tarikh 16 Mei sgt signifikan dlm hidup saya - pada tarikh ini 16 tahun yang lepas saat-saat yang tak boleh dilupakan - pemergian arwah abah ke rahmatullah, semoga Allah mengampunkan segala dosa2 dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman - dan Hari Guru... Selamat hari guru untuk cikgu di hati, terima kasih untuk semua pendidik yg mengajar semasa di SK Karai, SMKA Slim River, UIA, adik ipaq ku - Dmun Ever, biras2 - kak long, sabrini, sahabat2 yang bergelar pendidik dan semua guru2 ..terima kasih atas jasa kalian..
walaupun dah 16 tahun tapi bila tiba je 16 Mei masih rasa sedih. Memori visual dalam kepala ni memang jelas lagi la walaupun dah 16 tahun kan...macam dvd yang di rewind berkali-kali..memang sedih sebab tengok muka arwah abah kali terakhir waktu jenazah dah diturunkan dalam liang.
Masa tu tingkatan 3 kan. Berapa bulan je lagi nak amik PMR. Memang nampak efek nya sampai PMR punya result teruk gila. Berbanding dengan sahabat yang lain, result tu memang agak teruk dan dibawak sampai hari ini la memori luka tu. Bersama dengan memori kehilangan orang yang paling disayangi waktu tu. Iye, memang diakui waktu tu sayang abah lebih sebab mak garang sangat - waktu tu la.
Tapi kan masa tu memang tertekan sebab kawan-kawan sekeliling ko mak ayah dorang semua muda-muda lagi. Masa tu memang tertekan nak terima kenyataan kematian orang tersayang. Bayangkan masa tu arwah abah dah umur 70 tahun. Genap 70. Perokok tegar lak tu. Mak bapa orang lain baru 40-an.
Banyak kali meroyan sorang-sorang tepi loker asrama mengenang nasib. Memang meroyan la namanya tu sebab arwah abah ada je lagi waktu tu. Tapi dah menangis beria. Rasa macam nak lempang tak ? Tapi bila tiba saatnya, kehilangan tu dapat diterima seadanya sebab perasaan "masih ada" tu memang kuat.
Arwah abah dulu memang sayang sangat la kat anak bongsu dia ni. Manja gila sampai abang kakak sume nak rasa jeles. cis. Suka hati orang la kan dah abah sayang kat orang lebih. Dah abah bagi kuasa veto kat orang sorang. Dengkis.
kalau la abah ada lagi hari ini, mesti abah bangga dengan anak-anak dia. Mesti abah seronok tengok cucu-cucu dia dan kehidupan kitorang sekarang ni. Arwah abah jenis yang cool dan suka belajar benda yang baru. Mesti dah sambar iPad lagi awal dari saya..
Kalau kita kehilangan orang yang kita sayang, atau kita yang meninggal dunia, hanya memori yang tinggal. Dalam ingatan, dalam hati. Tapi jangan lupa sedekahkan bacaan Qur'an dan doa setiap kali ingatan tu datang. Abah, tenanglah di sana. Amie sentiasa ingat dan rindu pada abah. Al-Fatihah.
Bila mengenangkan betapa sedihnya kehilangan orang yang kita sayang, terfikir macamana la cara nak mendidik anak-anak sendiri menerima situasi hilangnya orang yang disayangi. Baru-baru ni pun ada terbaca kisah budak yang murung, bunuh diri lepas nenek dia meninggal.
Bab mendidik ni apa kata kita serahkan pada yang pakar? Bak kata Encik Husben, guru ni terlampau meluas skopnya. Selagi kita diberi ilmu, orang yang memberi ilmu itulah guru. Termasuk 'love guru' ke bang? : )
Selamat hari guru abang dengan ingatan ikhlas tulus murni "Tahun ni dapat hadiah frame lagi ke?"
Happy teachers' day wahai semua pendidik sekalian.
Google doodle.