Wednesday, October 06, 2010

rezeki di musim pilihanraya

Sewa rumah di Gua Musang naik RM10,000 untuk pilihan raya Galas

 

GUA MUSANG: Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini telah menyebabkan kadar sewa rumah di sekitar bandar Gua Musang kini melambung manakala gerai makanan mulai tumbuh dengan banyaknya.

Tinjauan Bernama mendapati sewa rumah meningkat berpuluh kali ganda sejak awal bulan ini kerana penduduk mahu mengambil keuntungan besar seperti yang berlaku pada pilihan raya kecil Manek Urai tahun lalu. Seorang penduduk, Ismail Dollah, 43, berkata harga rumah sewa yang kebiasaannya RM200 sebulan kini meningkat kepada RM10,000 dan ada rumah banglo disewakan pada harga RM15,000 untuk tempoh pilihan raya kecil itu. "Harga rumah naik setiap jam kerana kadarnya berubah mengikut siapa yang sanggup membayar harga yang mahal," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS pada 27 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan bahawa penamaan calon ialah pada 26 Oktober dan pengundian pada 4 November.

Tinjauan juga mendapati kadar sewa hotel turut meningkat disebabkan permintaan yang tinggi. Jika sebelum ini kadarnya RM150 sehari kini kadarnya ialah RM200 sehari.

Seorang peniaga, Norizan Ibrahim, 45, berkata pilihan raya kecil itu adalah peluang terbaik bagi penduduk mencari rezeki kerana terdapat ramai pengunjung luar.

Katanya walaupun sebelum ini terdapat banyak kedai makan di sekitar Gua Musang tetapi kemungkinan ia tidak mencukupi semasa kempen nanti disebabkan oleh kedatangan ramai pengunjung luar. "Ini adalah peluang rezeki kepada kami," katanya.

Memang terbuka luas rezeki bila musim-musim pilihanraya ni. Memang dah gitu sejak azali lagi. Rasanya tak salah kalau naikkan sikit, tapi janganlah naik melampau sangat kan. Asalkan dah ada untung, okay lah tu.

Janganlah sampai menyusahkan orang lain sampai buat orang tu rasa tertekan dan terpaksa jugak ambil/beli barang atau servis dengan kita. Tiba-tiba orang tu tukar fikiran macamana? Siapa yang rugi...mereka dan keluarga mereka juga..

No comments: