Thursday, June 10, 2010

SUKMA XIII Melaka 2010

Salam,

Melaka Bandaraya Bersejarah minggu ni meriah dengan kedatangan para atlet dari seluruh negara dan Brunei untuk edisi ke 13 Sukan Malaysia (SUKMA). Sana sini di Melaka penuh dengan papan tanda tempat kejohanan dan acara yang akan diadakan. Tapi setakat ni tak terasa pun kemeriahannya sebab Stadium utama SUKMA jauh dari rumah dan pejabat. Kena menjengah jauh sikit baru la terasa kemeriahannya.

Walaupun SUKMA akan bermula secara rasmi pada hari Sabtu ni, tapi ada acara-acara tertentu yang dah pun bermula sejak dari Isnin yang lepas. Kerajaan negeri dah war-warkan dalam media, SUKMA Melaka akan jadi yang terbaek dari segi penganjuran dan perasmiannya..dengar di radio ramai yang akan jadi pembawa baton untuk majlis perasmian nanti..antaranya jagoan haki negara, Mirnawan Nawawi dan jaguh pecut, Rabuan Pit.

Untuk peniaga pula, inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk dapatkan rezeki bermusim yang lebih. Nampak dah berderet-deret gerai jual macam-macam jenis makan minum baju semua ada..(yang penting sedia duit je..)

Melaka sebagai tuan rumah dah letakkan target 60 emas. Yang paling best, semua atlet yang dapat pingat akan dapat imbuhan dari kerajaan negeri. Untuk emas akan dapat RM3,000, perak RM2,000 dan gangsa RM1,000. Waduh lumayan sekali...(kalau nak jadi atlet, nak masuk acara apa ye..ermmm)..

Saya dan suami dah bercongak-congak acara apa yang kitorang nak tengok. Tak boleh lepaskan peluang nie sebab bukan tiap-tiap bulan ada kejohanan SUKMA. Nak kena usung Ahmad Idlan pergi stadium sekali. Rasa-rasanya mungkin ke stadium bola sepak atau badminton.. nantikan update untuk aktiviti tu...