Dekat 2 minggu tu tak update.
Saya masih ok. Perut suami saya nampak ok.
Ahmad lagilah tersangat ok.
Cuma sibuk atau purak-purak sibuk tak tentu hala.
Heran juga ke manakah menghilangnya 24-jam saya..
Musykil..musykil
Minggu lepas kami di Johor Bahru sebab saya ada kursus 2 hari.
Hari Jumaat dengan Sabtu.
Kami - merujuk kepada kami laki bini dan sorang budak kecik.
Seperti biasa, angkatan mak timah 'kami' haruslah dibawa sama ye tuan puan.
Badan sikit punya penat menghadap seminar sehari suntuk, macamlah saya budak katering yang kena cuci pinggan.
Padahal saya adalah tukang makan merangkap tukang menghabiskan makanan je.
*macam sama tapi tak serupa*
Lepas mendengar talk dengan penuh khusyuk dan tawaddu', memang sesuai carik teh tarik. pergh
Kami bermalam satu malam kat Hotel Grand Paragon. Sebab dekat dengan ofis di Johor Bahru tu. Booked melalui agoda.com. |
Pemandangan pagi Johor Bahru *sebelah mana tak dapat dipastikan* Dari tingkat 13 Hotel Grand Paragon. |
Lepas seminar ada makan-makan bagi pengubat hati yang lara. ehe Dinner bersama Dato' di Kai Xuan Chinese Restaurant, Hotel Puteri Pacific. |
Gondol habis ikan siakap ni. Kesian. |
Brocolli and beancurd and golden mushroom. |
Nasik goreng Cina. |
Desert - longan dengan kelapa laut. |
Memandangkan tekak tuan tanah adalah berbangsa Melayu, rating makanan tidak dapat diberikan sebab tak dapat dipastikan.. ehe
Gambar budak botak tengah menikmati breakfast. |
Sekejap je dah nak masuk tahun baru ye.
Minggu depan cuti Krismas budak kecik ni dah nak masuk 2 tahun dah.
Tapi mak bapak dia tak prepare apa-apa pun untuk birthday dia.
Ermm..