Dah berapa lama saya rasa badan tak sihat ni. Pening, demam pendek kata tak sedap badan betul. Mujur batuk dah ucap selamat tinggal. Syukur.
Tapi saya tabah dan nampak macam taf je setakat ni.
Kalaula ini penghapus dosa, saya redha.
Nangis sikit-sikit je. he
Balik keje, sampai je rumah, terdampar terus.
Bukan lagi macam, lebih-lebih lagi daripada ikan paus yang terdampar-dampar kat tepi-tepi pantai macam dalam National Geographic channel tu..
Ahmad pun tak sihat juga. Nampak makin kurus je hero saya ni.
Biasa la kami kan sehati sejiwa. Mama tak sihat mestila together geder pun Ahmad tak sihat juga.
Minum susu sikit sangat. Minum air kalerful (read as : Sunquick, Ribena, Milo, Vitagen dll) pun sikit je.
Makan pun ciput. Bila suap makanan siap tutup mulut rapat-rapat.
Macam la mama nak sabotaj beliau sangat. heh
Tapi cergas semacam. Main bola macam Torres je. eh..eh..eh
Tapi saya syukur pada Allah. Si dia jarang sekali sakit atau tak sihat.
Kalau sakit pun sekejap je.
Tak pasti pulak kalau si dia buat-buat macam sihat walaupun sakit demi menjaga kami.
Jodoh ketentuan Allah nampaknya sangat sempurna.
Kami saling melengkapi seperti sebuah puzzle yang indah.. cewahh.
Kalau salah seorang takde, maka tak lengkapla puzzle tersebut walaupun puzzle tersebut ada nombor-nombor dibelakangnya..
Betul, si dia memberikan saya kekuatan, walau merajuk, saya masih bertahan. Takde lari rumah pun. Atau mungkin tak tau nak tumpang rumah siapa kalau lari. heh..
Tapi hari jadi Incik Husband 16 haribulan yang lepas saya tak bagi apa-apa pun.
Setakat wish je. Tu pun macam lupa eh, ye ke ada wish? huhu..
Si dia kata ala, abang dah tua la, takyah la kad-kad hadiah-hadiah ni.
Sebab kami sentiasa bersama (macam sweet takkk??!!), jadi saya tak sempat nak curi-curi masa membeli hadiah mahupun kad.
Kalau beli sama-sama tak surprise.
Wahai sahabatku sekalian, adakah itu satu sindiran..??!! Apsal saya macam rasa tak bersalah je ni?? huhuhu...