Tuesday, November 23, 2010

Calon SPM meninggal dunia sesak nafas

Takziah buat keluarga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang, Tangkak calon SPM yang meninggal dunia pagi tadi sebab sesak nafas. Allahyarham meninggal dunia ketika taklimat peperiksaan sedang diberikan.

Adakah sebab terlampau risau atau sebab memang dah ada masalah kesihatan. Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepadaNya juga kita kembali. Moga tenang di sana.

Teringat juga masa saya amik SPM tahun 1998 bila salah seorang kawan kami pengsan sebab tak makan pagi sebelum masuk dewan. Mana taknya, pagi tu pun masih duk usung sini sana nota sebelum nak masuk dewan.

Padehal orang lain camne risau pun sempat mentekedarah sepinggan setengah nasik lemak *eh, macam kenal je* pagi tu untuk kekuatan stamina nak pegang pen 2-3 jam.

Bahaya bila dah terlampau risau sampai tak jaga kesihatan diri sendiri. Kawan-kawan lain pun macam terefek jugak bila ada kawan yang jadi camtu. Sure punyalah.

Jadi, jangan abaikan kesihatan diri walau sepenting mana pun sesuatu perkara.

Jadi, sebelum saya kena gastrik, baik pergi lunch nasik goreng ayam cili padi  tambah yong tau fu 5 hengget dulu. Kebulur ok. Tinggalkan jela fail-fail ni. Naik menyampah pulak tengok fail-fail ni bila time-time lunch ni.

Jom lunch.

12 comments:

lydzar said...

haah la, kompom kawan2 dia pon sama nervous tgk kejadian depan mata dorang ni..

e.l.i.s.s.m.i.e said...

alahai..kesiannya..anak buah my hubby siap demam sebab nak spm ..huhuhu

Sharinginfoz said...

memang kesian betul

noor said...

salam ziarah n salam kenal

noor said...

tq dtg ke blog sy..
sy folo

amirah said...

lydzar : sungguh mengerikan kalo jd depan mata..

elissmie : skrg ni mmng exam menggerunkannnn..huhu

bro nik : mmng kesian kan, tambh lagi kalau harapan keluarga

noor : thanks for following

Mata Hati said...

itu lah..ajal maut datang tak mengenak waktu, usia dan tempat. kena sentiasa bersedia utk hadapi sakaratul maut

mamasue said...

sian...mmg dah ajal dia mati b4 amik SPM...sesak nafas ni mmg perkara serius...mamasue pun ada athma ni,tp bila ada habuk or kucing,mula lah nk trigger...

Anonymous said...

mangsa mmg ade sakit jantung...takziah buat keluarganya...
semoga ijul tenang di sana..amin

velasrizal said...

tak asngka ajal dia kt situ kan..

Boxer Berpoket Untuk Simpan iPhone

amirah said...

betul mata hati, mati tak kira masa..moga kita mati dlm keadaan yg baik..amin

mamasue : ada juga ubt untk asma kan?apa kata cuba yg tradisional. Tp asma memng menggerunkn..dh mcm jantung pulak

anonymous : kwn arwah ke?owh..mmng sakit jntung.Moga Allah mengampunkan segala dosanya. Amin

velasrizal : tak mengira masa dn tempat. Moga ajal menjemput kita dlm keadaan baik.

ayu said...

baru baca paper mengenai hal ni tadi..takziah kepada keluarga arwah..