Wednesday, May 11, 2011

Emak saya ditimpa musibah di hari ibu..

Salam semua.


Saya baru tiba di Melaka dari kampung saya di Kuala Kangsar, Perak pukul 1 pagi tadi. Emak saya terjatuh di luar rumah dan patah tulang pinggul malam 8 haribulan. Langsung tak boleh nak duduk, mengiring pun tak boleh.


Kami adik beradik berkampung di Hospital Besar Raja Perempuan Bainun, Ipoh hari Isnin dan semalam. Dah lama tak datang ke situ sejak emak saya sakit batu karang tahun 1990an dulu. Dah uzur sangat dah hospital besar ni. Sibuk pulak tu. Tapi berada di hospital memang menginsafkan dan mengingatkan kita yang kita ni makin dekat dengan KEMATIAN.


Lepas bincang, kami decide nak bawak emak pergi berubat alternatif dulu. Sebab doktor pun tak decide nak buat macamana lagi sebab emak saya ada diabetis dan hypertension. Darah tinggi naik sampai 200++.


Nak kena buat major operation sampai 4-5 jam untuk masukkan besi, tapi rasanya emak saya tak dapat bertahan. Umur pun dah 70 lebih, jadi mestilah daya ketahanan pun kurang. Doktor pun takut besi yang dimasukkan akan beri infection lain pulak. Tambah pulak doktor pun ada kata kemungkinan mak saya tak boleh berjalan semula walaupun lepas buat operation.


Takkan nak biarkan emak sampai berbulan-bulan kat hospital pulak. Jadi kita cuba rawatan lain dulu. Lepas ni, kalau tak okay juga, kami akan bawa emak ke hospital semula. Saya pun pernah ada pengalaman patah kaki, memang sakit sangat-sangat.


Kesian pada emak saya. Sedih tengok keadaan dia. Emak saya memang pernah kena strok sebelah badan kiri. Kaki kiri memang tak kuat. Sekarang patah pulak. Kalau baring lama-lama takut belakang badan pulak yang dapat jangkitan lain. Harap lepas berubat kampung sekurang-kurangnya emak saya dapat duduk macam biasa.


Tolong doakan emak saya kembali sihat macam biasa ye. Yang masih ada emak, jagalah perasaan emak kita. Saya dah hilang abah saya masa saya masih tingkatan 3. Kalau rasa-rasa nak melawan kata mak ayah kita tu, kenang-kenangkan lah kesusahan mak ayah kita dan letakkan kita dalam keadaan mereka.


Kita pun tak nak anak-anak kita menderhaka pada kita kan? Walaupun tanpa hadiah Hari Ibu ke, saya yakin emak saya tahu kami 11 beradik sayang sangat pada emak dan nak dia sihat macam biasa....