Wednesday, July 24, 2013

Ahmad dan Arissa ke Zoo Melaka..


Uiyo, tiba-tiba mama dapat kuasa dalaman untuk update blog!!. Selalunya tak larat nak update blog. Ini cerita sebelum bulan puasa. Maka, jangan tertipu dengan muka-muka yang segar semacam tu. Kalau dak, rasanya mama la orang paling melepek dalam bulan posa ni. Bukan apa, kalau breastfeed dan mengepam dalam bulan Ramadhan ni memang mencabar. Terasa macam ada duri2 kat tekak. Dahagaaaa bebenor.

 
Memandangkan Ahmad dan Arissa ni tak pernah tengok haiwan 'hidup' kecuali haiwan-haiwan domestik macam semut, kucing, cicak dengan anjing, maka mama dan babah bermurah hati nak belanja dorang pergi Zoo Melaka. Kesian nanti tak kenal mana satu Tiger, mana satu kuda.

 
Oh, Arissa dah pandai tiru bunyi Tiger dah sekarang ni. Bunyi Tiger yang beliau buat adalah seperti orang nak buang kahak...(sila imejin macamana ye). Malangnya, kuda beliau pun berbunyi seperti begitu jua...Carta haiwan kesukaan Iecha setakat ini adalah kucen (kejar bagai nak rak untuk tarik ekor) dan semut (pijak-pijak semut bagi mati)..Pitam!!


Abam dah besar, jadi dah kenal banyak haiwan. Pun boleh tiru macam-macam bunyi haiwan.

Abam, bunyi monkey camne?
Ukk..ukk..ukkk.. <--- ini alih suara bunyi monyet..keh keh keh

Ahmad, bunyi cat camne?
Meowww...meowww...

Tapi haritu dia tanya, "Mama, turtle?"
*krekkk..krekkk..bunyi cengkerik* Mama pun tak pernah dengar bunyi turtle anak oii...


Oh ye, opah ada bela tortoise kecik dalam akuarium. Jadi mereka berdua telah menyalah anggap tortoise yang dibela opah sebagai turtle memandangkan fridge magnet yang mama beli di Cherating adalah berbentuk 'tortoise'. Berebut-rebut nak bagi 'tortoise' tu makan. Complicated kan hidup budak-budak? Takpe, dimaafkan sebab dorang masih comel..hihi


Orait, cerita pasal Zoo Melaka. First time juga masuk ke sini. Penat okeh jenjalan masa panas gedegang. Mujur banyak stall/booth jual air, makanan, aiskrim, jajan. Sesambil tengok ghimau boleh makan jajan Tam Tam. Don't worry, lepas makan/minum kalau rasa nak terkucil pun tandas banyak.


Bayaran tiket masuk RM15 untuk warganegara Malaysia dan RM6 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Tapi haritu Ahmad dengan Iecha dapat masuk free. Menariknya Zoo Melaka ni ada zoo malam (Night Safari). Kalau rasa-rasa tak larat nak jalan satu zoo tu pulak ada service tram disediakan. RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Memula tu bersemangat no nak nengok haiwan, taknak la naik tram tu konon. Pastu hujung-hujung dah macam nak merangkak dah. Penat kot.


Gambar adalah sangat minimum sebab guna hp ja. So, aku tangkap gambar kau, kau tangkap gambar aku je. Watak-watak utama adalah singa, ghimau, zirafah, buaya, monyet. Yang best lagi ada animal show. Dua kali sehari ja rasanya show ni.



Time ni kakak volunteer ni depa tangan dia.
Pastu burung-burung tu pandai datang kat tangan dia.
Banyak makan kacang cerdik burung-burung ni.




 

Comel gila Encik Orang Utan tersebut.
Masa beliau keluar, beliau buat gaya macam boss boss.
Itik-itik tu pun comel bangat.
Semua pandai bertindak mengikut arahan. Comel!

 


Burung kat tangan pekerja ni paling bahaya.
Mokcik tatutttt.
Masa ni pekerja Zoo Melaka ni kata, "tuan-tuan, sila tundukkan kepala".
Baikla ikut siap-siap tunduk kepala.
Kalau tak, tak pasal2 kena terkam dengan Helang ni.
Dah dia nampak semua macam makanan dia je karang.
Naya.




Singa. 2 ekor tu. Tapi singa jantan tu rambut dia tak terurus.
Tak macam dalam Madagascar pun.
Dalam Madagascar beralun-alun gitu rambut dia.
Eceh, pengaruh tivi.




Iecha dengan geng dia. Tiger forever.
Kenmain lagi awak dik.
Kenmain sila panggung bagai.




Ahmad ngan babah tengah tengok ghimau.
Mesti ghimau tu kata "apsal tengok2 ni. Ada hutang?" dalam hati beliau.




Ghimau lagi.
Harimau spesis yang ni memang kuat tidur.
Agaknya berjaga malam la kut.




Bukan main lena lagi.
Syok nampaknya tu.
Rasa macam nak join sama je.



Yang ni pun harimau.
Ghimau hutan. Warna hitam.
Nampak tak? nampak tak? Saya punnn tak nampak mana ghimau nya.
Tapi Ahmad melangut kat sini lama.
Sebab dia kata nak tunggu "Harimau Bayang" Feng.
Opsss, yang ni pengaruh Boboiboy ye.






Monyet dan spesis mereka.
Punyala mokcik takut monyet-monyet sekalian ni mengejar.
Maklumlah, kan  banyak kes yang dicipta mereka-mereka ini.
Terpaksa la pusing jauhhhhh sikit daripada mereka-mereka ini.
Takut juga sebab budak-budak ni ada pegang air.
Kang kena perambat naya.



 

Masa tengok Sang Buaya ni ada seorang budak tu tanya pada mak dia.
"Mama, ni buaya betul ke?"
Agaknya sebab dia tengok statik je buaya ni.
Ada macam rupa buaya plastik ke?




Aksi kurang sopan dari gajah-gajah ini.
Semua takmau pandang kat kami ni.
Agaknya semua jenis pemalu ni.
: P


Kesimpulannya, memang seronok melawat Zoo Melaka. Sebenarnya Zoo Melaka ni ada pembahagian-pembahagian la. Ada bahagian untuk spesis monyet-monyet, kura-kura, reptilia, pastu ada haiwan kecil. Macam-macam jenis lagi. Memang menarik. Cuma ada sesetengah kandang haiwan tu tak nampak bayang haiwannya pun. Mungkin tengah menyorok atau bila malam je baru keluar.


Kalau melawat Melaka tapi takde idea nak pergi mana, bolehlah ke Zoo Melaka ye.


Fuhhh, entri sangat panjang. Entri untuk seminggu ni!
Selamat berpuasa semua.

 

28 comments:

Fiza Rahman said...

Tak update lagi pasal zoo negara aritu...haishhhh...kemalasan.

GREENJADE said...

keh3 tak boleh menahan bunyik turle gitu yek?kempius mak.

tasekM said...

dekat belakang taman botanikal dh ada tmn burung yg baru.
dekat2 wonderland.
dah pergi beb..?



.

wahida said...

aku ngan anak2 dah sampai zoo melaka ni...mmg best zoo melaka ni...


tak hagak2 ko nak rambut singa jantan tu mcm dlm madagascar...muahahahaha...lawak lah ko ni...

ct rahani said...

makin cantik zoo melaka nih.. last sy pegi masa skool kt melaka dulu.. dh 13 tahun kot.. masa tuh x silap tiket masuk baru RM2.. teringin jugak nk bawak anak2 masuk zoo melaka nih.. InsyaAllah..

aizamia3 said...

kalau pergi zoo, mesti takkan lepaskan tengok persembahan yang dibuat.. ;)

Tie HT said...

panjang juge ceritenye, ihiks..
saya lepas rasa duri2 kat tekak terus kena ulser..pedis

Qhaifa Nur said...

betul kata anak2 yang datang zoo melaka ni...best mama
kak nur tak pergi masa tuh..seronok juga datang sini...

Kakzakie Purvit said...

Tak apa sesekali buat N3 biar panjang sikit:)

Jenuh abah dukung abang. Adik rilexlah sebab duduk dlm stroller siap panggung kaki lagi macam mem besar:)

Tempat yg baik utk abak-anak ni Amie. Bagi mereka tahu. Cuma buaya tu apasallah pulak diam mestilah anak ingat bukan asli..

Sharinginfoz said...

seronok gak bawa anak2 pi zoo melaka

Cho Zila said...

besttu.. akak suka gi zoo... anak2pun suka.. kalau cuaca sepoi2 bahasa lagi best... maalumler anak2 kalau dah panas benda syiokpun dah jadi tak syiokkan...
tak penah lagi ke zoo Melaka..

AtieYusof said...

InsyaAllah.. balik Melaka nti nak jugak singgah..bawa hero ke Zoo Melaka..msti best! :)

Unknown said...

ahaha..pandai mamanya buat bunyi turtle..hehe...

anak2 pun paling suka ke zoo..macam2 binatng bole nampak..:)

norhasnizakhalid said...

mama tak pernah tau pergi zoo melaka.. kesian kan.. hihi

Hanis MY said...

weee mesti seronok g zoo. lawak la ahmad ni, ahmad smart boy and also arissa smart gegirl

sekadar satu coretan said...

Dah lama x pergi zoo,sejak anak2 dh besar nii..

AtieYusof said...

salam singgah Rabu:)

wakgelas said...

wak pon dh lama x gi zoo melaka tuu.,ehHee

lizz said...

tak pernah pi lagi zoo melaka ni...kalo bawak2 anak2 ni mesti bst ni...

AtieYusof said...

salam singgah di ramadhan ke #23:)

izzah said...

Best ahmad n arissa gi jln2 tgk binatang yek...bdk2 mmg suka binatang tmbah2 kalau dgr bunyi dia...nk kna bwk ank ke zoo ni jgk la...dlu gi masa lum dpt ank lg...

LYAfrina said...

mesti seronok ke zoo ni..budak2 mmg suka..sambil2 dapat ilmu baru kan..

salam aidilfitri..
maaf zahir n batin

Mun said...

hik hik...comel jerkk bila budak2 belajar mengenali haiwan ni....

mcm2 karenah ada....

Kakzakie Purvit said...

Masih beraya ke Amie?..
Kakak nak juga tengok anak dara dan hero Amie berbaju raya:)

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin dari kakak dik.

AtieYusof said...

Salam Syawal..:)

LiYa HaNiF :: said...

kalau qalesya sekarang ni pergi zoo asyik nk berdukung je... takuttt.... hhehehe

AtieYusof said...

salam singgah Rabu:)

wakgelas said...

sonoknyer g zoo kanns.,ehHee