Friday, March 18, 2011

Ada Sebuah Masalah ..( Read : Masyaelah..)

Takdela berat mana kalau ditimbang kati pun. Heh..tapi la kan, tetiba hari ni pulak munculnya..

Disebabkan mak mentua ada program harini, dan kebetulan pulak cuti sekolah belum habis, makanya Incik Abang pun ditugaskan dengan segala hormatnya menjaga budak tecik ni.

Tetiba masalah negara muncul, iaitu Incik Abang nak pergi solat Jumaat dan takde siapa pulak yang nak jaga Ahmad. Ok ting..!! Masalah selesai sebab boleh je angkut dak kecik ni mai ofis.

Tapi kan tadi tetiba gatai nak pergi Mahkota Parade. Dekat je dengan opis. Jalan kaki pun bolehhhh takde hal..semangat dan gigih kalo bab nak pegi menghabiskan duit ni.

Masa Incik Husben dah pergi semejid nak Solat Jumaat, time tu la plak spoil nak terkucil. Ok, fine, time ni pulak ko baru terasa kannnn. Punya lama berjam duk kat opis takde la pulak rasa nak gi.

Masalahnya, di manakah hendak ku letakkan dak kecik ni?

A.        Nak bagi orang kat dalam tandas, sesape je la, tolong pegangkan kejap?

B.      Letak kat information counter?

C.       Mintak tolong amoi jaga kedai tu tolong jaga Ahmad kejap?

D.     Nak bawak je masuk toilet, together-gether sambil Ahmad meronta-ronta nak turun jalan2?

E.    Atau tahannnnnn je sampai balik rumah?

Jadiknya, kalau la korang jalan sorang2, yang manakah akan jadi pilihan?


Gambar hiasan. Semua makanan dia, nak nak jugak suap mama.
Saje je nak bagi mama gemuk. Sabotajjj..

Ahmad yang dah selim shady sebab demam..