Friday, June 28, 2013

Salam Jumaat



  • Kalau dah sekali malas, forever ever la malas nak update blog. huhhh..Salam hari Jumaat semua. Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Jaga kesihatan kita sama-sama. Kalau ada duit banyak pun tak de maknanya kalau sakit kan? Lagi satu orang kata, kalau banyak duit ni memang asyik susah hati je. Yelah, takut orang datang nak merompak..hehe


  • Baru tadi dapat maklum dari En Husband yang abang ipar saya yang baru umur 34 tahun diserang stroke. Semoga Along kembali sihat seperti biasa...insyaAllah. Kami dah plan nak balik ke Perak esok tuk melawat Along. Along memang duk kat Ipoh. Maka malam ni kenala prepare apa yang patut nak diangkut balik. Baik terus balik Kuala Kangsar tengok mak Perak dah alang-alang dah sampai Perak kan? Elok gak idea tu...
  • Minggu ni heboh pasal pasar malam Jonker Walk kat Jonker Street tu ditutup. Dalam newspaper, dalam tv semua highlight isu ni.Ikut apa yang dibaca, keputusan diambil Kerajaan Negeri Melaka berdasarkan pendapat majoriti rakyat negeri Melaka. Saya pun taktau atas dasar apa sebenarnya. Mungkin Kerajaan Negeri lebih tahu kenapa dan mengapa. Saya pun belum pernah bertemu muka secara live dengan Ketua Menteri Melaka yang baru, Datuk Wira Ir Hj Idris. Tapi next week insyaAllah ada kesempatan berjumpa secara langsung dengan beliau untuk kerja.


  • Malam esok final Piala FA Johor DT melawan Kelantan. Tetiba haku sokong Kelantan, boleh? ngeee..harap Kelantan main elok-elok. Score lebih-lebih sikit. Jauh nak balik tu.hehe..

8 comments:

Tihara said...

wahh entry kali ni berbentuk point..
selamat hari Sabtu :)

a.samad jaafar said...

selamat pulang ke kampung..

takziah atas pemergian abg ipar mike..

jonker walk tu tempat yg menarik..ngape ditutup..marah cina la tuh..>


kelantan menang.. sy pun gumbira di situh..

aTieYusof Family said...

Happy weekend.. Gomo Kelate Gome kata anak sy..hehe>.:)

LYAfrina said...

hari ahad bru smpai sini...
selamat hari ahad ;-)

apa2 pon mmg kelate menang.. parok johor kena gomo... hehe

Fiza Rahman said...

- Rajin-rajinkan lah mnulis blog tu ☺
- Muda lagi abg ipar ko tu. Smoga cepat sembuh.
- Baru tau yg Jonker walk tu nak tutup.
- Tahniah TRW.

Cik Nor said...

semoga semuanya baik2 saja

pasar malam tu nak tutup mungkin masalah kesesakan lalu lintas kot,mmm...

jumpa KM kim salam dia ek, muahahaha....

Kakzakie said...

Amie ni entah kenapalah busy memanjang sampai blog pun tak nak jenguk kan...

Moga BIL segera sembuh.

TRW memang dah menang tapi kakak mestilah sedih sebab kakak sokong JDT huhu...

lizz said...

salam amie...salam rabu...hehe

moga abang ipar cepat sembuh yek...

nanti biler dah rajin update ...k