Sebenarnya saya sibuk beberapa minggu lepas adik ipar lelaki saya kahwin.
Majlis nikah dan sanding rumah pengantin perempuan 1 Oktober.
Sebelah rumah mak mentua saya 8 Oktober, Sabtu lepas.
Rumah pengantin perempuan di Temerloh, Pahang.
Maka, dapatlah juga kami berjalan-jalan makan angin ke Pahang.
Harap-harap adalah nanti adik ipar saya yang kahwin dengan foreigner..amin..heh
Penat weh kalau kenduri tak guna katering.
Penat tengok pun dikira penat kan?
Tapi kenduri bergotong royong lebih meriah dan 'meriah' dengan isu-isu.
Tapi sampai hari ini (Khamis) saya masih 'penat tengok'...aci tak? heh
Kenduri di Temerloh.
Kenduri di Melaka.
Untuk Meeh dan Rin, moga jodoh berkekalan hingga akhir hayat.
Berbeza pendapat dalam perkahwinan tu perkara biasa, matang-matangkan diri dan selesaikan dengan cara berhikmah.
Bertolak ansurlah dengan pasangan masing-masing.
Kenduri kahwin orang-orang sekarang membuatkan saya 'terasa' macam orang dulu-dulu.
Tapi macamana pun kenangan majlis kahwin saya tetap yang paling manis.
Mestilah.
Diraikan saudara mara dan kawan-kawan...
Dan yang paling utama dapat kahwin dengan boyfriend pujaan hati.
Perkahwinan ni memang banyak "perasa tambahan yang dibenarkan".
Ada masam, manis, pahit, pedas, 3 rasa, eh, eh..
Betul tak?
Saya rasa saya bertuah atas kurniaan Allah pada saya.
Cuma kadang-kadang banyak dugaan "dalam bentuk anak-anak dara cun" datang menguji kesabaran saya.
Saya redha kalau Allah nak berikan 'payung emas' pada saya.
Baiknyaaa..saya kan? Ada serupa macam isteri-isteri ustaz drama Tahajjud Cinta tu tak?
Pang sedas...heh
Tapi saya pun tak pasti dapatkah saya dengan 'payung emas' tu..
Dan saya yakin si dia faham kenapa entri ini sebegini pagi ini...doa saya moga rumahtangga kami bahagia hingga ke syurga.. : P