Pernah dengar tak segmen "Can I help you?" kat radio Era waktu pagi-pagi bersama Pak Nil, Hanif dan Rei? Siapa yang rajin dengar radio Era mesti tau segmen tu mengenai apa kan. Segmen prank call yang "memaksa" kita berbual dengan caller kita dalam bahasa Inggeris.
Baru kejap tadi received a call daripada seorang wanita daripada Singapura. Dia sebenarnya nak bertanyakan sesuatu mengenai bidang Islamic finance, yang sememangnya major portfolio firma saya. Major, tapi saya yang tak reti..huhu.
Dia punya sleng mak datuk, memang terbelit lidah punya. Nama yang sikit punya cun "Amirah" dan jadi "Emeiyrah" dah bunyinya. Pandai-pandaila macamna nak pronounce kan yer..heh
Tapi first benda yang terlintas dalam kepala masa tu "eh, ni ke benda can I help you tu ke? mati aku kalau dorang on kat radio..tapi caller ni perempuan...lol" < ---- serius dah terjangkit bahasa muda mudi sebab dalam hati pun cakap lol..hehe..lol
Perasan tak? perasan tak? *Sila muntah*. Macam la ada sesiapa yang sebuk-sebuk nak call. : P
Tapi tetiba kesedihan pulak yang melanda hati sebab rasanya dah agak lama tak berbual dengan sesiapa dalam bahasa Inggeris. Kat ofis ni kebanyakannya bercakap dalam bahasa Melayu. Maklumla staff ramai Melayu. Ada sorang dulu Chinese pun dah berenti sebab sakit kanser. Dengan bos pun cakap bahasa Melayu je. Karang kalau cakap bahasa Inggeris dorang kata tebiat. Takpun mesti yang kata, hover kau ye, bajet KL. huwa huwa huwa...
Dulu masa zaman kerja kat KL, memang ramai client Chinese dan bangsa lain yang "memaksa" kita bercakap dalam bahasa Inggeris. Tapi di sini, setakat ini, kebanyakan portfolio assignment saya adalah untuk agensi kerajaan atau syarikat berkaitan dengan kerajaan negeri yang berkomunikasi mostly dalam bahasa Melayu.
Dan bos opis lama dulu, kelulusan luar negara dan agak senior umurnya. Jadi bila kita tergedik-gedik bercakap dengan dia dalam bahasa Melayu, tetiba je "English, please". Apa lagi, ermm aaa ermm aaa je.. macam nak kena pang..tapi pastu makin mantop pulak bila speaking rasanya.
Mujurla kadang-kadang berangan juga speaking omputih dengan Ahmad dan Mr Husben. Nasib baik Ahmad kecik lagi, kalau tidak mesti dia nyampah..hehehe..
Betul sangat ye kata pepatah : Ilmu tanpa amal umpama pohon tidak berbuah. Kalau tak selalu amalkan, lama-lama dah kurang berbuah dah 'pokok' kita. Gugur satu satu, lama-lama togel...