Tuesday, November 30, 2010

Episod Akhir Asmara TV3

Harap-harap jangan la termiss episod akhir drama bersiri Asmara TV3 malam ni. Kalau tidak, mahu jadi macam kes drama Akasia Chinta dulu. Tapi yang ni lain. Sebab dah follow drama Asmara dari awal. Pukul 9 tetiap hari Selasa dah siap terpacak kat depan tv. So, sesapa yang nak celen bercerita pasai drama Asmara ni, mai sini kalau berani. cewah..

Tapi sat tadi bos ada bagi hint hint hindustan, kalau dapat assignment baru kejap lagi, kena stay back sebab klien nak sign dokumen esok. Bestnyaaaaa. Bos, nak keje lagi 8 buleh? Fuuhhh fuhhh harap-harap takde la adegan babah dengan Ahmad mengusung segala tilam bantal busuk mama datang opis malam ni.

Berbalik kepada cite "Asmara" tu..ahak ahak ahak...suka la dengan drama bersiri ni. Husben je kata ntah pape. Suami saya sungguh tak berjiwa patriotisme tau. Tapi kebestan drama ni bagi saya didorong oleh kehenseman si Shahz Jaszle tu juga...uhuk uhuk uhuk terbatuk terbatuk..

Lagipun Shahz Jaszle ni baru umur 23 tau. Ada ke diorang gosip-gosipkan si Shahz Jaszle ni kata dia minat dengan wanita berusia.*saya pulak baruuuu nak masuk 30. apakah?? : P* . Tapi rasanya dah heboh Shahz Jaszle kena gosip dengan Maria Farida sebab gambar diorang tu kat twiter.

"MENGAKU bercinta dengan wanita berusia lebih menyeronokkan. Kematangan wanita lebih tua memikat hatinya yang muda."
Tu dia pengakuan Shahz Jaszle tu. Geli ok. Tapi biar kan la dia. Suka hati la nak yang muda ke tua. Asalkan dia bahagia.

Artikel pasal Shahz Jaszle kat kosmo!online kat SINI.

Agak-agak apa ending drama Asmara ni ek?  

Monday, November 29, 2010

Not well...

Ye, saya tak sihat. Berapa hari dah sakit kepala dan sakit bahu kanan. Sebab sakit kepala, hari Jumaat tu terusla pergi berurut. Pastu bahu kanan memang wallah la sakit dia. Bengkak ke apa ntah urat ni, bersimpul-simpul ada ikat riben ke apa. Ni semua gara-gara ngadap laptop tak hengat dunia la ni. Kata rajin kan. Nak tido kat opis. Jadiknya sakit bahu sebab menaip tu kira redha jela.

Pas pergi berurut tu boleh pulak terus sakit-sakit badan. Sebab tukang urut tu powerful sangat tangannya. Ntah jurus berapa dia guna ntah. Sakit sungguh tau. Tak tipu. *Nanges nanges* Heran sungguh kekuatan power rangers yang dia gunakan tu. Nampak muka selamba je.

Punyala sakit, Ahmad tengok pun nangis-nangis jugak. Dahla sakit kena urut, tengok anak nangis-nangis boleh lagiiii sakit. Adoi..

Dia kata memang dah bengkak sangat dah bahu tu, sebab tu sakit. Kalau orang tak de penyakit, dia tak rasa sakit. *ye ke?* Huwa huwa huwa..ngeri nak datang balik kat dia walaupun dia pujuk-pujuk suruh datang balik. Kalau dia nak urut free pun terima kasih jela acik saya-dah-sehat-boleh lompat-lompat-bintang..

Dulu pun pernah jugak jadi camni. Urut, pastu demam. Telan Panadol berapa biji ntah.  Tengok orang lain cam macho je dorang. Takdelah demam bagai. Apa serius sangat ke penyakit aku ni?huwa huwa huwa lagi..lapan lagi.

Tapi magiknya pulak sakit kepala hilang. Tapi kejap je pun. Datang pulak lagi sakit kepala. Setelah dibuat kajian terperinci rasanya sebab mata ni hah. Memang blur sangat pun. Tapi bila check kat kedai yang free tu, kata takde rabun sangat. Pakai spek mata yang tikam kat kedai mainan tu pun boleh. Nama pun check free kan.

Adoi, camne ni? Takut nak pergi doktor pakar mata. Kang buatnya digodek-godek mata ni, takutnyaaa. heh. Termaktub memang penakut sebenarnya sejak azali. Nampak tikus dalam tv pun dah jerit-jerit pompuan ngade2 takut, inikan pulak buat benda-benda perubatan *pisau jarum, tajam-tajam semua* ni okay. Masa nak bersalin haritu dah siap-siap tinggal wasiat. Tapi tinggalkan wasiat suruh Husben kawin lagi.*apakah?suci sangat kannnn*

Pastu risau, takut rabun sebab kencing manis. Kalau ada kencing manis boleh jadi buta tau. Ini serius, bukan cobaan. Tak caya, tu cuba baca yang pelakon Normala Omar tu camne dia leh kena. Alaaa..yang pelakon mak Norzizie Zulkifli, isteri Zulkifli Zain. Pastu aritu ada baca kat dalam paper ada orang, *kat oversea la tapi* ada cacing kat dalam mata dia sebab tu dia rabun.

Rasanya macamana ek? Nak kena pergi pakar ke buat je spek baru.??




Friday, November 26, 2010

Wasiat Terakhir..Kepentingan Wasiat

Firman Allah yang bermaksud: “Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, (hendaklah ia) berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang yang bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 180)
Anda semua dah buat wasiat? Sesetengah daripada kita macam tak peduli nak buat wasiat ke tak sebab bila kita meninggal dunia nanti, harta pusaka kita akan dibahagikan kepada waris secara faraid mengikut nisbah yang dah ditetapkan oleh hukum syarak. 

Tapi sebenarnya, kita boleh mewasiatkan 1/3 daripada keseluruhan harta kepada selain daripada waris yang berhak. Kepentingan wasiat adalah untuk kita namakan pewasi kita. Maksudnya kita dah namakan pewasi (administator) yang akan menguruskan pusaka kita untuk mengelakkan harta pusaka kita dari jadi punca perselisihan faham waris-waris.

Lagi satu, kepentingan wasiat ni, pembayaran hutang tu pun nanti agak teratur juga. Sebab hutang akan diselesaikan terlebih dulu sebelum pembahagian dibuat.

Kebetulan semalam ada urusan kat bank. Pegawai bank tu offer untuk buat wasiat kat situ. Terlupa pulak berapa yurannya. Kalau tak silap RM50 kut. Kalau buat wasiat dengan Amanah Raya Berhad pulak rasanya RM350 untuk Muslim.



Tapi wasiat ni pun yang disediakan oleh Amanah Raya Berhad, yang mana kita akan lantik Amanah Raya Berhad sebagai wasi.

Dalam wasiat ni, disebut supaya semua hutang dan perbelanjaan termasuk tuntutan syarak macam zakat, upah haji dan hutang sesama manusia dibayar seawal mungkin lepas kita meninggal dunia.
Baca lebih lanjut mengenai wasiat di SINI dan SINI.

Ada juga pengurus pusaka komersil seperti Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd yang boleh dilantik untuk menguruskan pusaka. Jenguk laman web nya di SINI.

Boleh juga buat wasiat sendiri kan? Yang penting kena bersaksi (2 orang saksi) dan kena nyatakan ianya wasiat kita yang terakhir dan wasiat-wasiat yang terdahulu tu tak terpakai.

Rasanya penting tak buat wasiat?

Am now 11 months..Get me chocolate ice cream with strawberry toppings, please...

Ewah, main order je bucuk mama ni ye. No, not yet. Belom boleh makan eskrim lagi ye. Mama je boleh makankan untuk Ahmad. Pass je baton tu kat Mama dulu ye. Nanti bila mama  dah tua, mama pass balik baton pada Ahmad.

Time really flies. Kejap je masa berjalan. Ahmad dah pun 11 bulan semalam. So, it's the final countdown to his new journey of toddlerhood. Less than a month dah nak jadi kanak-kanak riang ribena. Bukan lagi baby bucuk macam ok.

Ahmad aktif, suka membebel taktau apa butir, tak cerewet makan, tak cerewet minum, suka dengar ayat Al-Quran dan zikir, gelak macam opah-opah dan dah belajar berdiri. Paling penting, Ahmad suka kertas, buku, sokabau, segala benda ada kaitan dengan kertas. Selak selai-selai.

Alhamdulillah, perkembangan Ahmad ok. Tapi ada juga orang bising sebab tak jalan-jalan lagi. Tapi Ahmad baru 11 bulan, so tarak hal la. Mama dan babah menunggu saat itu dengan sabar. Saat mama babah kuruskan badan sebab nak kena kejar sana sini. Takpe lambat sikit. Take your time. Banyak sangat soklan "tak jalan lagi ke?owhhh..anak saya 8 bulan dah jalan". Owh, itu anak awak, anak saya bukan anak awak...jawab saya dalam hati.

At first, kami cadang nak beli alat bantuan berjalan.


Macam Moon walk ni. Cool. Nampak cam menarik je. Nama pun best. Teringat kat Michael Jackson tetiba. Rasa cam senang nak latih berjalan.


Walker Ahmad pun dah lama tinggal kenangan. Sebab dah naik hancur seatnya. Cari spare part merata Melaka *macam kete lak* takde. Sebenarnya we have decided not to buy any walker for Ahmad takut terjatuh. Tapi dah rezeki bos nak kasi, kita sambar jela.

Lastly, ahlil jamaah pikir-pikir biar jela dia ambil masa nak berjalan naturally. Takpe, biar lambat asal selamat. Setiap bayi kan berbeza, rasanya tak sesuai untuk dibanding-bandingkan antara satu dengan yang lain. Selagi sihat tubuh badan akal fikirannya, syukur pada Allah. Yang penting didikan kita yang mencorakkan dia.



pics taken last nite at almost 8.30 pm while waiting for me to finish up the work...


Dearest Ahmad Raif Idlan, mama and babah love you to the fullest..

Wednesday, November 24, 2010

ASN3 6 sen seunit


Tadi Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dah umumkan agihan pendapatan sebanyak 6 sen seunit untuk Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3).

Pendapatan ASN 3 naik 0.5 sen daripada 5.50 sen tahun lepas.

Agaknya berapa la pendapatan untuk Amanah Saham Bumiputra (ASB).

Harap-harapnya banyaklah. Fuhhhh...fuhhh..

Interesting Blog Award


Anak pak usop, manyusoef.blogspot.com, see see..akak dah buat dah ok. Lagipun idea ngak ado nak buat entri lain. Banyak makan daging korban.
 
Uiiii...banyaknya soklan nak kena jawab. Len kali kena letak soklan objektif.Senang nak baling dadu. Takpela, buat jugaklah ni.

Syarat-syarat:

1. manyusoef.blogspot.com di mata kalian..

Baru je follow belog manyusoef.blogspot.com. manyusoef ni baru 22 tahun, suka makan mee laksa dan segala bagai yang berkaitan dengan mee? Tapi cam tersuka la pulak dengan cara penceritaan man yusoef dalam belog dia. . Maklumla kami sebaya..lalala...

Apa kata cuba tengok blog manyusoef.blogspot.com. Menarik juga sebab man selalu bagi macam-macam tips..huhu

2. nama blog anda & kenapa letak nama tu..

Nama blog ni ~ A to Z of Us~ . Kenapa? Ntahla ye. Sebab haloba nak cerita semua benda kut..hua hua hua..yelah, nak cerita dari A sampai Z. Lagipun sejak ada anak ni, asik nyanyi A, B C je..Dah terinspira dari situ...eh. terinspirasi.

3. nama url blog anda & dari mana datangnya idea tu..

Original nama dalam ic. Sebijik  sejibun. Tak teringat pulak masa buat url tu nak nyuruk-nyuruk. Hahaha..takpela, nama sedap ape, mak abah bagi. 

4. apakah kaedah dalam penulisan blog anda..

Kaedah macamana? Kejap-kejap perasan macam budak sekolah menengah, kejap insaf, kejap gedik tak tentu hala. Ntah, tak paham jugak apa kaedah penulisan ni..ngeh..kaedahnya, kalau ada idea tulis kut..Merapu pun ada..

5. apa perasaan anda bila lihat blog orang chantek & menarik sedangkan blog anda tidak (kadang-kadang blog sendiri menarik tapi merendahkan diri)

Owhhh..sedih. Blog orang lain mengelip-ngelip anak mami. Tapi takpela, kasik can kat depa. Lagipun blog ni cam SS je..*sebenarnya taktau camne nak buat ngelip-ngelip semua huhu*.. 

6. bilakah blog anda diwujudkan..

tahun ni. Baru je lagi sebab rasa macam diri sendiri kreatif. Tapi tulis satu entri senyap nya sebulan. Ntahapahapantah..Sekarang baru sedar diri. Tak kreatif inovatiof langsung rupanya aku nih..ermm

7. siapakah orang pertama yang tahu & menjadi pengikut/sahabat blog anda..

Ayu Khairy, sebab Ayu la jugak tiba-tiba macam ada semangat waja nak bukak belog. Sebenarnya minat nak baca dari blog-blog ibu yang menyusukan anak. Teruja dengan semangat dorang semua. Buat menaikkan semangat dan dapat ilmu dari blog-blog tu.. : P

8. sila tag 5 nama lain untuk menerima anugerah tersebut & paskan syarat-syarat ini.

Tak tag takpe tak? Sape yang berminat, mai la ramai-ramai buat tag ni. Menarik juga nak cerita history belog kita..

Tips Diet

Ahak ahak..diet?

Maafla takde tips apa-apa pun. Sebab tak diet dan takde niat suci nak berdiet walaupun gomok. Jadi, takde pun tips nak diberi untuk diet.

Diet bukan istilah untuk kuruskan badan je. Diet pemakanan kalau kena kencing manis ke darah tinggi tu pun dipanggil diet kan? Diet ni semacam kita atur pemakanan atau pola pemakanan kita untuk kesihatan.

Tapi kalau tertinggal beg duit kat rumah, tak dapat pergi lunch secara automatiknya DIET..hua hua hua..kelaparan ok. Cacing-cacing semua tengah nyanyi. Tapi beg duit pulak tertinggallll...lol

Nasib baik ada laci "Doraemon". Korek-korek adalah beskut kering.

Maka, makan beskut jela cecah ngan ayaq Milo. Apa salah nya mengimbau kenangan zaman duk kat hostel dulu. Lagipun minum Milo anda jadi sihat dan kuat *sedapkan hati..ok*.

Gambar orang cecah beskut dengan air Milo dengan muka sedih tidak disertakan.


Tuesday, November 23, 2010

Calon SPM meninggal dunia sesak nafas

Takziah buat keluarga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang, Tangkak calon SPM yang meninggal dunia pagi tadi sebab sesak nafas. Allahyarham meninggal dunia ketika taklimat peperiksaan sedang diberikan.

Adakah sebab terlampau risau atau sebab memang dah ada masalah kesihatan. Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepadaNya juga kita kembali. Moga tenang di sana.

Teringat juga masa saya amik SPM tahun 1998 bila salah seorang kawan kami pengsan sebab tak makan pagi sebelum masuk dewan. Mana taknya, pagi tu pun masih duk usung sini sana nota sebelum nak masuk dewan.

Padehal orang lain camne risau pun sempat mentekedarah sepinggan setengah nasik lemak *eh, macam kenal je* pagi tu untuk kekuatan stamina nak pegang pen 2-3 jam.

Bahaya bila dah terlampau risau sampai tak jaga kesihatan diri sendiri. Kawan-kawan lain pun macam terefek jugak bila ada kawan yang jadi camtu. Sure punyalah.

Jadi, jangan abaikan kesihatan diri walau sepenting mana pun sesuatu perkara.

Jadi, sebelum saya kena gastrik, baik pergi lunch nasik goreng ayam cili padi  tambah yong tau fu 5 hengget dulu. Kebulur ok. Tinggalkan jela fail-fail ni. Naik menyampah pulak tengok fail-fail ni bila time-time lunch ni.

Jom lunch.

Friday, November 19, 2010

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 4, Ayu & Khairy


Nampaknya tak sempat nak masuk "4th Anniversary GA" anjuran Ayu disebabkan kesibukan minggu lepas dan kebetulan anniversary Ayu dan Khairy jatuh pada Hari Raya Aidiladha..

Sebenarnya bersemangat nak masuk sebab dah jumpa benda yang di cari-cari. Puas juga mencari untuk dimasukkan dalam entri. Apa dia ye? Sebenarnya, mencari gambar kahwin Ayu yang masih dalam simpanan saya.

Terasa baru je datang ke kenduri kahwin Ayu dan Khairy di Taiping. Baru yang rupa-rupanya dah masuk tahun ke 4. yang menunjukkan secara automatiknya bahawa saya juga sudah tua. (apakah?)

Untuk Ayu dan Khairy, selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 4. Moga nombor ini terus menjejak ke angka yang ke 40. Semoga kalian berdua berbahagia hingga ke hujung nyawa. Bahagia dalam susah, dalam senang, dalam sakit, dalam suka dan duka. Moga tiada ribut, tiada gempa yang bisa menggegarkan cinta kalian berdua. Yakinlah bahawa kalian berdua adalah jodoh kurniaan Tuhan yang paling sempurna. Pandanglah wajah masing-masing dengan pandangan iman dan kasih sayang dan yakinlah sepenuh hati bahawa kalian diciptakan Tuhan untuk mengisi ketidaksempurnaan masing-masing. 

Moga kita berjaya menahan cabaran dan ujian dalam membina keluarga sakinah mawaddah dan terus melahirkan pewaris mujahid Islam.

Happy 4th Anniversary.

Lagi besar lagi untung..!!

Eh eh..nak pikir bukan bukan le tu..bukan..saya bukan nak cerita pasal tu..no no no..ni nak cerita pasal cincin.

Alkisahnya entri semalam pasal Pertunangan Putera William dengan Kate Middleton, cerita pasal cincin tunang yang William beri pada Kate, yang juga cincin peninggalan mendiang Puteri Diana yang sangat cun..Uiii, mana tak cun, harga cincin sebijik boleh beli kereta Ferrari..takpun sebijik banglo  *awas, penjodoh bilangan tidak tepat*..

Jeles tau dapat cincin besau cenggitu. Bawak tidur hari-hari pun takpe. Jangan dapat anak macam Eton dalam Seniman Bujang Lapok sudah..

Tetiba terimbau pulak kenangan masa kawen dulu..terngiang ngiang lagi bunyi kompang..ewahh..
: P....Bukan apa, cerita pasal cincin ni kan, teringat seseorang...

"nak diet la sebelum kawin,.. nak kurus, nanti tak muat nak pakai baju kawin"

"eh, takpela gemuk...nanti jari besar-besar..dapat cincin besar jugak..
lagi besar lagi untung, emas mahal sekarang ni.."

Sengal kan?...

Pastu masa duk cari cincin dulu, depa duk kata cari cincin emas jangan emas putih, nanti harga tak jatuh..ermmm tapi kemusykilannya di sini, cincin kahwin untuk dijual kah? hehe..

gambar hiasan ..bukan gambar sebenar...uhuk uhuk uhuk

Thursday, November 18, 2010

Pertunangan Putera William dan Kate Middleton

Britain’s Prince William confirms he is engaged to his long-term girlfriend Kate Middleton (Getty Image)

Macam cerita dongeng yang akhirnya... putera dan wanita kesayangannya hidup happily ever after.

Akhirnya, Putera William, putera sulung Putera Charles dan mendiang Puteri Diana mendapat kekuatan luar biasa nak melamar Kate Middleton. Mereka memang dah berkawan lama dan memang sweet dan nampak sepadan.

Antara cerita menarik disebalik pertunangan dorang ni, Putera William ke hulu ke hilir bawa cincin mendiang ibunya untuk melamar Kate. Nebes juga William takut cincin pusaka tu hilang. Kalau hilang sebenarnya boleh beli lagi seploh, tapi cincin tu full of  sentimental value kan.. dan Putera William melamar Kate masa kat Kenya..i do not know why, but i think they love Africa kut.. 



Nilah cincin mendiang Puteri Diana iaitu batu nilam dikelilingi 14 berlian. Cantik sangat. Memang berpadanan dengan Kate. Dengan saya pun padan, tapi saya dah kawen..ngengggg..

Tapi dorang tak merancang nak kawin dalam masa terdekat. Lagipun macam Putera William beri peluang untuk Kate memahami dulu keluarga di raja Britain. Dan beri peluang pada Kate untuk back out before it all got too much. Yelah, bukan senang nak jadi permaisuri, puteri raja nanti. Banyak protokol kena jaga kan.

Sangat charming la William ni.. : ) ... macam incik Husben la..prince jugak tu.. : P


Dah Terbayang Macamana Kalau Pamela Anderson cakap Melayu..

Sebenarnya ni entri malas..entri copy paste dari Kosmo! Online.

Menarik tau, yelah, mana la tau kut-kut nanti Lady Gaga turun KL nak tengok screening filem ni nanti..huhuhu...
KUALA LUMPUR - Selepas menerbitkan filem 2 Alam yang mula ditayangkan kepada orang ramai hari ini, dR Movie Production kini merancang untuk menerbitkan sebuah lagi filem pada tahun depan.

Menariknya, filem itu bakal dibintangi pelakon sensasi dari Hollywood iaitu Pamela Anderson.

Penerbitnya, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din berkata, dalam filem itu nanti, Pamela akan memegang watak utama.

"Mungkin ramai yang memandang sinis mengenai perkara itu (hasrat mengambil Pamela) tetapi ia adalah perancangan utama dR Movie Production dan saya memang bersungguh-sungguh untuk mengundang pelakon tersebut membintangi filem baru itu nanti.

"Setakat ini, apa yang boleh saya katakan ialah, pihak kami kini berada dalam proses akhir perincian mengenai kontrak dengan ejen pelakon tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pamela merupakan seorang pelakon seksi kelahiran Kanada yang cukup terkenal dalam industri perfileman Hollywood sejak tahun 1990-an.

Menurut Rozmey, tajuk filem yang akan dihasilkan itu masih belum diputuskan namun ia bakal mengisahkan mengenai seorang wanita warga asing yang telah terdampar di sebuah pulau.

Memang dR Rozmey ni seorang yang menongkah arus..*fuhh ayat*..berani melabur wang ringgit yang banyak untuk buat filem yang lain dari yang lain.

Tunggu dan lihat ajelah adakah filem ini akan menjadi kenyataan? Jeng jeng jeng...

Lapar..

Ya Rabbi..serius lapo ni..

ngeh ngeh..nak merangkak la *bajet nak menyamar jadi Ahmad* rasanya kejap lagi pergi kedai acik jual nasik goreng tu..

huwaaa..sangat lapar. Lapar sampai tak boleh nak fikir, tak boleh nak buat kerja, tak boleh nak update belog..Nampaknya cacing-cacing dalam perut ni sedang membuat onar ni..

jam baru pukul 12.00, ada lagi sejam nak lunch hour..

ok, fine, takpela, masuk dalam statistik lebih separuh rakyat Malaysia obesiti...

sambung diet tahun depan jela..lalala..

Tuesday, November 16, 2010

Bang Bil, apa sudah jadi?nehi..nehi..Nabil

Bila berblogwalking semalam lepas wiken, mak oi, banyaknya cerita gosip sensasi yang mak tertinggal...tula sebab broadband dah dicerai talak tiga, tak boleh nak dirujuk balik, jaditnya hari kerja jela dapat berbelog bagai...

Tengok-tengok...tuuuuu diaaa..bang bil, apa sudah jadi ni? ayoyo..kelam kalibut kompliketed pulak rasanya si Nabil Raja Lawak ni..

ish ish ish..belum reda pasal break dengan Irma dah ada gosip meletup yang lain? Qasha yang digosipkan dengan Bang Bil ni buleh tahan lawo jugak ek...*ada unsur-unsur menyokong di situ..heh

gambar nabil dan qasha cium mulut




super impose ke?kalaula betul super impose memang sangatla advance teknologi sekarang ni..ishh..bahaya sungguh kalau teknologi di salah gunakan..kalau la betul ada orang nak aniaya, memang zalim sangat la ni.

hormatlah sikit perasaan keluarga orang..tapi kalau betul, taktau nak komen apa.
Pastu rasanya kebanyakan blogger pun ada bincangkan pasal ni..


Kisah percintaan uncle seekers dengan Yang Teramat Mulia Cik Puan Besar Selangor Datuk Amar Siti Aishah Dato Seri Abdul Rahman.

Terkejut cipan saya dengan pendedahan berani mati camni.  Kuss semangat sebab dah lama tak dengar kisah bekas Permaisuri Yang Dipertuan Agong Siti Aishah ni. Nasib tak sakit jantung.

Sape yang belum tau, belum baca boleh ke blog uncle seekers ni di SINI.

Taktau nak komen apa. Mungkin akan ada penjelasan dari yang terbabit nanti kan..

Inilah keburukan teknologi..ishkk..buruk sungguh


 

"Educated Fulltime Housewife" - cita-cita yang makin kabur..dan makin menghilang..


Masa zaman universiti dulu-dulu-dulu-dulu *exaggerate* cita-cita suci nak jadi fulltime housewife..hehe..bestnya, janji boleh duk rumah diam-diam.

Pastu terjatuh hati pulak la dekat si dia time tu. Eh, masa tu kita separuh sedar tau, maklumlah kembang hati kembang segala bagai,...maklumla, ada orang suka kat kita akhirnya...yes.. yes..*kesian kan..huhu* .. Pastu masa bercinta, kengkonon dah siap-siap chop la kat boifren, kalau boleh pas kawin tak mau keje, nak duk rumah, jaga anak * bajet sangat bagus..*

Pastu dah cakap dengan mak, takmau keje pas kawin nanti, nak duduk rumah je. Apa lagi, bisingla mak dok kata, "Penat jela belajar lama-lama, last-last duk rumah". Semangat tambah membara-bara nak jadi educated housewife lepas habis wat Masters. Masa tu dah terbayang nak goyang kaki style camne.
Tapi rasanya macam kabur je cita-cita ni. Ada harapan lagi tak? Nak jadi fulltime housewife ke? Huhu..cakap kat mulut bolehla, bila dah masuk opis, dah start keje, melekat kat kerusi opis ni hah. Rasa cam nak usung anak, laki, tilam bantal semua bawak mai dalam opis ni..
Anda workaholic..? Saya rasa saya ye la..adoii..mana taknya, takde keje pun buat-buat macam busy ada banyakkkkkk keje. Oh ini serius! Workaholic??

Surirumah berpendidikan tinggi saya rasa dah jadi perkara biasa sekarang. Malahan, rasanya tak menjadi masalah bagi surirumah nak dapatkan pendapatan sampingan termasuk jalankan perniagaan  dari rumah, mungkin secara online atau buat kerja sambilan di rumah. Ada juga kalangan rakan peguam wanita saya yang buka ofis di rumah dan bekerja dari rumah. waa..bestnya kalau macam ni..saya mesti pilih!!

Yang paling penting, walaupun berstatus surirumah sepenuh masa, mereka-mereka ini menyumbang kepada pembangunan keluarga dan pendidikan anak-anak. Andai berlaku penceraian, surirumah juga boleh menuntut hak harta sepencarian *ye atas sumbangan sebagai surirumah* walaupun tak buat contribution secara langsung atau bayar untuk mana-mana aset sepanjang perkahwinan.

Kesimpulan yang tersimpul, setiap kita ini menyumbang sebenarnya. Secara langsung atau tak langsung, makan gaji atau tak makan gaji *saya makan nasik..laponya..* Saya menyumbangkan khidmat saya yang diperlukan orang lain. Dan surirumah tangga *jeles..jeles..jeless* menyumbang dalam erti kata dan cara yang lain. jadi, bukan alasan lagi berpendidikan tinggi tak boleh duk kat rumah walaupun dah penat2 belajar..
Eh, apa motif entri ni pun taktau la.

Agaknya sebab esok dah nak raya kut. Kalau housewife, gerenti sekarang tengah pulun buat rendang ayam. Takpun tengah rebus-rebus ketupat sambil tengok telenovela..ahaks..

Lagi pun cuti sekolah dah nak dekat kan..wah dengkinyaaa.....

Sepi..



Bisikku pada bulan
kembalikan temanku
kekasihku, syurgaku

tanpa dia
malam menemaniku
sepi memelukku

bulan jangan biar siang
biar malam ini kelam
biar ia sepi sepertiku

Friday, November 12, 2010

Takziah : Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

Rasanya hampir semua tahu Mohd Shamrin Abdul Samad atau Shamrin penyanyi kumpulan Fotograf meninggal dunia semalam. Allahyarham dikatakan pitam di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru masa tengah main bola sepak. Allahyarham baru 45 tahun dan ada anak masing-masing 17, 5 dan 1 tahun.

Umur 45 tahun dikira muda kan? Lepas tu anak-anak masih kecil lagik. Punca kematian allahyarham Shamrin dikatakan sebab jantung gagal berfungsi.

Rasanya dah banyak kali dengar tentang kematian atas padang bola. Banyak kali. Sebab bola sepak memerlukan pemain berlari seluruh padang dan boleh dikatakan tanpa henti. Ish, bahaya juga kan, terutama yang memang dah ada penyakit.

Pernah juga dengar tentang bahaya main badminton sebab badminton lagila memerlukan pemain bergerak dalam court tanpa henti.

Dalam suratkhabar Kosmo, dikatakan faktor keturunan adalah punca sakit jantung di kalangan orang muda dalam lingkungan 30 an hingga 40 an. Dinasihatkan sesiapa yang memang mempunyai ahli keluarga terdekat yang ada penyakit jantung untuk lakukan pemeriksaan kesihatan sekiranya dah mencecah umur 30.

Adoi..jadi risau pulak dengan Husben saya ni. Nenek, mak, pak cik sebelah dia memang ada penyakit jantung yang agak kronik, pernah buat by pass bagai. Lepas ni kena workout ni...joging ke..usung Ahmad sekali la..

Apa lagi cara nak elak dari penyakit jantung ni..? Lahai..tulunn


Wahai anakku, sleepcrawling kah itu?


Al kisahnya, Ahmad sekarang ni, kalau tidur waktu malam, asik la bergerak-gerak..

Risau pulak rasa hati mama ni.

Sleepwalking = sleepcrawling *sebab Ahmad tak boleh jalan lagi* kah itu? wo wo wo...

Memang la ada time-time Ahmad akan terjaga, nak menyusu. So, kadang-kadang dia merengek-rengek la juga. Tapi kemusykilan di hati ku ini, mengapakah dikau anakku berada di tempat yang tak sepatutnya...

Bila terjaga je, tengok-tengok dah ada kat kaki, pastu kadang-kadang kat atas perot babah dia, takpun atas peha..takpun nun jauh dah kat depan-depan tv..huhu

Pengakuan berani mati, masa saya kecik-kecik dulu ada juga penyakit sleepwalking. Agak serius jugak. Ala-ala macam nak lari rumah tengah-tengah malam ok. Nasib mak sedar.

Pastu masa duk hostel dalam tingkatan brape ntah, dah nak keluar jalan-jalan malam-malam, nasib kakak sedorm sedar. Kalau tak, may be dah ada kat asrama lelaki, buat lawatan sambil belajar..............

Uiiiks, kalau di alam realiti, kim salam je la kalau nak keluar rumah malam-malam tak bawak lampu suluh ke lampu apa2 ke....bukan apa, seganla nak terserempak dengan sundel bolong, mak lampir ke..

Ohhh...ku kah yang bersalah mengalirkan genetik sleepwalking iteww??!! lalala....

Mengantuk Tak Harini?


Terharu dengan kejayaan calon-calon UPSR 2010 yang dapat 5A dalam berita semalam. Masing-masing muka ceria riang gembira. Ishh..mestila seronok kan. Berbaloi dengan usaha. Kalau yang tak berusaha tetiba dapat 5A juga tu lain cite....


Tapi dalam gembira2 tu ada yang sedih jugak. Yela, yang yatim piatu, yang hanya ada salah sorang ibu atau bapa tu sure sedih sangat. Takpe dik, hidup perlu diteruskan ok...janji kena terus cemerlang terbilang sampai dah besar, tua, ada anak..


Terbaca pulak cerita salah seorang pelajar yang dapat 7A dalam UPSR, Melinda Tan Ming Hui. Melinda pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ping Ming di Melaka yang menghidap Narcolepsy.


Tetiba cam zupppp..nak tau benda alah apa si dak Narcolepsy ni. Terus meng google dan barulah tau yang ni pun satu penyakit misteri nusantara di bumi Allah ni... 


Hah..tu dia, penyakit sleep disorder rupanya. Heh..terasa macam merujuk pada diri sendiri pulak. Masa jaman-jaman remaja bawah umur dulu, kalau dalam kelas tu setakat tidur masa cikgu kat depan kelas kira tarak papa lagi. Kalau dah kritikal sangat, kenkadang rasa macam nak bentang tilam kat dalam kelas *sila jangan tiru aksi ini ye*.. ngantuknyaaa...Eh..tapi bukan sebab Narcolepsy..sebab tak cukup tido je..

Bayangkan macamana tetiba je narcoleptics ni masa tengah siang ikan ke, tengah goreng kopok ke, tengah mandi dalam pool ke, (bukan pool kanak2), takpun tengah tengok drama Akasia Chinta episod akhir ke..(ada kaitan?) tertidurrrr..dah melepas episod akhir Chinta..kui kui *apsal asik cakap pasal Chinta ni, stress nya*

Boleh baca banyak lagi mengenai Narcolepsy di SINI.



Narcolepsy is a chronic sleep disorder, or dyssomnia,that certain people have. it is characterized by excessive daytime sleepiness (EDS) in which a person experiences extreme fatigue and possibly falls asleep at inappropriate times, such as while at work or at school. Narcoleptics usually experience disturbed nocturnal sleep and an abnormal daytime sleep pattern, which is often confused with insomnia. When a narcoleptic falls asleep they generally experience the REM stage of sleep within 10 minutes; whereas most people do not experience REM sleep until after 90 minutes. There is no evidence to suggest that narcoleptics tend to have a shorter life span.

Thursday, November 11, 2010

Inspira Berbaloi ke Tak?

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mencuba Inspira sambil diperhatikan Penasihat PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh selepas majlis pelancaran rasmi model  Inspira di Pusat Kecemerlangan PROTON,  di Shah Alam, semalam.


Cantik juga bentuk Inspira ni. Tengok sekejap macam Inspira, tengok lama-lama ada macam model Perdana.

Sekarang ni Inspira menggunakan 40% je komponen keluaran tempatan. Maksudnya Inspira yang baru dirasmikan ni menggunakan lebih setengah daripada teknologi Mitsubishi Motors Corporation. Kira untung juga la siapa yang beli Inspira sekarang ni. Pastu harga pun dikurangkan sampai RM2,000.00. 

Tapi lepas ni komponen tempatan yang digunakan akan ditingkat sampai 60%.

Kalau model macam Inspira ni, apa ya sebenar kategorinya? Kereta kecil keluarga kut kan..Tapi kereta sedan memang sesuai untuk dijadikan kereta keluarga.

Selain jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer (km) pertama, PROTON menawarkan servis percuma dua tahun kepada pembeli yang membuat tempahan hingga 15 November ini.

Rasanya, untuk kenderaan, lebih wise kalau beli yang fuel consumption nya rendah. Lagipun kenderaan kan susut nilai, bukan macam harta, rumah bagai tu. Harus nya la fikir-fikir beli yang berbaloi, dan boleh menjimatkan minyak.

Tambah lagi harga RON95 pula akan naik tahun depan. RON97 dah pun naik hari tu..

Fuhhh.. kalau fikir-fikir pasal duit ni. rasa macam ketar je lutut tau...............

Vanidah Imran dan Episod Akhir Chinta tv3

Vanidah Imran dah confirm memang pengacara baru Nona kat tv3. Vee gantikan tempat Maya Karin sebelum ni. Suka jugak kalau Vee jadik hos Nona baru. Tak sabar nak tengok camne Vee hoskan Nona.

Adoyai, tiba-tiba teringat pulak filem Sepi..Suka sungguh Sepi ni. Sepi sendiri aku benci.. Berapa kali khatam ntah. Kalau masuk dalam exam sure dapat A++.. : P

Ada bok bak kat dalam paper yang kata Maya dikatakan penyebab rating Nona jatuh berbanding jaman-jaman Normala Samsuddin, Norjuma Habib Mohamed ataupun Fiza, hos sebelum Maya Karin.

Aishh..susahnya jadi hos ni...tak pasal-pasal nanti kena tuduh gitu kan. Kesian. Nasib bukan keje jadik hos (ayat perasan tak boleh blah, bak kata budak2 remaja zaman sekarang)..Harap adala pembaharuan dalam Nona. Sekarang ni kalau tengok Nona, satu segmen sekejap sangat. Baik fokus satu dua segmen yang menarik daripada ketengahkan semua segmen lain yang mungkin tak menarik..tak pun, mana-mana segmen yang tak berapa nak menarik perhatian tu boleh dikeluarkan 2 kali sebulan ke..

Eh, tengok keywords ramai sungguh yang google sinopsis episod akhir Chinta kat tv3 petang sat gi. Eh, tetiba rasa cam nak tau pulak ending ni. Ntah pape kan, tak tengok, tapi nak tau ending...stress woo kalo taktau ending dia macamana...hehe

Sinopsisnya mengikut Kosmo, Chinta akhirnya akan kahwin dengan Rasul Iman. Dan rahsia yang Chinta simpan 10 tahun akan terbongkar. Apa ye rahsia tu? Rasanya orang akan tahu tentang anak tak sah taraf Chinta kut? Namanya pun Chinta kan? 

Esok boleh cerita ye, apa sebenarnya yang jadi pada Chinta Canduri...nak jugak tau.. : P


Episod Akhir Drama Chinta - Slot Akasia TV3 - Aku Stress..


Eh, hari ni episod akhir drama Slot Akasia, Chinta kat tv3 ek..

Best ke citer ni ek? Pernah juga tengok drama ni masa mula-mula tapi tetiba macam lost pulak. Rasa macam drama ni meletup-letup la pulak sebab sana sini orang duk citer sinopsis drama ni. Yang tak berapa nak follow pun nak menyelit sama nak bagitau ending drama ni. Padehal sinopsis reka sendiri. Yang dengar boleh percaya pulak tu...lol

Tapi kan, tetiba je rasa stress disebabkan citer Chinta Chanduri ni....
 
Stress sebab tak follow drama ni..

Mana taknya tetiba rasa diri ni macam ketinggalan keretapi. Mana boleh tahan, sana sini orang duk cerita pasal drama ni, tapi macam tak boleh nak 'in' pulak..waaa.

Tak boleh nak join the group acik-acik kat ofis ni tau..Padehal beli newspaper hari-hari...(apakah??), tapi tetap merasakan diri ini tak up to date, tak semasa gitu..Kesian kat diri sendiri.

Stress tau, macam takde cerita lain nak sembang..citerla pasal Proton Inspira ke, macam mana nak buat cup cakes ke, atau masalah-masalah negara ke..


Stress tau kalau suami kita follow drama ni, kita tak follow..

Ok fine. Aku redha. Sebab Husben cekgu, balik kerja awal. Sambil baby sit anak boleh follow drama ni secara senyap. Nampak je macam tak ambil pusing tapi..... 

Isteri yang cute : "Eh, sape pulak la ni? Ramai betul watak dalam Chinta ni...."
Suami : "Owwhhh..ni yang bla bla bla bla..."

Stress ok. Menci. Tak boleh komen lebih-lebih. Fullstop. lalala...


Stress pulak rasanya menengok lakonan suci Fasha Sandha...ahaks..

Rasa macam kerap sangat la pulak tengok Fasha dalam tv sejak menjak ni. Lepas tu, macam watak yang baik-baik je.

Yelah kut sebab hari tu Fasha bagi statement nak bawa watak baik-baik je lepas ni.

Bab lain citer panas-panas malas nak komen..huhu

Kesimpulannya, kalau balik dari ofisnya pun dah pukul 8 malam, Chinta Chanduri apa lagi yang tinggal..??..huhu..

Takpe, lepas ni Slot Akasia lagi best punya..

credit :http://www.ardinihumaira.com

Tuesday, November 09, 2010

Gaji Government Servant Esok??

Ye ke gaji untuk orang-orang dalam service, government servant dapat esok..muahahaha..bestnya..

Taktau la kenapa ye, orang lain yang dapat gaji, orang lain yang gembira tak tentu hala nih.. :  P

Takpe-takpe..keseronokan dalam jiwa ni masih terkawal. Jiwa masih belum kacau lagi. Sket-sket je ni. Apa salahnya, lagipun Parkson, Melaka Parade ada sale sampai ujung bulan ni. Sempat lagi kalau nak pergi minggu depan pun..heh 

Pape pun berbelanja lah dengan berhemat ye semua orang-orang government. Sebab ada lagi belen 16 hari. Terpulang la pada anda macamana nak jalani 16 hari berikutnya.

Minggu depan dah Raya Haji. Seronoknya semua jemaah-jemaah haji tu..moga dapat haji yang mabrur. Balik Malaysia, nanti dah naik haji -- pak aji ngan mak ajah..

Nak tau camne nak jimat lepas raya? Kat SINI.

Impian Gulai Tempoyak Ikan Patin Yang Kecundang..

Semalam semangat berkobar-kobar nak masak gulai ikan tempoyak..


Tapi malangnya, supermarket yang kami singgahi semalam tidaklah berapa super..Maka tidak dapat lah dijumpai tempoyak di dalam supermarket tersebut..

So, semalam ada orang sedey *nanges-nanges* sebab tak dapat masak gulai tempoyak. Sebab tu orang tu lambat update belog di pagi ni.

Kesian kat anak tekak..

Ermm..agak-agak kat mana ada jual tempoyak ek kat Melaka ni. Selalu beli kat Tesco Bachang, dekat dengan Melaka Sentral. Tapi sebab semalam malas nak basah-basah tiak pergi jejauh, takdela nak pergi Tesco.

Harapnya takdela kecundang lagi impian tu hari ni..

*gulai tempoyak ikan patin tidak kelihatan di dalam belog ini*



Monday, November 08, 2010

tak kira..hari ni nak balik awal..!

protes..!!

tah pape je tajuk kat atas tu...sape plak yang tak kasik ko balik..balik jela..kalo ko tak achieve KPI pandai2  la ko menjawab ngan bos..kuang kuang..

arini plan nak masak..minggu lepas semangat membara tak hengat beli ikan sotong daging ayam bagai kengkonon nak masak...

harap-harap mereka-mereka (bukan nama sebenar) yang tersebut di atas tidak masuk dengan segala hormatnya ke dalam tong sampah setelah 2-3 minggu dalam peti ais..*nanges*

bazir kan?rasa cam nak pang je..konon nak jadi isteri mi-tali masak ala-ala "The Naked Chef" kat Asian Food Channel tu..huhu..tapi selalunya niat suci murni tu terPAKSA diketepikan atas sebab-sebab tertentu..

tapi sebab semangat kesukanan tu masih tak luntur hari ni, jap lagi nak ajak paksa Mr Husben gi  supermarket beli tempoyak..

yes..it's TEMPOYAK....nak masak ikan patin masak tempoyak..teringinnya..sebab tengok belog Lady - Little Parlour arini..sangat ngancam..

mode : *leleh-leleh air liur* ..sabar ye anak tekak...