Wednesday, October 06, 2010

ngeri la pulak..

Macam-macam: Pisau tertusuk di kepala selama tiga tahun

2010/10/06
BRASILIA: Penderitaan seorang lelaki di timur laut Brazil berakhir selepas sekumpulan doktor berjaya mengeluarkan sebilah pisau yang tertanam di kepalanya selama tiga tahun.

Edeilson Nascimento, 29, seorang tukang tayar memberitahu pemberita bahawa beliau terbabit dalam satu pergaduhan di sebuah bar pada 2007 yang menyebabkan beliau diserang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Selepas kemalangan itu doktor takut untuk mengeluarkan pisau dari kepalanya kerana bimbangkan kerosakan otak yang akan dialami sebaliknya mereka hanya berjaya menarik keluar pemegang pisau berkenaan. – Agensi

ish..macamana la keadaan kalau sentiasa ada pisau dalam kepala..

.nak syampu rambut susah, nak sikat rambut pun susah ni..ish..ngerila pulak gitu...

dah tu, mesti selalu migrain, sakit kepala, pening...sian dia ni..menderita

nak cari kutu kat atas kepala, terjumpa pisau pulak..heh

rezeki di musim pilihanraya

Sewa rumah di Gua Musang naik RM10,000 untuk pilihan raya Galas

 

GUA MUSANG: Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini telah menyebabkan kadar sewa rumah di sekitar bandar Gua Musang kini melambung manakala gerai makanan mulai tumbuh dengan banyaknya.

Tinjauan Bernama mendapati sewa rumah meningkat berpuluh kali ganda sejak awal bulan ini kerana penduduk mahu mengambil keuntungan besar seperti yang berlaku pada pilihan raya kecil Manek Urai tahun lalu. Seorang penduduk, Ismail Dollah, 43, berkata harga rumah sewa yang kebiasaannya RM200 sebulan kini meningkat kepada RM10,000 dan ada rumah banglo disewakan pada harga RM15,000 untuk tempoh pilihan raya kecil itu. "Harga rumah naik setiap jam kerana kadarnya berubah mengikut siapa yang sanggup membayar harga yang mahal," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS pada 27 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan bahawa penamaan calon ialah pada 26 Oktober dan pengundian pada 4 November.

Tinjauan juga mendapati kadar sewa hotel turut meningkat disebabkan permintaan yang tinggi. Jika sebelum ini kadarnya RM150 sehari kini kadarnya ialah RM200 sehari.

Seorang peniaga, Norizan Ibrahim, 45, berkata pilihan raya kecil itu adalah peluang terbaik bagi penduduk mencari rezeki kerana terdapat ramai pengunjung luar.

Katanya walaupun sebelum ini terdapat banyak kedai makan di sekitar Gua Musang tetapi kemungkinan ia tidak mencukupi semasa kempen nanti disebabkan oleh kedatangan ramai pengunjung luar. "Ini adalah peluang rezeki kepada kami," katanya.

Memang terbuka luas rezeki bila musim-musim pilihanraya ni. Memang dah gitu sejak azali lagi. Rasanya tak salah kalau naikkan sikit, tapi janganlah naik melampau sangat kan. Asalkan dah ada untung, okay lah tu.

Janganlah sampai menyusahkan orang lain sampai buat orang tu rasa tertekan dan terpaksa jugak ambil/beli barang atau servis dengan kita. Tiba-tiba orang tu tukar fikiran macamana? Siapa yang rugi...mereka dan keluarga mereka juga..

10.10.10.. : )

Menarik kan nombor tu? Dulu masa 09.09.09 berangan betul nak menikah hari tu, tapi tak kesampaian sebab lambat sangat..kitorang nak cepattt..kuang kuang..

Seperti biasa, kalau ada tarikh menarik mesti ada pasangan yang decide nak kahwin. Agaknya sebab senang nak ingat anniversary kut..pasni mesti berebut pulak nak cop tok kadi untuk tarikh 01.01.11 atau pun 11.11.11...ishhh..cantik sangatla pulak nombor ni.. : P

Selain daripada kenduri kahwin kat sekitar Melaka ni, menariknya 10.10.10 minggu ini, perkahwinan Angkasawan Pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan tunangnya, Dr Halina Mohd Yunos di Putrajaya.

Pada tarikh ni 3 tahun yang lepas la Datuk Dr Sheikh Muszaphar ke angkasa, so, secara tak langsung, sebagai anniversary ke angkasa la..senang nak ingat kan.. 


Mesti meriah dan bersejarah sebab 100 angkasawan dari 35 negara dijemput hadir. Tambah meriah pulak dengan jemputan seramai 10,000 orang..ui..ramainya..

Dah semestinya angkasawan-angkasawan ni boleh datang kan, sebab semalam dah pun bermula Perhimpunan Angkasawan Sedunia 2010 anjuran Persatuan Penjelajah Angkasa Lepas yang akan berakhir 9.10.10 ni. Memang ngam-ngam boleh datang ke kenduri Datuk Dr Muszaphar kan..

Sesiapa yang teringin nak tengok perkahwinan Angkasawan Pertama Malaysia bolehlah tengok liputan secara langsung di TV3 hari Ahad ni ye. Tema perkahwinannya "Pahlawan Melayu di Istana Kayangan"... menarikkk

Tak sabar jugak nak tengok ni. Ada tak tetamu yang terapung-terapung ek..Sambil tu boleh la berangan nak jadi Angkasawani..ngeh

*eh, orang lain kawin, orang lain yang excited lebih..aduhh..bisa bisa*

Burger Whooper RM1 untuk hari ini..



Jangan lupa!! Jangan lupa..!! (macam lori jual tilam pulak.."tilam lama tukar baru")
Untuk hari ini sahaja (6/10/10)

harini Burger Daging Whooper hanya untuk RM1 sahaja ye..
(RM1 je kan. Buleh guna duit raya yang dah tukar dengan bank tapi tak habis bagi kat budak-budak -- masih keras dan wangi..!! heh..)

tapi kena beli mana-mana minuman berkarbonat dulu ye...
(ye...dah tau dah mesti ada syarat punya...)

dan hanya boleh beli maksimum 3 Whooper setiap seorang
(lorrr..kena beratur 3-4 kali ni untuk cover satu famili..ahak..)

sah untuk pembelian di restoran dan bawa pulang  (tapau) sahaja
(ada ke yang lain..apa ye?drive thru tu tapau kan..)

harga tertakluk kepada 5% cukai kerajaan

sedap ni daging panggang tau..jom pergi Burger King sekarang..

adoi, dah mula dah lapar ni...



nota kukukaki : perjuangan puasa 6 diteruskan...


kenapa Rozita Ibrahim berpurdah

Rasanya dah ramai yang tahu sebab kenapa jutawan Sendayu Tinggi pakai purdah kan?

Sebelum ni saya pernah buat entri pasal Puan Rozita Ibrahim berpurdah. Baca di SINI. Tapi saje je saya nak buat entri pasal ni sebab suka baca kenyataan Puan Rozita Ibrahim ni.

Bagi sesiapa yang belum baca, jom baca kat bawah ni kenapa dia berpurdah.


Jutawan Sendayu Tinggi Pakai Purdah

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .


Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.


Berubah ke arah kebaikan, semoga beristiqamah..



 

Hantu yang mana satu agaknya ye...?

'Mana ada hantu" kata Khalid

2010/10/05
SHAH ALAM: "Mana ada hantu, saya pergi siang dan malam tak ada apapun, semua itu hanya untuk mensensasikan cerita aja," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau diminta mengulas dakwaan kononnya ada anggota polis yang menyiasat kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya diganggu makhluk halus. Ketika ditanya pemberita di Majlis Rumah Terbuka Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini, Khalid lantas menafikan laporan itu. Terdapat cakap-cakap kononnya ada anggota polis diganggu makhluk halus ketika bertugas di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Ladang itu dipercayai lokasi pembunuhan itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata semua siasatan berkaitan kes pembunuhan termasuk membabitkan hartawan dari India Allal Kanthan Muthuraja, 34, serta beberapa kes lain termasuk laporan Sabtu lepas mengenai kehilangan seorang lagi ahli perniagaan, masih dijalankan.

Katanya, perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. - BERNAMA

Agak-agaknyalah, kalaulah betul-betul hantu, yang manala satu hantu nya ye.

Manusia yang serupa "hantu" yang mencabut nyawa manusia tanpa perasaan  adalah kat ladang tu agaknya. Tapi, hantu tu dah kena tangkap..*eh, hantu ada perasaan ke?*

Sedihlah bila menulis berkenaan dengan kes bunuh Datuk Sosilawati. Bukan hanya simpati pada keluarga Datuk Sosilawati je, tapi seluruh keluarga pemandu, pegawai bank dan peguamnya. Perasaan anak-anak isteri yang sedih kehilangan orang yang tersayang secara tragis.

Moga yang bersalah mendapat balasan hukuman di dunia dan akhirat yang setimpal...


nota kukukaki : masa kecik-kecik paling takut terlanggar kaki hantu galah bila keluar time maghrib..hihi