Thursday, May 31, 2012

Serba Salah

Hari Sabtu lepas.
Kami suami isteri sibuk mengemas untuk balik Kuala Kangsar.
Makcik Rumah No. 8 datang di pintu pagar.
Sempat pasang telinga sambil menyusukan Arissa.
Makcik Rumah No. 8 bersembang dengan suami.
Suami masuk rumah "Mama, makcik kurus nak jumpa".

        ***********************************************************************

Makcik Rumah No 8 : Eh, buka la pintu pagar ni. Makcik nak masuk. Makcik nak duduk. Nanti orang nampak.

Saya yang comel *siapa nak puji kalau bukan diri sendiri* : (Terpinga-pinga) Makcik duduk la sini. (Sambil bagi Makcik Rumah No. 8 duduk di kerusi Ahmad di luar rumah). --- Kejam kan sebab tak bagi masuk rumah..muahahaha...

Makcik Rumah No 8 : Kau kenal ****** **** & Associates tak?

Saya yang comel : Kenal nama jela Makcik. Saya tak pernah jumpa dia.

Makcik Rumah No 8 : (Sambil buat muka terkejut dan ketat) Hah!! Tak kenal??

Saya yang comel : Tak pernah jumpa dia tapi firma dia dekat sangat dengan ofis saya. Kenapa makcik? Ada apa?

Makcik Rumah No 8 : Kau ada no telefon dia? Makcik nak no handphone dia. Kau cari sekarang dapat tak?

Saya yang comel : No office dia saya boleh carikan. Nanti hari Rabu saya balik dari kampung saya tanya budak office saya no telefon dia. Sekarang ni tak boleh lah makcik sebab nak balik kampung. --- Lepas tu Incik Suami kata nape tak dail operator TM? Adoii..takleh fikir masa tu.

Makcik Rumah No 8 : Kau bagi no telefon kau. Salin nombor telefon makcik. 06-*******. Nama makcik ********. Nanti kau telefon makcik. Kalau tak nanti makcik telefon kau.

Saya yang comel : (Sambil jeling-jeling kenyit-kenyit mata pada Incik Suami, ambil kertas tulis no office.) Ni no telefon ofis saya makcik.

Makcik Rumah No 8 :  Ni nombor ofis kau ye. No handphone nya mana? kau tulis sekali.

Saya yang comel : (Sambil jeling-jeling nak terkeluar biji mata pada Incik Suami lagi, tulis no handphone) Ni ye makcik  no telefon saya.

Makcik Rumah No 8 :  Ni ye no handphone kau. (Makcik mengira 1..2..3..4..5..6..7..8..
9..10). Sepuluh nombor ye. BUKAN NOMBOR TIPU YE..

Saya yang comel : (Terkedu)..iye iye bukan..


      ***********************************************************************

Maka lepas je Makcik Rumah No 8. balik, saya cakap pada suami betapa serba salahnya saya. hahaha. Gila tak serba salah bagi nombor tipu pada Makcik Rumah No. 8 yang innocent kan. Yang membuatkan rasa serba salah tak hengat tu sebab ayat pemukul dia, BUKAN NO TIPU YE. Siap termimpi-mimpi lagi makcik tu. haha

Tapi tugas dah berakhir sebab Incik Suami dah bagi nombor telefon yang Makcik Rumah No 8 tu nak kan semalam.

Bukan apa, Makcik Rumah No. 8 ni agak mengkonpiuskan. Risau menengoknya. Sebelum ni memang ada je benda yang dia mintak tolong pada Incik Suami. Bayar bil, bayar cukai. Takpela kan. Dah orang tua, jiran pulak tu, kita tolongla apa yang patut.

Bila tanya auntie sebelah rumah (yes, auntie jiran yang baik, yeayyy 1Malaysia..hehe), auntie kata Makcik Rumah No 8 akan terlebih mesra kalau dia tau no telefon kita dan dia memang akan sentiasa minta tolong. Auntie kata pantang pintu rumah terbuka, tetiba je dia dah ada dalam rumah kita..hehe..ini paling scary okeh.

Tapi disebabkan pengalaman dulu, memang paranoid la kalau nak bagi no handphone pada orang sembarangan. Kalau klien pun saya dah tak berapa boleh nak bagi no telefon kecuali yang muka ada potensi tak telefon di waktu yang tak reasonable ataupun klien yang takde potensi untuk MENGGANGGU emosi. Kalau telefon ofis, no problem, sentiasa dialu-alukan la.

Bos di KL dulu marah kalau tak bagi no handphone sebab katanya handphone adalah sebahagian daripada 'kehidupan'. Abis camne nak bagi kalau tengah-tengah malam call kita minta kita buat kerja dia. Kalau kita dapat call yang menakutkan..Camne? camne? sob sob sob...

Maka, walaupun saya bukan selebriti tapi saya faham perasaan Wardina Saffiyyah..hehe