Tuesday, January 10, 2012

Demam, Tapi Macam Tak Demam Je..

Semalam terpaksa ambik emergency leave sebab si kecik ni demam.
Sian tengok dia sebab macam susah nak tidur je.


Dia angkut semua lori kereta dia bawak baring sama.
Lepas tu main lori kereta atas badan, tangan kita ..vrooomm vroomm...sebelum dia tertidur.
Tak sedar pun pukul berapa dia dah tertidur sebab mak dia tertidur dulu..huhuhu...

Tapi kan cik abang ni demam macam tak demam jeee...musykil...

Iye acik-acik, mula-mula aktiviti kita semalam adalah susun semua car lorry dan bas macam train...kita susun kat dalam bilik, dalam laci, dekat dapur sampai mama kita suruh kita 'kemash'...


             


Lepas tu, kita pakai selipar babah, kita tolong mama 'kemashkan' rumah...tapi kita buat selow-selow la...


        



Lepas tu mama bagi kita 'tulish' 'tulish' (read : tulis). Mula-mula kita tulish. Lepas tu kita buat pencil colour tu jadi airplane ye. Lepas tu kita boleh la buat macam air hujan...  

             


Ada anak kecil ni kena serender la mengemas rumah.
Nanti dah pindah rumah bolehlah ada satu bilik mainan Ahmad.
Dah tak bersepah dah mainan sini sana..