Pagi tadi kitorang ke Klinik Kesihatan Ayer Keroh.
Nak pergi inject budak kecik sorang tu la.
Patutnya dah kena cucuk imunisasi MMR ni masa umur dia 1 tahun 6 bulan.
Tapi sebab mak pak dia kesian, mak pak dia sesuka hati je kasi chance sampai umur 1 tahun 11 bulan..ehe
Masa nurse tadi tengok Ahmad, nurse tu dah ngeri dah nak jab..
Dia siap kata paling lambat dia jab pun budak umo 1 tahun 8 bulan.
Rupanya ada lagi yang lambat...
Agaknya dia ngeri bila tengok betis Ahmad besor mana.
Sekali dia libas karang..
Hehe..takdelaaahh...jangan risauuu..mak dia tak saman punya..
Apa Itu Imunisasi MMR?
MMR adalah singkatan untuk imunisasi Measles, Mumps dan Rubella. Ia adalah kombinasi tiga vaksin dalam satu suntikan bagi memberi perlindungan daripada penyakit measles (campak), mumps (beguk) dan rubella.
Siapakah Yang Perlu Diberi Imunisasi MMR?
Semua kanak-kanak berumur 12 bulan dan Tahun 1 Sekolah Rendah perlu diberi imunisasi MMR.
Bagaimana Imunisasi MMR Diberikan?
Imunisasi MMR adalah satu kombinasi imunisasi yang merangkumi 3 jenis vaksin iaitu Measles, Mumps dan Rubella. Imunisasi ini diberi dalam satu suntikan di bahagian paha atau lengan.
Imunisasi MMR adalah selamat. Kesan sampingan yang berlaku adalah ringan dan tidak berbahaya berbanding jika mendapat penyakit measles, mumps, rubella atau komplikasinya. Walau bagaimanapun, ruam, bengkak kelenjar air liur, demam dan rasa mengantuk mungkin berlaku dari 7 hingga 10 hari selepas imunisasi.
Dah selamat dah pun imunisasi ni..
Ntah apa khabar la agaknya si kecik kat rumah..
Di ambil dari : http://www.infosihat.gov.my
6 comments:
Harap² ahmad tak demam lah yer.
tp nurse tadi dah pesan akan demam..dah sumbat dah ubat tadi..harapnya jgn le lelama sebab nak berjalan nnt
mahu atau tidak terpaksa la jugakan..hehe
nak berjalan ke mana tu..
semoga dia cepat sembuh, amin
utk kesihatan anak jugak :)
Post a Comment