Minggu ni dah masuk 28 minggu. Saya setakat ini alhamdulillah sangat-sangat sihat dan ceria-ceria macam selalu. Tapi saya rasa semakin sendat dan bulat. Bila lepas makan selalu rasa macam nak bergolek je kalau pergi sana sini ..heh
Kadang-kadang kuat sangat menceceh bercerita dengan budak-budak opis ni. Lepas dah habis menceceh macam Mak Joyah barulah terbit rasa keinsafan. Boleh gitu??.Incik Husben dah pesan sila jaga tutur kata dan kesopanan dan kesusilaan mama. Ishh..nauzubillahiminzalik. Moga Allah ampunkan dosa saya kalau ada terumpat sesiapa dan dikurniakan adik baby yang comel, cantik, sihat sempurna tubuh badan dan akal fikiran.
Sebelum nak masuk 28 minggu, tidur dah tak berapa nak lena. Asyik mimpi ngeri je. Macam-macam jenis mimpi. Dari terperangkap kat pulau, gempa bumi sampai tercabut dinding rumah, mimpi jumpa doktor gigi, heh..macam-macam jenis mimpi la. Tapi sejak menjak ni dah tak mimpi ngeri lagi. Ada la juga mimpi sikit-sikit. Agaknya sebab dah makin tenang.. : )
Tapi tetapla lena tidak lagi diulit intan sebab mesti terasa nak pergi toilet tengah-tengah malam. Dah makin kerap pulak tu. Kadang-kadang sampai 2-3 sebelum sampai waktu Subuh. Camne ke kalau tertidur kat toilet? huhu
Adik baby sangatlah aktif dari hari ke hari. Sama macam Abang Long Ahmad dia. Syukur it is a healthy baby. Ligat sama macam Abang Long dia juga. Abang Long lari sana sini, adik baby pun tendang mama sana sini juga. Carta pergerakan harian baby pun dah mula dicatat. Sweet nya la moment ni.
Berdebar menunggu saat-saat itu. Moga dipermudahkan semuanya. Gembira bila dengar pengalaman adik ipar dan biras yang mudah je proses bersalin. Dan bestnya dapat baby yang comel dan sihat.