- Kalau dah sekali malas, forever ever la malas nak update blog. huhhh..Salam hari Jumaat semua. Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Jaga kesihatan kita sama-sama. Kalau ada duit banyak pun tak de maknanya kalau sakit kan? Lagi satu orang kata, kalau banyak duit ni memang asyik susah hati je. Yelah, takut orang datang nak merompak..hehe
- Baru tadi dapat maklum dari En Husband yang abang ipar saya yang baru umur 34 tahun diserang stroke. Semoga Along kembali sihat seperti biasa...insyaAllah. Kami dah plan nak balik ke Perak esok tuk melawat Along. Along memang duk kat Ipoh. Maka malam ni kenala prepare apa yang patut nak diangkut balik. Baik terus balik Kuala Kangsar tengok mak Perak dah alang-alang dah sampai Perak kan? Elok gak idea tu...
- Minggu ni heboh pasal pasar malam Jonker Walk kat Jonker Street tu ditutup. Dalam newspaper, dalam tv semua highlight isu ni.Ikut apa yang dibaca, keputusan diambil Kerajaan Negeri Melaka berdasarkan pendapat majoriti rakyat negeri Melaka. Saya pun taktau atas dasar apa sebenarnya. Mungkin Kerajaan Negeri lebih tahu kenapa dan mengapa. Saya pun belum pernah bertemu muka secara live dengan Ketua Menteri Melaka yang baru, Datuk Wira Ir Hj Idris. Tapi next week insyaAllah ada kesempatan berjumpa secara langsung dengan beliau untuk kerja.
- Malam esok final Piala FA Johor DT melawan Kelantan. Tetiba haku sokong Kelantan, boleh? ngeee..harap Kelantan main elok-elok. Score lebih-lebih sikit. Jauh nak balik tu.hehe..