Suami dia pergi kursus.
Mulai hari ini hingga hari Khamis.
Nampaknya dia sudah mula termenung.
Sebab sekarang dia berjalan macam penguin.
Hendak mengejar dan melayan kerenah si anak sulung.
Yang kadang-kadang mahu didukung.
Mahu buka peti ais setiap kali ke dapur.
Harus "ditangkap" setiap kali selepas mandi untuk dipakai baju.
Yang tak jemu menonton Boboiboy untuk ke 400 kalinya.
Hendak melayan sakit di sini sana lagi.
Alangkah eloknya kalau dia berani bawa kereta sendiri ke mana-mana.
Dia terasa hendak mengeluh.
Tapi mengenangkan ada insan lain lebih lagi dugaannya.
Arghhh..semputtt