Wednesday, October 30, 2013

Kisah Aku dan Denggi - Part 1


Mai la...mai la dengar kisah denggi saya Part 1 ni.
Kenmain over nak part part bagai..heh
Rasa macam aci je la kan sebab lama nyaaaa tak update blog ni hah.
Komen pun tak berbalas lagi.
Lama saya mc sebab denggi.
Macam kesian tak?? macam kesian takkk??

Selalu dengar orang lain yang kena, last-last saya pun kena juga.
Maklumla, kat sini memang banyak sangat kes denggi.
Dengar sampai tak cukup katil dah hospital-hospital kat sini.
Ada husband staff kat sini pun tak di admit sebab hospital penuh.
Cuma kena ulang alik ke klinik kesihatan tiap-tiap hari untuk ujian darah.
Kroni-kroni nyamuk dah advanced dah sekarang ni nampaknya tuan-tuan.

Hai la,...demam dia hanya Allah je yang tau macamana.
Allahu akbar..Allahuakbarr..
Lemah - tak larat bangun - demam panas - siang-siang menggigil macam dalam peties - sakit urat belakang mata - sakit pinggang - sakit otot sendi - sakit kepala - cirit birit - mulut penuh ulser.
Semua lengkap.

Cerita demam bermula kat kampung.
Masa raya haji. Jumaat dah balik Kuala Kangsar dah.
Tapi taktau la kut-kut virus pun ikut balik kampung sama.
sebab virus denggi boleh ada dalam badan dari hari 3 -14.
Mula-mula kita tak rasa apa, pastu akan demam on off.

Hari Isnin demam dah start datang dah. Dia datang teng teng teng...
Sangatlah teruknya.
Sampai rendang raya pun tak larat pandang.
Owhh, bukan kah itu dasyat namanya bila pelahap hanya memandang rendang raya sebelah mata? Believe it or not?
Ishh..ishh..dasyattt...

Balik Melaka hari Selasa (hari raya), punyalah tak laratttt..
Rasa macam nak merangkak macam ju-on je pergi mana-mana.
Pergi klinik buat blood test hari Rabu.
Result negative denggi.
Sambung mc lagi sebab demam sampaila Khamis.
Jumaat - masuk opis semua orang duk tegur muka berbintik-bintik tapi rilekss ja sebab tak demam.
Tengok muka sendiri dalam cermin memang macam "eh, apa niii??"
Mushekel sangat..

Hari Sabtu pun tiba..jeng jeng jeng..
Tu diaaa..tapak tangan dua-dua belah gatai nak mamp..
Encik Boss kata "alaaa..biasala duit nak masuk keluar la tuuu.."
Memain kannn..padehal bini sikit punya tak larat.
Masuk tengahari tu diaaaa...dah mai dah bintik polka polka dot merah gituuu.
Scary menengok rupa bentuk mukabumi tangan waktu tu.
Merah penuhhhh tangan, badan, kaki, perut, belakang.
Tapiii..tapi kann..yang kat tapak tangan tu gataiii la sangat.
Garu..garu..garu..sampai bengkak tapak tangan, sampai tak boleh nak genggam.

Sabtu petang pergi hospital, buat bloodtest balik.
Sementara hospital nak keluarkan result tu sempat la balik tengok anak-anak.
Dalam hati tak tenang dahhh..adui, kalo admit camne dengan anak-anak.
Tu jela masalahnya kalau admit. Sian kat budak-budak.

Malam, dalam pukul 10.30 malam baru admitted kat ward.
Tu pun sebab dah kena sekolah dengan doktor baru nak masuk ward.
Confirm dah denggi - positive untuk 3 jenis - dah pernah kena tapi tak sedar itu denggi.
Doktor kata "Awak kena sayangkan diri awak. Awak masih ada suami, ada anak-anak yang perlu awak jaga".
Nanges okeh sambil serender diri kat hospital..sob sob sob.
Dengan tak malu nya haku menangis kat situ sambil kesat-kesat air mata air hidung dengan tudung..kah kah
Over sangat.

Alasan, sian anak, padehal gua takut jarum seh..hehe
Seksa dunia mak ni nyahhhh, kena cucuk sini, cucuk sana.
Masalahnya susah nak cari vein, tak keluar darah pun bila dah kena cucuk sini sana tu.
Adoiii..sakit tuuu kena cucuk, naik lebam dah tangan...terseksa batin ai..
Mujur anak-anak okey2 je dengan opah dengan pakcik.
Sebab Encik Husband teman kan bini dia yang penakut ni malam-malam kat hospital.
Tapi kannn...tengok kenmain lagi dia lena siap dengkur-dengkur lagik tu walaupun tido atas kerusi je..hehehe

Maka, 4 hari 3 malam pakej bermalam di "hotel".
Masuk air berpuluh botol.
Ubat yang doktor bagi cuma paracetamol dgn atarax dan vitamin aje.
Atarax tu la untuk kurangkan gatai kat tangan tu. Memula sebijik, tak jalan, dua bijik tak jalan jugak. Gataiiii..

Pastu up status kat facebook, memacamla petua kawan-kawan bagi.
Sup ketam toksah cerita. Dah nak termuntah dahhh cium bau dia dari jauh.
Punyala loya bau seafood kan.
Air daun pucuk betik.
Mak datukkkk...pahittt..ku telan jua dengan tabahnya. Kata nak balik rumah cepat kan.
100 plus, air kosong memang tonggang bagi nak rak.
Tido siap peluk botol lagi. Okeh tipu.

Hari ke 4 platelet masih tak naik lagi.
Padehal segala benda dah telan ni...ish ish...
pastu cuba makan buah kiwi, petang tu buat bloodtest lagi, terus naik up up to the sky platelet tu. syukurrrr..
Hari ke 4 (Selasa) dah boleh discharge walaupun masih demam.
Sampai hari Jumaat masih lagi demam.
Sampai la Isnin minggu ni baru masuk kerja balik.

Pape pun harap semuanya jaga kesihatan ye.
Jaga kebersihan sekitar rumah.
Rupanya taman kami ramai dah kena denggi. Taman sebelah ada yang dah meninggal.
Malangnya jiran betul2 sebelah rumah kena saman dengan pegawai penguatkuasa kesihatan sebab rumah dia...ermmm...nantilah kita cerita..
Jangan ada air bertakung terutamanya tempat-tempat yang tak kena cahaya matahari.
Aedes suka dengan air bertakung yang bersih dan jernih.
Okey, nanti kita sambung lagi..


Kalau tengok kat tangan tu macam tu la merah-merah seluruh badan.
Ruam nya tak timbul sangat. Cuma merah tompok2 (island of white in a sea of red)

Yang ni blood test masa hari Rabu sebelum admitted.
Malangnya masa ni dengue masih negative.
Jadi kalau masih demam walaupun negative kena refer semula pada doktor ye.

Ni jela kerja. Minum air sampai kembong dengan tengok tiviii.
Nurse tolong jangan kaco time "Love You Mr Arrogant" ye..hehe

Tu diaaa...macam duk hospital sebulan..hehe