asyik menggunakan tangan kiri, termasuk gosok mata. Yang pasti tangan kanan masih boleh memegang benda-benda dan boleh pegang sampai kepala, tapi bila terkena sikit je tangan kanan dia, dia menangis macam kena dera.


Ada sekali dia terjatuh lagi kat rumah, terus menangis tak berhenti-henti sampai kena bawak pergi jalan-jalan dalam kereta sampai tertidur. Mesti sakit tangan sebab dia asyik pegang tangan kanan je..


Walaupun hati runsing dengan keadaan tangan kanan Ahmad, tapi saya lega sebab dia masih ceria dan sihat. Dan melasak ya amat.


InsyaAllah esok saya kongsi-kongsikan gambar budak sakit tangan yang macam tak sakit pun..   : P