Salam Isnin...
Pagi ni tak boleh berfikir dengan waras sebab.........
.
.
.
.
.
.
.
MENGANTUK teramatttt....
hehehe..maklumla, first day masakkan untuk anak tersayang..hahaha..rasanya macam tido2 ayam atau tak tido langsung..bangun awal sebab risau bubur nasi Ahmad tak sempat nak masak...dan...
ini versi mengantuk 'koleksi' Piala Dunia...rasa2 kalaula tivi tu boleh bercakap mau dialog dia camni "alooo u olss..tak gheti2 nak off ke??bukannya cantik sangat nak tengok korang tido tuuu!!"
semalam marathon tengok siaran tertunda (sebab takde sports channel) asik2 tengok England yang main macam ala-ala budak sekolah rendah tu je..sebenarnya dah off pun tivi tu tapi bila terjaga pukul 2, aishhh.... camne bleh on balik ni.. dan tengok "tuan" dia dah kalah dah pun depan tivi...(ish abang ni..kata nak jimat lektrik..takpela bang -- sebab bukan mama yang bayo bil...ngeh ngeh)
camne pun pasukan pilihan kitorg kali ni of cos la argentina dan brazil..kesian kan rakyat Malaysia..(kita la tu) terpaksa sokong negara orang lain sebab takde can nak tengok pasukan negara sendiri main di World Cup..kalaula ada rezeki nak dapat tengok Malaysia main di World Cup..uiiiii..sanggup ai beli tiket awai-awai...
pagi ni hantar bubur nasi yang dah diblender ke rumah MIL..dan siap pesan ngan adik ipar jangan lupa tangkap gambar Ahmad tengah makan..time buat bubur tak sempat nak snap gambar..(hehehe..mcm la buat resepi ayam masak merah ke..nasik beriani ke..) semalam sempat bagi air nasi pada Ahmad sronot tengok dia makan..sangat memberansangkan la..mujurla sudu tu tak boleh dimakan anak oiitt..nnt la kita upload gambar Ahmad makan dengan gaya dia tu yang sangat comellll..
walaupun seronok tapi semalam ada cerita sedih..sebab cuai dan lalai sekejap la ni..tinggalkan Ahmad sekejap kat depan tivi atas tilam dengan harapan dia tengok tivi dengan sopan sambil mak apaknya wat keje kejap...tapi Ahmad dah wat aksi stunt terjun dari tilam..tak tinggi sangat tapi boleh dengar bunyi kepala terhantuk kat lantai..dan apa lagi..nangis la dia..sian dia..
menggeletar sekejap badan..so, terus gantikan tilam yg agak tinggi tu dengan toto jela..sebab Ahmad dah pandai meniarap dan dah berpusing-pusing..mula-mula kami decide nak ke klinik tapi tengok keadaan nampak macam okay dan dia aktif sihat macam biasa..syukur..orang kata nak membesar macam2 benda jadi...ishh..tu pengajaran tu..never never never ever leave ur child alone..tambah2 lagi yg masih baby...
walaupun penat, tapi seronoknya jadi mak orang ni..dan masih mencari tips2 parenting..