Mesti semua dah tau kan pasal WikiLeaks kan.
Gempar satu dunia sekarang ni. Tambah lagi bila serangan dan pembocoran maklumat sulit melibatkan kuasa besar dunia, Amerika Syarikat...Maklumat perisikan AS yang dibocorkan, tapi melibatkan sekutunya dan negara-negara yang ada kabel diplomatik dengan AS. Maklumat tentera AS pun bolos jugak.
Eh, Bolos. Dah lama tak tengok kat Astro. Ada lagi ke ek? Suka nak tengok Zizan Raja Lawak hos Bolos tu. "Bolos saja dinding ituuuu"..Eh, apa yang ko merapik ni syaitonnn,...
Ok. Back to the topic, arakiannya, terkeluarlah segala bagai maklumat sulit, cerita cerita sulit, mahupun skandal dan gosip liar. Tulah dia, kuasa internet, dunia tanpa batasan. Masuk kat internet sat-sat tu jugak semua orang boleh tengok, baca. Melibatkan pemimpin-pemimpin negara-negara lain kuasa besar dunia pulak tu. Isu-isu sensitif pun dikeluarkan dek WikiLeaks.
Terbaru dan terkini, pengasasnya Julian Assage yang berasal dari Australia dah disenaraikan sebagai "DIKEHENDAKI" oleh INTERPOL. Tapi bukan sebab kebocoran maklumat yang dibuat dek WikiLeaks, tapi sebab ada kes rogol melibat Assage kat Sweden.
Tapi, setiap benda ada batasannya kan. Makan pun kena berhenti sebelum kenyang. "Dunia tanpa batasan" ni pun kena ada batasannya juga.