Friday, July 22, 2011

Episod Gegata Ahmad dan Chelsea...

Bila pagi ini boss call saya minta kerja, Amirah, hotel management agreement yang simple tu dah siap ke?.....gulp, baru saya terperasan hari ini adalah hari Jumaat.
Dan yes, saya telah berjaya memeram kerja tersebut selama seminggu akhirnya..!!
Usaha murni yang bagus nampaknya.
Kemungkinan kena buang kerja adalah sangat tinggi. heh..
Tak kisah la. Janji dalam hati ada Taman Rashidah Utama maklumlah esok cuti.. : P



Semalam saya dan teman tapi mesra saya menghabiskan 'masa berkualiti' bersama di depan tv.
Menghadap Astro Arena saluran 801 berdua bersama si kecik yang dah terlelap awal.
Agaknya Ahmad tak berapa nak dapat terima kenyataan nak tengok gaya mak apak dia nanti kalau pasukan Harimau Malaya Malaysia menang..heh..Jadi mungkin beliau rasa lebih berfaedah kalau beliau tidur awal malam tadi.



Sambil-sambil tengok Torres dan Drogba menendang bola, saya toleh pada Ahmad yang tidur sambil menggaru.
Garu muka, garu tangan, garu kaki.
Bila dibelek-belek, rupanya muka, tangan Ahmad penuh dengan gegata.
*owh.,..perkataan gegata ni sumpah saya baru google sekejap tadi sebelum mengarang entri ini, bukan apa, takut sesat lagi menyesatkan pula*
Tapi orang kita selalu panggil tahi ulat kan?



'Gegata' cute aje bunyinya kan? Macam bunyi "gatal-gatal" dalam bahasa Kelantan.
'Tahi ulat' pula boleh membuatkan orang salah anggapan sehingga mengundang soalan-soalan begini : "Ulat apa, mama?" "Kat mana ada ulat?" "Ulat macam hama ke?".
Yang menyebabkan saya gelabah dan memberikan jawapan begini : "Kena tahi ulat la babah kalau kita jalan bawah pokok"..
Membawa maksud ulat sedang buang air besar *sopannya ayat..hihi* di atas pokok terkena kita yang kebetulan lalu di bawah pokok. hihihi..
Eh, macamana rupa tahi ulat ek? Ulat bulu punya tahi warna apa? hik hik hik...



Mujur juga tiada adegan tilam diletak di luar rumah dan satu keluarga tidur di atas tikar.
Ish ish ish..kejam tu.



Saya juga ada alergi pada habuk dan masa kecik selalu jugak kena gegata.
Kalau belum pernah kena gegata, masih belum lulus jadi kampung girl.
Jadi saya ingat lagi kalau kena gegata/tahi ulat, mak saya sapu badan saya dengan bedak sejuk tambah garam.
Lumur-lumur. Takyah pergi spa.

petua lain. Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan ditempat terkena gegata dan tempat-tempat yang gatal.

Dan akhirnya Ahmad tidur lena sampai ke pagi. Syukur.


Tapiii...owh, daku kechiwa. Torres ku mengapa dikau main sebegitu rupa? Adakah disebabkan ketidakhadiran ku disisi mu membuatkan dikau gundah gulana sehingga tidak dapat fokus di atas padang? Hahaha...memang entri nak mintak kena maki ni..



Jom semua..kita buat kerja!! Seriously, mengikut waktu tempatan saya masih ada 7 jam (termasuk waktu untuk makan sambil bergosip) waktu bekerja! fuhhh...



Salam hari Jumaat. Jom ceria-ceria. Rendahkan diri dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada, maafkan kesilapan orang lain dan minta maaf atas kesilapan kita... : P