Tuesday, June 12, 2012

Abam Ahmad kuasa 2!

"Abam sayang adik Richa tak?" <---- nampak benor mak terpengaruh dengan bahasa anak..heh 
"Sayam.." *cium pipi adik sambil tinggalkan air liur/nasi/roti dan sebagainya*
Abang long yang tak boleh sebut "ang".
Abam (read : abang), Semayam (read : sembahyang) lonkam (read : longkang)
sayam (read : sayang).
Pelat yang pekat. 

Rasa macam dah lama tak bercerita tentang teruna saya  seorang ni.



Ahmad Raif Idlan - hampir 2 tahun 6 bulan.
Semakin bijak - bijak buat kelakar - bijak mengamuk - bijak meniru - bijak menyanyi - bijak mengaji - bijak mengambil hati - bijak main kompang <----- segala benda nak di kompangkan, badan mak bapak dia pun bolehhh..


Bijak mengambil hati?
Mengamuk sakan bila kita tak bagi barang yang dia nakkan sangat.
Dah puas mengamuk - mama serender - hulur barang - dia akan ucap "Acih" (read : terima kasih) tanpa rasa bersalah..hehe
Adoi, manala tak blood goes upstairs gini! hehe



Obses bola dan kereta, lori ambulance dan seangkatan dengannya.
Yang menjerit "jollllll!!!!" (read : gollll) sambil baring di lantai - tiru siapa la agaknya?
Masa birthday Abam Ahmad yang ke 2, kami laki bini beria buat tema "Harimau Malaya"

 



Obsesi terbaru adalah train.
Train choo...chooo...yang akan lalu atas kaki, tangan, kepala kita tiba-tiba.


Banyak dapat hadiah train masa 2nd birthday haritu.

Hero Rajinikanth saya seorang ni semakin lasak.
Mulut pot pet pot pet - taktau apa butir.
Yang pasti vocab nya semakin hari semakin banyak.



"Mama...nak yob"
Mama tak faham apa la benda "yob" tu.
Ahmad mengamuk sebab mama tak faham apa dia nak.
Dah berapa hari dia mengamuk nak "yob"


Babah kata " Dia orang Perak memang orang panggil yob"
Satu hari dia nak "yob". Dia berlari ke dapur rumah opah.
Tiba-tiba gembira sakan.
Nampak kain buruk opah sidai tepi sinki..
Rupa-rupanya "yob" tu KAIN BURUK nak lap kete dia!! haha


Setiap hari ada sahaja aksi yang buat saya geram.
Dan gelak dengan Incik Suami. 
Ada masa kami rakam aksi nya - untuk dia tengok masa depan nanti..
Moga Ahmad Raif membesar sihat, bijak dan jadi orang yang berjaya dunia  dan akhirat...