Wednesday, July 24, 2013

Ahmad dan Arissa ke Zoo Melaka..


Uiyo, tiba-tiba mama dapat kuasa dalaman untuk update blog!!. Selalunya tak larat nak update blog. Ini cerita sebelum bulan puasa. Maka, jangan tertipu dengan muka-muka yang segar semacam tu. Kalau dak, rasanya mama la orang paling melepek dalam bulan posa ni. Bukan apa, kalau breastfeed dan mengepam dalam bulan Ramadhan ni memang mencabar. Terasa macam ada duri2 kat tekak. Dahagaaaa bebenor.

 
Memandangkan Ahmad dan Arissa ni tak pernah tengok haiwan 'hidup' kecuali haiwan-haiwan domestik macam semut, kucing, cicak dengan anjing, maka mama dan babah bermurah hati nak belanja dorang pergi Zoo Melaka. Kesian nanti tak kenal mana satu Tiger, mana satu kuda.

 
Oh, Arissa dah pandai tiru bunyi Tiger dah sekarang ni. Bunyi Tiger yang beliau buat adalah seperti orang nak buang kahak...(sila imejin macamana ye). Malangnya, kuda beliau pun berbunyi seperti begitu jua...Carta haiwan kesukaan Iecha setakat ini adalah kucen (kejar bagai nak rak untuk tarik ekor) dan semut (pijak-pijak semut bagi mati)..Pitam!!


Abam dah besar, jadi dah kenal banyak haiwan. Pun boleh tiru macam-macam bunyi haiwan.

Abam, bunyi monkey camne?
Ukk..ukk..ukkk.. <--- ini alih suara bunyi monyet..keh keh keh

Ahmad, bunyi cat camne?
Meowww...meowww...

Tapi haritu dia tanya, "Mama, turtle?"
*krekkk..krekkk..bunyi cengkerik* Mama pun tak pernah dengar bunyi turtle anak oii...


Oh ye, opah ada bela tortoise kecik dalam akuarium. Jadi mereka berdua telah menyalah anggap tortoise yang dibela opah sebagai turtle memandangkan fridge magnet yang mama beli di Cherating adalah berbentuk 'tortoise'. Berebut-rebut nak bagi 'tortoise' tu makan. Complicated kan hidup budak-budak? Takpe, dimaafkan sebab dorang masih comel..hihi


Orait, cerita pasal Zoo Melaka. First time juga masuk ke sini. Penat okeh jenjalan masa panas gedegang. Mujur banyak stall/booth jual air, makanan, aiskrim, jajan. Sesambil tengok ghimau boleh makan jajan Tam Tam. Don't worry, lepas makan/minum kalau rasa nak terkucil pun tandas banyak.


Bayaran tiket masuk RM15 untuk warganegara Malaysia dan RM6 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Tapi haritu Ahmad dengan Iecha dapat masuk free. Menariknya Zoo Melaka ni ada zoo malam (Night Safari). Kalau rasa-rasa tak larat nak jalan satu zoo tu pulak ada service tram disediakan. RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Memula tu bersemangat no nak nengok haiwan, taknak la naik tram tu konon. Pastu hujung-hujung dah macam nak merangkak dah. Penat kot.


Gambar adalah sangat minimum sebab guna hp ja. So, aku tangkap gambar kau, kau tangkap gambar aku je. Watak-watak utama adalah singa, ghimau, zirafah, buaya, monyet. Yang best lagi ada animal show. Dua kali sehari ja rasanya show ni.



Time ni kakak volunteer ni depa tangan dia.
Pastu burung-burung tu pandai datang kat tangan dia.
Banyak makan kacang cerdik burung-burung ni.




 

Comel gila Encik Orang Utan tersebut.
Masa beliau keluar, beliau buat gaya macam boss boss.
Itik-itik tu pun comel bangat.
Semua pandai bertindak mengikut arahan. Comel!

 


Burung kat tangan pekerja ni paling bahaya.
Mokcik tatutttt.
Masa ni pekerja Zoo Melaka ni kata, "tuan-tuan, sila tundukkan kepala".
Baikla ikut siap-siap tunduk kepala.
Kalau tak, tak pasal2 kena terkam dengan Helang ni.
Dah dia nampak semua macam makanan dia je karang.
Naya.




Singa. 2 ekor tu. Tapi singa jantan tu rambut dia tak terurus.
Tak macam dalam Madagascar pun.
Dalam Madagascar beralun-alun gitu rambut dia.
Eceh, pengaruh tivi.




Iecha dengan geng dia. Tiger forever.
Kenmain lagi awak dik.
Kenmain sila panggung bagai.




Ahmad ngan babah tengah tengok ghimau.
Mesti ghimau tu kata "apsal tengok2 ni. Ada hutang?" dalam hati beliau.




Ghimau lagi.
Harimau spesis yang ni memang kuat tidur.
Agaknya berjaga malam la kut.




Bukan main lena lagi.
Syok nampaknya tu.
Rasa macam nak join sama je.



Yang ni pun harimau.
Ghimau hutan. Warna hitam.
Nampak tak? nampak tak? Saya punnn tak nampak mana ghimau nya.
Tapi Ahmad melangut kat sini lama.
Sebab dia kata nak tunggu "Harimau Bayang" Feng.
Opsss, yang ni pengaruh Boboiboy ye.






Monyet dan spesis mereka.
Punyala mokcik takut monyet-monyet sekalian ni mengejar.
Maklumlah, kan  banyak kes yang dicipta mereka-mereka ini.
Terpaksa la pusing jauhhhhh sikit daripada mereka-mereka ini.
Takut juga sebab budak-budak ni ada pegang air.
Kang kena perambat naya.



 

Masa tengok Sang Buaya ni ada seorang budak tu tanya pada mak dia.
"Mama, ni buaya betul ke?"
Agaknya sebab dia tengok statik je buaya ni.
Ada macam rupa buaya plastik ke?




Aksi kurang sopan dari gajah-gajah ini.
Semua takmau pandang kat kami ni.
Agaknya semua jenis pemalu ni.
: P


Kesimpulannya, memang seronok melawat Zoo Melaka. Sebenarnya Zoo Melaka ni ada pembahagian-pembahagian la. Ada bahagian untuk spesis monyet-monyet, kura-kura, reptilia, pastu ada haiwan kecil. Macam-macam jenis lagi. Memang menarik. Cuma ada sesetengah kandang haiwan tu tak nampak bayang haiwannya pun. Mungkin tengah menyorok atau bila malam je baru keluar.


Kalau melawat Melaka tapi takde idea nak pergi mana, bolehlah ke Zoo Melaka ye.


Fuhhh, entri sangat panjang. Entri untuk seminggu ni!
Selamat berpuasa semua.

 

Wednesday, July 17, 2013

Program TV Ramadhan paling menyentuh jiwa kali ini adalah Jejak Rasul - Ramadan di 3 Tanah Suci

Assalamualaikum semua..

Nampak macam blog ni pun puasa sama jugak...ngeee
Banyak cerita nak di gebang, tapi sungguh takde mood nak menulis.
Sepanjang minggu pertama bulan Ramadhan ni lebih banyak membaca.


Sekarang ni iron baju kerja pagi-pagi.
Selalunya lepas sahur.
Sempat la tengok Jejak Rasul kat tv3 start pukul 6 sampai 6.30.
Pagi tadi tengok episod kehidupan Ramadan orang Badwi di Wadi Rum (Selatan Jordan).
Orang Badwi ni kan berpindah randah.
So krew Jejak Rasul pi tengok macamana depa berbuka dan bersahur.


Rasa macam insaf dan sebak sangat-sangat hati.
Bukan disebabkan tengok cara kehidupan orang Badwi.
Eh, tapi itu pun menginsafkan juga!
sebab nengok kehidupan dorang yang serba sederhana.
Sederhana sangat-sangat kot.
Ala kadar je, takyah nak fikir baju cantik-kete besor-rumah besor-beg besor..
Saya sendiri toksah cerita, napsu besor sesaje.


Sebenarnya, yang paling sebaknya, keagungan Islam itu sendiri.
Walau dimana pun umat Islam ni ada, wujud atas muka bumi ini,
macamana pun cara kehidupan, miskin kaya, cantik hensem pegangan adalah satu.
Ketuhanan, ketauhidan.
Kat gurun pun bergema azan.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar...


selamat 8 Ramadan semua sahabat blogger saya.


Wednesday, July 03, 2013

WW : Bidadari kecilku



Nama : Arissa Rifhana

Umur : Minggu depan 1 tahun 4 bulan

Kebolehan/Superpower : 1. Membuatkan mama bagi segala benda yang dikehendaki dengan hanya menangis atau menjerit

2. Membuatkan mama rindu di tempat kerja

Bakat terpendam : Berguling-guling macam Kajol ketika kehendak tidak dituruti


~ Selamat hari Rabu semua sahabat. Moga sentiasa dimurahkan rezeki yang penuh dengan ketenangan fikiran ~