Wednesday, November 30, 2011

WW : Serabai Serabut








*NB : last potong rambut = sebelum Hari Raya*

Tuesday, November 29, 2011

Berapa bayaran tempat letak kereta di LCCT?

Ada sesiapa yang boleh tolong saya?

Ada tak yang tau berapa parking fee bermalam kat LCCT untuk sehari?

Kalau mahal sangat, naik bas jelah dari Melaka.

Takyah parking kat LCCT.

Ada tak yang tahu?

Thanks in advance...

Friday, November 25, 2011

Jumaat...

Hari ini terasa macam lambat nya waktu berjalan.
Mengharapkan masa berlari pecut hari ini.
Memandangkan kerja tiada yang perlu dibuat.
Dan bos dah bercuti 3 hari.


Hari Jumaat ini terasa amatlah lenguhnya badan.
Sakit sini, sakit sana.
Sungguh..tiada aktiviti yang luar biasa.
Semuanya biasa-biasa sahaja.
Rasa macam nak baring di surau je.
Tapi memandangkan saya tiada share di dalam firma, maka niat dibatalkan sahaja.


Semalam scan adik baby.
Alhamdulillah dan insyaAllah it is a healthy baby.
Scan 4D tak buat pun sebab doktor kata tunggu next visit baru jelas.


Doktor dah inform the gender.
Tapi kami tak risau pasal itu sangat.
Mendoakan semoga ia bayi yang sihat.
Dan melalui kelahiran yang mudah dan selamat.
Dan adik baby dah pun weighed 703 gram @ 24 weeks.
Risau mamanya ni takut adik baby terkena tempias diabetic.


Kat luar hujan lebat sangat. 
Tiba-tiba saya terasa amatlah jeles.



Apalah yang babah dan anak nya buat di rumah sekarang ni ye.
Waaa...jelesnya...
Nak jadi cikgu sekolah juga..!!

Thursday, November 24, 2011

Tutti Frutti, Bukit Beruang, Melaka

Setelah terjadinya beberapa adegan isteri-sindir-suami-buat-buat tak reti.
Juga adegan isteri muncung sehari tak dapat nak makan apa yang dihajati.
Semalam berakhirlah episod luka si isteri.
Bila dapat juga jejak kaki ke Tutti Frutti.
Ehe..

Saya punya. Banana and strawberry yogurt dengan melon yogurt.
Toppings : lychee, dried berries, longan dengan strawberry syrup.

Terlampau sejuk untuk si kecik ni.

Tutti Frutti Bukit Beruang, Melaka.
Bersebelahan dengan Restoran Windmill.
Dan berdekatan dengan Multimedia University (MMU Melaka).
Student MMU boleh dapat 10% diskaun kalau tunjukkan student Id Card.

Agak luas dalamnya.
Baru buka kan.
Kerusi bau kedai lagi..hehe
Dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam pada 20.11.2011.

Suami kata "eh, takde pun benda-benda topping macam tu" ..heh

Sila abaikan budak  kecik tengah berusaha menggaru belakang sendiri.

Yogurt dispenser. *ye ke namanya dispenser?*



Tibalah masa untuk suami-sindir-isteri.
Harga boleh tahan gabak juga Tutti Frutti ni.
Suami kata boleh buat belanja makan lunch 2 hari.
Eleh, macam makan hari-hari pun.ehe


Inilah power of blogging.
Daripada orang yang tak tahu menahu.
Sampai teringin sangat nak merasa.
Dah lama di KL tapi baru di Melaka.


Kesimpulannya, siapa yang minat dengan yogurt mungkin suka.
Saya okay je, cuma semua toppings adalah sangat manis.
Terlampau ngeri untuk ibu mengandung diabetic seorang ini.
Tapi ini mungkin bukanlah lawatan pertama dan terakhir walaupun mungkin tak akan sekerap mana.



Diari Hamil Saya : 24 weeks pregnant...

Update from babycenter.com.my:

Your baby is still on the skinny side with no body fat but his brain is growing rapidly and he's starting to fill the space in your uterus. By now, you probably have a definite "pregnant" shape and the linea nigra, a dark line of pigmentation, may appear down the centre of your abdomen.

Your baby's taste buds are also forming and, believe it or not, his sweet tooth. Could that explain your sudden craving for dodol and kuih lapis? No one knows for sure but it's a good excuse, next time you find yourself stalking the kuih lady at the pasar malam.



 

Dah masuk 24 minggu.
Makin berdebor-debor je hati ni, tapi buat-buat rileks je.
Dah la baca pasal human body pain kat Facebook,
Yang membuatkan aku mimpi ngeri..haha..


Patutla sekarang asyik nak makan benda-benda manis je.
"Sweet tooth" adik baby rupanya.
Tapi kuih lapis tak masuk dalam senarai pun...
Breakfast, lunch, dinner semuanya nak yang manis-manis.
Yang akhirnya membawa kitorang ke Tutti Frutti semalam..ehe..


Patutnya makanan kena elakkan disebabkan GDM..
Next entry pasal GDM pula..


Baby sangat aktif kicking - sommersaulting - exercising - stretching - yoga-ing?? inside.. 
Adik baby, tunggu mama dengan babah tengok awak senyum petang ni okey..  
: P



Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan.
Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak.
Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu?

Wednesday, November 23, 2011

WW : Blissful Weekend..








Lokasi : Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit, Melaka


Lepas berpeluh - sebab panas kena cahaya matahari *bukan sebab berjoging*..kita makan dulu!













*muka gembira makan roti canai kuah banjir*

Lokasi : Tempat makan bertentangan Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit, Melaka.

Tuesday, November 22, 2011

Koleksi Terbaru




Dua koleksi buku terbaru.
Mungkin orang lain dah ada lama dah.
Tapi dah terasa lama tak beli buku.
Majalah tiap-tiap bulan memang memanjang je tak pernah miss.


Di waktu-waktu macam ni haruslah banyak-banyak kan membaca, iye dok?
Tenang-tenangkan fikiran orang kata.
Dan amalkan apa yang sebelum ini belum/kurang diamalkan..insyaAllah..


Baru baca buku "Amalan Ibu Mengandung".
Buku Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah "Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif" belum sempat baca lagi.

Buku "Amalan Ibu Mengandung" menarik juga sebab banyak ilustrasi dan contoh.
Kandungannya mudah dan ringkas.
Senang nak faham dan ada macam-macam petua yang sesuai untuk ibu-ibu mengandung menghadapi saat-saat bertarung nyawa nanti..

Ahmad kena jab..



Pagi tadi kitorang ke Klinik Kesihatan Ayer Keroh.
Nak pergi inject budak kecik sorang tu la.
Patutnya dah kena cucuk imunisasi MMR ni masa umur dia 1 tahun 6 bulan.
Tapi sebab mak pak dia kesian, mak pak dia sesuka hati je kasi chance sampai umur 1 tahun 11 bulan..ehe


Masa nurse tadi tengok Ahmad, nurse tu dah ngeri dah nak jab..
Dia siap kata paling lambat dia jab pun budak umo 1 tahun 8 bulan.
Rupanya ada lagi yang lambat...


Agaknya dia ngeri bila tengok betis Ahmad besor mana.
Sekali dia libas karang..
Hehe..takdelaaahh...jangan risauuu..mak dia tak saman punya..

Apa Itu Imunisasi MMR?

MMR adalah singkatan untuk imunisasi Measles, Mumps dan Rubella. Ia adalah kombinasi tiga vaksin dalam satu suntikan bagi memberi perlindungan daripada penyakit measles (campak), mumps (beguk) dan rubella.

Siapakah Yang Perlu Diberi Imunisasi MMR?

Semua kanak-kanak berumur 12 bulan dan Tahun 1 Sekolah Rendah perlu diberi imunisasi MMR.

Bagaimana Imunisasi MMR Diberikan?

Imunisasi MMR adalah satu kombinasi imunisasi yang merangkumi 3 jenis vaksin iaitu Measles, Mumps dan Rubella. Imunisasi ini diberi dalam satu suntikan di bahagian paha atau lengan.

Imunisasi MMR adalah selamat. Kesan sampingan yang berlaku adalah ringan dan tidak berbahaya berbanding jika mendapat penyakit measles, mumps, rubella atau komplikasinya. Walau bagaimanapun, ruam, bengkak kelenjar air liur, demam dan rasa mengantuk mungkin berlaku dari 7 hingga 10 hari selepas imunisasi.




Dah selamat dah pun imunisasi ni..
Ntah apa khabar la agaknya si kecik kat rumah..
 Di ambil dari : http://www.infosihat.gov.my

Monday, November 21, 2011

Kenapa takde selera nak makan??

Taktau la kenapa..
Sejak menjak ni memang tak berapa ada selera nak makan.
Nak makan apa pun tak tau.
Selalunya macam-macam makanan yang anak tekak ni teringin.


Nasi lauk pauk memang pandang jela.
Makanan manis-manis tu bolehla masuk sikit-sikit.
Kadang-kadang makan malam langsung tak makan.
Takde selera langsung.
Kalau makan yang tak kena dengan selera tu, makan secoit je.


Tapi bila makanan dah ada depan mata...
Ngap la juga..
Kesian pulak kat anak.
Takkan la sebab mama takde langsung selera, anak pulak yang berlapar.


Tekak tak berselera le bagai, tapi berat badan naik dengan jayanya.
Bulih gitu?? Heran...heran..hehe

Friday, November 18, 2011

Rezeki Jumaat












Murah rezeki hari Jumaat ni. Ramai yang belanja makan. Dari pagi bawa ke petang.

Marathon : Nasi lemak - kuih kasui - karipap kentang - kopi O - nasi lemak balik - kek Secret Recipe - teh tarik..

Alhamdulillah..

*Err...jimat sehari tak payah keluar lunch - kulit pun cerah sikit tak kena matahari, haha..*

 

Kopi O kaw kaw..

Tak boleh dielakkan sampai la sekarang.

Kadang-kadang je berjaya menahan godaan bau kopi..err

Kan wanita hamil digalakkan untuk mengelakkan minuman berkafein.

Sebab kafein boleh mengdehitrat air dalam badan.

Pastu boleh datangkan kesan pada baby juga..

Nauzubillah sebab kadang-kadang tak boleh kalau tak minum kopi sehari.

Masa pregnant Ahmad pun hari-hari mengidam kopi ais pepagi.

Aishh...janji janji yang tu last dah...



Pa & Ma Isu Mac 2011 :
Minuman berkafein sering dikaitkan dengan kesuburan wanita. Sesetengah kajian mengatakan ia dan sesetengah lagi tidak. Namun kini kajian mengatakan dengan secawan kopi sehari sudah cukup mengurangkan peluang sehingga 50% wanita untuk hamil dalam tempoh 12 bulan. Walaupun perdebatan minuman berkafein masih belum selesai, Dr Mark Leondires, M.D, Pengarah Perubatan di Reproductive Medicine Associates of CT, menggalakkan pesakitnya berada di pihak yang selamat dengan menjauhi minuman berkafein ketika mencuba untuk hamil.

Eh, ye ke mengganggu kesuburan?

Apa pun semuanya adalah kehendak Allah.

Kita merancang, Allah yang menentukan..

Nak bagi hadiah apa ek?

Syukur pada Allah.
Minggu ini saya menerima 2 berita gembira.


Semalam results UPSR keluar kan?
Anak buah saya Shafiq pun salah seorang calon.
Syukur Shafiq dapat 5A.
Dengar khabarnya tahun ini ramai pelajar lelaki dapat 5A.
Ni kalau Shafiq tak dapat 5A, saya dah dapat agak dah siapa yang emo lebih.
Gerenti mak dia -- kakak saya..heh
Parents sekarang memang macam ni ke?
Taktau la nanti kami macam ni juga ke tidak..heh


Kakak saya hantar SMS semalam.
"Alhamdulillah, satu dah lepas, tinggal sabrina pulak lepas ni. Ada hadiah tak untuk ibu yang cemerlang ni"
(*Sabrina anak sulung dia yang ambik PMR tahun ni*)
Perasan tak perasan kakak aku sorang ni..hehe
Pastu over nak hadiah handbag Coach.
Tak mengagak kan? Macam adik dia kerja cop duit..heh


Tak koser ai nak bagi hadiah kat dia.
Baik bagi kat anak dia kan.
Agak-agak nak bagi hadiah apa ye pada Shafiq?
Takde idea. Barang-barang sekolah mesti mak ayah dia dah belikan.
Kalau bagi cash je karang diperkotak katik dek mak dia plak. : P


Lagi satu berita gembira....
Yeayyy..dah dapat surat untuk salary increment.
Syukur pada Allah. Nikmat kesabaran dan keyakinan pada Nya.
Rezeki Adik Baby.
Mama promise, will buy something nice for you...  : P





Thursday, November 17, 2011

Diari Hamil Saya : HCG urine pregnancy test








Haloba kan buat banyak-banyak pregnancy urine test ni..hehehe
Untuk pregnancy kali ini, rasanya kita buat lebih daripada 10 HCG urine tests.
Yang dalam gambar di atas adalah tests yang masih disimpan.
Rasanya geli tak kalau simpan?? hahaha...


Masa first pregnancy pun kita masih simpan urine test strip lagi..hehe..
Buat kenangan..


Semua HCG urine tests untuk second pregnancy ni line keduanya tak clear.
Bila dah banyak kali buat test kat rumah, kat ofis, pun masih tak clear the second line.
Tambah menakutkan bila scan tapi tak nampak langsung.
Doktor kata wait for another 3 weeks dan scan lagi kemudian.


Bila doktor kata camtu, risaunya.
Takutlah ectopic pregnancy ke apa kan. ish..nauzubillah. 
Masa Ahmad dulu, sekali je buat.
Lepas tu doktor confirm melalui scan.


Tapi Alhamdulillah, akhirnya kami nampak Adik Baby for the first time.


Apa itu hCG? 
Human Chorionic Gonadotrophin
This hormone is produced by the placenta and triggers the release of oestrogen and progesterone. As it is excreted in urine, hCG is used in testing to detect pregnancy.
 
Baca artikel mengenai HCG urine pregnancy test di www.babycenter.com.my :

 
Jadi berapa banyak urine test yang korang buat sebelum betul-betul confident dengan resultnya?

Wednesday, November 16, 2011

BILA CINTA BERSATU "5th Anniversary Giveaway"

Ayu dan Khairy,

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 5
Moga hari-hari mendatang dilalui dengan penuh kesabaran
Agar mahligai indah kekal tersurat di Loh Mahfuz
Dikurniakan buah-buah cinta yang soleh solehah
Pengukuh kasih sayang antara kalian




Ayu dan Khairy,
Masakan ada lautan yang tidak bergelora
Tiada bumi yang tidak ditimpa hujan
Kurang indah kain tanpa warna
Moga berjaya ditepis segala duka
Biar saat itu kekal sebagai kenangan dalam lipatan hati dan kehidupan


Ayu  dan Khairy,
Kukuhkan cinta kalian dengan ikatan iman
Renungi dengan penuh rasa sayang
Biar cinta kalian sesejati cinta Nabi Adam dan Hawa
Sekukuh kasih Nabi Yusuf dan Zulaikha
Semekar cinta agung Rasulullah SAW kepada Saidatina Khadijah




Moga bahagia dibina kekal indah selamanya
Walau jasad terpisah di lahad
Jiwa tetap bersatu oleh Nya






SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 5 AYU DAN KHAIRY

Malam Pertama Setelah Hampir 3 Tahun..

Tajuk mesti nak propa je..heh
Tolong saya incik-incik sekalian.
Hidup saya sekarang dalam keadaan sangatlah tidak tenteram.


Sebabnya..
sebabnya...
sebabnya...


Dekat 3 tahun duduk rumah sekarang, malam semalam baru first time nampak sekor Mak Iti kat dalam rumah.
Kat dalam rumah okeh..
Acik dah macam orang kena histeria..
Takuttt...haha..


Maklumlah, dulu ada kenangan pahit dengan makhluk Allah yang *comel* ni..
Jadi traumanya ter over over pulak dah.
Oh ye, jiran sebelah rumah kami yang misteri tu dah pindah.
Jadi kami syak Mak Iti telah melakukan penghijrahan ke rumah kami.


Tambah-tambah lagi jiran tu angkut semua sekali kucing-kucing yang ada.
Heran jugak dulu kenmain ramai jemaah kucing kat belakang rumah.
Boleh jugak bagi-bagi makan.
Sekarang seekor kucing pun dah takde. 
Susah dah sekarang nak tunjuk kat Ahmad yang mana satu "meow" yang mana satu "gong gong".


Betul ke orang kata Mak Iti ada firasat?
Siapa yang takut lagi dia tunjuk rupa dia hai..hai pada orang tu..??
Pastu dia boleh ngamuk-ngamuk ek kalau kita kacau kebahagiaan family dia?
Sebab dulu kakak ipar pernah cerita dia pernah pindahkan anak-anak Mak Iti yang dia jumpa (iye, dia tak geli dan tak takut), Mak Iti mengamuk koyak-koyakkan kain kertas semua.


Ada ke patut Incik Husben pandang serong bila bini dia jerit dekat dapur sorang-sorang..
"Jangan lah kacau rumah acik ni. Pergilah tempat lain. Rumah acik takde apa benda.."


Salah saya ke? Salah ke cakap cenggitu??
Bukan ke budi bahasa budaya kita?
^-^

Tuesday, November 15, 2011

Atuuuu..Eta..!!

Kami laki bini amatlah confuse.
Bila mana pulak si kecik ni belajar ni??
Mesti ada la pakcik makcik dia yang mengajar masa dorang cuti raya haji haritu.


Maka, pantang nampak je bendera Malaysia, gerenti angkat jari telunjuk..
"Atuuu..Eta..!!"
Tang "Satu" tu kena panjang harkat dia.
Pastu cara angkat jari telunjuk tu sure sama.
Aishhh...ada anak kecik macam ni memang seronok.


Asal nampak je bendera Malaysia, "Atuuu..Eta..!!"
Nak tido, "Atuuu..Eta..!!"
Tengah minum susu.."Atuuu..Eta..!!
Nampak kat tv.."Atuuu..Eta..!!"
Tetiba takde angin ribut, dapat firasat apa ntah.."Atuuu..Eta!!"


Jenuh mama nak explain.
Malaysia memang cuma ada satu je dalam peta dunia ni nak..hehe..





Latest pics of Ahmad Raif Idlan..Abang Long to be ...insyaAllah..


Next month, on 25 December 2012 to be exact, Ahmad Raif Idlan will reach his "Trouble Two".
Kami masih belum decide lagi macamana sambutan hari lahir Ahmad Raif tahun ini. 
Kejap je rasa anak kami ni membesar.
Rasanya nanti mama akan rindu masa-masa yang indah ni..




Gambar bestday setahun Ahmad last year.


Dan tamatlah juga nanti tempoh perjuangan mama 2 tahun menyusukan Ahmad Raif.
Pengalaman yang penuh ranjau suka dan duka...huhuhu..overrr
Penuh rumah, rumah Opah, dalam kereta dengan botol susu EBM.
Rasanya ada lebih ratus botol susu EBM Ahmad.
Ada yang berkotak-kotak botol susu tu dah selamat dibuang.
Kalau boleh jual balik kan bagus...hehe


Sekarang anak teruna saya ni dah mula minum susu formula.
Lagipun Ahmad dah nak 2 tahun dan makan minum segala macam mengalahkan mama dan babah dia...
Kami dah terai macam-macam jenis susu untuk Ahmad.
Sebab perut Ahmad sensitif dan dia susah nak menerima susu formula.
Tapi sekarang Alhamdulillah kami dah jumpa susu yang sesuai.
Kalau tidak sebelum ni Ahmad asyik minum susu perisa coklat.
Orang kata susu coklat panas, jadi kami pun cari la alternatif lain.





Sampai sekarang Ahmad masih menyusu.
Kadang-kadang saya stres sangat-sangat bila menyusukan masa pregnant.
Tambah-tambah lagi menyusukan ketika hamil ni menyakitkan...ouchh..adoii!!
Tapi kebanyakan masa, saya terfikir anak kecil saya ini masih damai dalam pelukan saya waktu menyusu.


Dan dia memang seorang baby yang tenang.
Dan saya rasa ada baiknya biarkan Abang Long dengar degupan jantung mama dan Adik Baby sampai dia sedia untuk bercerai susu sendiri..
Cuma...cuma...mama nya ni dapat bertahan ke tidak?? huhu..

Wednesday, November 09, 2011

Kepala Tudung Bentuk '~'

Hari ni dah start kerja lepas cuti panjang.
Jumaat - Emergency Leave sebab anak bujang trang tang tang saya demam panas.
Selasa - sambung tido, eh sambung raya kat Kuala Kangsor lepas raya pertama di Melaka.


Semalam tiba di Melaka lebih kurang tengah malam.
Dah jadi ala-ala Cinderella dah kitorang laki bini ni.
Asal balik rumah dari Kuala Kangsar je mesti dah dekat tengah malam.


Jadi, penat punya pasal, bangun pagi tadi lambat ko.
Dekat 6.40 baru terjaga.
Mana sempat bai nak sampai sekolah sebelum 7.45.
Nak kena mandi - iron baju - solat - kemas beg anak ..


Maka terpaksa la merempit.
22 minggu dan merempit...ermm..
Pening ke apa adik baby melambung-lambung dalam perut mama..hehe


Punya lama tak naik motor. ~ Gayat ~
Masa mengandung Ahmad dulu sekali je pun naik motor.
Tu pun mak mentua dah bising.
Nampak sangat menantu kesayangan..ahaks..
Maka perlulah rasa simpati pada orang yang takde kenderaan lain..  : (

Jadi tudung awning saya hari ni daripada bentuk Ω
Dah jadi macam ni
Sebab pakai helmet...huhu..


*gambar tudung tiada sebab rupa agak mengerikan*


Selamat hari Rabu semua...

Thursday, November 03, 2011

November Rain..

Mendungnya permulaan November tahun ni..
Mendung dari pagi hari membawa sampai ke petang/malam.
Semalam hujan lebat turun selebat-lebatnya.


Ada sesetengah tempat dah mula naik air banjir kan?
Tapi yang paling teruk sekarang banjir di Bangkok, Thailand yang nampaknya tak surut-surut dan dijangka berlanjutan sampai sebulan lagi..aduyai.
Mau kecut semua kaki asyik terendam dalam air je.


Harapnya semua yang berada dalam kawasan berjaga-jaga banjir dapatlah siapkan apa yang patut...
Dan sediakan payung sebelum hujan..



Picture taken yesterday.



November Rain - Gun n Roses

When I look into your eyes
I can see a love restrained
But darlin’ when I hold you
Don’t you know I feel the same

‘Cause nothin’ lasts forever
And we both know hearts can change
And it’s hard to hold a candle
In the cold November rain

We’ve been through this such a long long time
Just tryin’ to kill the pain

But lovers always come and lovers always go
An no one’s really sure who’s lettin’ go today
Walking away

If we could take the time to lay it on the line
I could rest my head
Just knowin’ that you were mine
All mine
So if you want to love me
then darlin’ don’t refrain
Or I’ll just end up walkin’
In the cold November rain

Do you need some time…on your own
Do you need some time…all alone
Everybody needs some time…on their own
Don’t you know you need some time…all alone

I know it’s hard to keep an open heart
When even friends seem out to harm you
But if you could heal a broken heart
Wouldn’t time be out to charm you
Sometimes I need some time…on my
own Sometimes I need some time…all alone
Everybody needs some time…on their own
Don’t you know you need some time…all alone

And when your fears subside
And shadows still remain
I know that you can love me
When there’s no one left to blame
So never mind the darkness
We still can find a way
‘Cause nothin’ lasts forever
Even cold November rain

Don’t ya think that you need somebody
Don’t ya think that you need someone
Everybody needs somebody
You’re not the only one
You’re not the only one