Lamanya tak update blog. Macam dah sebulan rasanya.Lagipun kering idea nak update cerita apa. Boringla kalau takde gambar. Kamera tinggal satu, berebut laki bini. Takpela, kasik chance pada suami sebab beliau lagi memerlukan.
Rutin harian masa weekdays sejak dah naik kerja, laki bini masing-masing memang dah macam mesin. Tak berhenti dari celik mata sampai la tidur malam. Tapi duk buat benda yang sama hari-hari. Cycle hidup yang agak sama sampai kadang-kadang rasa dejavoo - "eh, ini macam dah buat semalam.."
5.00 - 5.30 pagi - bangun masak lauk untuk Ahmad. Tengokla siapa yang bangun dulu dia masak dulu. Selalu suami yang masak sebab dia selalu tidur awal boleh bangun awal - Alasan cliche kan? heh. Kalo Arissa ngamuk pepagi memang tudung senget benget la. Kalo tak, nampak cun sikit.. : )
5.30 pagi - 7 pagi - siap beg anak-anak, siapkan susu, mandi, solat subuh. Keluar rumah hantar anak rumah mak mentua. Kalau keluar lambat dari ni mesti Incik Husben terlambat masuk mengajar dan kena jelingan maut dengan Guru Besar dia.
7.30 -7.45 pagi - sampai ofis. Lepak-lepak. Layan Facebook, tengok blog. Baca suratkhabar. Breakfast. Kalau mengantuk sangat, cantum kerusi buat katil dan tido, buat macam kita sedara bos.
9 - 6 petang - Office hour.
7-7.30 petang - 8 - 9 malam - sampai rumah mak. Ambil anak-anak. Kemas botol-botol susu. Kemas kain baju. Mandikan anak-anak. Solat Magrib. Kadang-kadang makan kalau mak ada masak lebih. Kalau tak, singgah kedai atau balik rumah terus masak. Dah pukul 9 malam takde maknanya nak masak macam menu Masterchef, hias-hias bagai. Megi letak telur kira ok. Tapi biskut kering celup kopi hidang kat suami nampak agak melampau la.
9 malam - sampai anak tido - main-main dengan anak-anak, layan ragam Ahmad ke, kemas kain baju ke, tengok tv, pastu dah malam sket atau bila arissa dah merengek, nyusukan Arissa sampai diri sendiri tertido.
Pastu esoknya sama balik. Hari-hari sampaila tiba hari Sabtu Ahad. Baru la lain sikit norma-norma kehidupan aku. ewah.
Tapi minggu depan dah ambil cuti sebab nak balik Kuala Kangsor. Lama gila tak balik. Sejak dari bulan 1. Dah ada bau-bau anak durhaka ni. Jangan plak mak kunci pintu tak bagi masuk nanti..
Selamat hari Khamis semua.
Tapi minggu depan dah ambil cuti sebab nak balik Kuala Kangsor. Lama gila tak balik. Sejak dari bulan 1. Dah ada bau-bau anak durhaka ni. Jangan plak mak kunci pintu tak bagi masuk nanti..
Selamat hari Khamis semua.