Monday, November 08, 2010

tak kira..hari ni nak balik awal..!

protes..!!

tah pape je tajuk kat atas tu...sape plak yang tak kasik ko balik..balik jela..kalo ko tak achieve KPI pandai2  la ko menjawab ngan bos..kuang kuang..

arini plan nak masak..minggu lepas semangat membara tak hengat beli ikan sotong daging ayam bagai kengkonon nak masak...

harap-harap mereka-mereka (bukan nama sebenar) yang tersebut di atas tidak masuk dengan segala hormatnya ke dalam tong sampah setelah 2-3 minggu dalam peti ais..*nanges*

bazir kan?rasa cam nak pang je..konon nak jadi isteri mi-tali masak ala-ala "The Naked Chef" kat Asian Food Channel tu..huhu..tapi selalunya niat suci murni tu terPAKSA diketepikan atas sebab-sebab tertentu..

tapi sebab semangat kesukanan tu masih tak luntur hari ni, jap lagi nak ajak paksa Mr Husben gi  supermarket beli tempoyak..

yes..it's TEMPOYAK....nak masak ikan patin masak tempoyak..teringinnya..sebab tengok belog Lady - Little Parlour arini..sangat ngancam..

mode : *leleh-leleh air liur* ..sabar ye anak tekak...


Jom Pi World Walking Day...

Dari http://www.nestle.com.my
Welcome to a dynamic movement
for overall wellness - walking
The World Walking Day is an event to celebrate that simple form of motion we do everyday. Walking burns calories, tones muscles, shapes your body and helps de-stress your mind. There are so many benefits you could enjoy from walking
Where:
Kuala Lumpur: Padang Bola, Taman Tasik Titiwangsa
Penang: Polo Ground, Jalan Sepoy Line
Kuantan: Padang MPK 1
Johor Bahru: Taman Sri Stulang
Penampang: Sports Complex Stadium
Kuching: Waterfront

Same date. Same time


Bila ? 21 hb November. Free entrance, t shirt and breakfast..6.30 am - 11.30 am...maklumat lanjut

Wow...menarik nih..tapi malangnya kat Melaka takde la plak event ni..nak details kena jenguk kat site Nestle kat atas tu..
rasa cam dah lama tak wat aktiviti outdoor sejak menjak jadik mak orang ni.. asik pergi keje balik keje tido..tu jela..time weekend plak sibuk mengemas rumah..

Tapi kena tengok cuaca jugak ni. Kalau hujan, rasanya lagi best buat aktiviti indoor je la.. huhu

zaid ibrahim undur diri dari PKR

Datuk Zaid Ibrahim undur diri dari bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan meletakkan semua jawatan yang disandangnya dalam parti tersebut.

Baca lanjut penjelasan pengunduran Datuk Zaid Ibrahim di blog beliau http://www.zaiduntukrakyat.com.

Inilah lumrah dan asam garam dunia politik....

Ada Anak Kecil Menuntut Kesabaran Yang Tinggi

Iye..kena banyak bersabar...ada baby kecik ni macam menguji kesabaran dan ketahanan mental dan fizikal kita.. mana taknya, malam berjaga..atau bangun banyak kali sebab nak menyusu..kenala berkorban.

Bila pagi..rasa cam mata lebam je, tak cukup tido..pastu tak segar langsung rasanya..takpela, kejap je nak membesar. Kang bila dah besar, rasa mcam nak masukkan dia dalam perut balik la pulak...ermm

Pastu ujian nak mendidik anak di zaman teknologi canggih ni. Anak belum setahun lagi tapi bila dengar macam-macam, rasa macam seriau nak membesarkan anak dalam keadaan ni..

Harapan kami mak ayah dia semoga bila dewasa jadi manusia yang tidak berpaling dari agama Allah. Penat jadi mak orang, tapi bila camni barula tau kesusahan mak kita nak lahirkan kita, nak besarkan kita macamana. Dah tu susah pulak tu. Kalau orang kaya raya takpela jugak..

Ingat mengingati di hari Isnin...