Tuesday, December 20, 2011

Diari Hamil Saya : 28 minggu dan lena saya tidak lagi diulit intan...

Hello, Amirah

You may notice about now, that your baby moves around a lot more when you have a bath or shower. She's responding to the light and noise. Your breasts may begin to produce colostrum, the concentrated early milk, so don't be surprised if they leak a little.

Minggu ni dah masuk 28 minggu. Saya setakat ini alhamdulillah sangat-sangat sihat dan ceria-ceria macam  selalu. Tapi saya rasa semakin sendat dan bulat. Bila lepas makan selalu rasa macam nak bergolek je kalau pergi  sana sini ..heh


Kadang-kadang kuat sangat menceceh bercerita dengan budak-budak opis ni. Lepas dah habis menceceh macam Mak Joyah barulah terbit rasa keinsafan. Boleh gitu??.Incik Husben dah pesan sila jaga tutur kata dan kesopanan dan kesusilaan mama. Ishh..nauzubillahiminzalik. Moga Allah ampunkan dosa saya kalau ada terumpat sesiapa dan dikurniakan adik baby yang comel, cantik, sihat sempurna tubuh badan dan akal fikiran.


Sebelum nak masuk 28 minggu, tidur dah tak berapa nak lena. Asyik mimpi ngeri je. Macam-macam jenis mimpi. Dari terperangkap kat pulau, gempa bumi sampai tercabut dinding rumah, mimpi jumpa doktor gigi, heh..macam-macam jenis mimpi la. Tapi sejak menjak ni dah tak mimpi ngeri lagi. Ada la juga mimpi sikit-sikit. Agaknya sebab dah makin tenang.. :  )


Tapi tetapla lena tidak lagi diulit intan sebab mesti terasa nak pergi toilet tengah-tengah malam. Dah makin kerap pulak tu. Kadang-kadang sampai 2-3 sebelum sampai waktu Subuh. Camne ke kalau tertidur kat toilet? huhu


Adik baby sangatlah aktif dari hari ke hari. Sama macam Abang Long Ahmad dia. Syukur it is a healthy baby. Ligat sama macam Abang Long dia juga. Abang Long lari sana sini, adik baby pun tendang mama sana sini juga. Carta pergerakan harian baby pun dah mula dicatat. Sweet nya la moment ni.    


Berdebar menunggu saat-saat itu. Moga dipermudahkan semuanya. Gembira bila dengar pengalaman adik ipar dan biras yang mudah je proses bersalin. Dan bestnya dapat baby yang comel dan sihat.


15 comments:

Fitri Senin said...

Syukur mira sume ok. Fit dulu ms ngandung raif pn kdg suka kutuk org tapi sblm nak kutuk tu mesti cakap "perangai cam si polan ni taknak tp pandai dia nak"

sahromnasrudin said...

bagus pesanan hubby tue

Mommy_Cha said...

semoga dipermudahkan lah yer....amin!

wahida said...

aku dulu masa ngandungkan si abg tu, asyik mimpi laki aku ada skandal ngan pompuan je...pernah aku mimpi dia ada skandal ngan Lisdawati...apa kessss?? nyampah....

Cik CT said...

syoknya dh nak beradik ye abg long ahmad.

lydzar said...

wahida, time peknen tetiga HM tu pon selalu mimpi macam ko. tak suka sgt!!

ami, adik boleh rasa abang long dia ajak main. tu yg dia pon kan main lagi menendang perut mama. :)

Kancilbiru said...

semoga dipermudahkan semuanya...amin..

mylovely-cats.blogspot.com said...

Alamak info untuk perempuan ye...anyway lelaki pun wajib perlu tahu tetang info ni kan.. :-)..Anyway nice info blog..

BTW we already follow your blog, Don't forget to follow our blog too.. TQ.. :-)

www.mylovely-cats.blogspot.com

Daddylicious said...

komen wahida lain macam ...hehe

mekchu said...

seronok baca pengalaman masa mengandung.. tp dahstay btol bleh mimpi smpai gitu sekali...

fiza said...

Dasyat mimpi ko yer nok...ekekekeke...

Kejap jer kan, smoga selamat semuanya & di permudahkan olehNYA.

Hanis MY said...

tak sabar nk tgk adik baby... boboy ke gegurl kak amirah?

eelobor said...

huhuhu....seronoknya baca entri orang berkongsi kegembiraan.

ct rahani said...

dh semakin sarat memang x mimpi la nak tido lena kan.. pe2 pun semoga Allah permudahkan segalanya.. amin..

Kakzakie said...

Kakak rasa anak kedua lagi ligat sebab ruang dah dibuat oleh abang. No. 3 lagilah hebat... good sign yg babay tu sihat. Jaga kesihatan Amie...