Thursday, July 22, 2010

Melaka Modern Home Fair


Modern Home Fair di Melaka International Trade Centre (MITC) pada 15- 17 Julai 2010 lepas. 

Negeri Melaka ni memang sentiasa ada majlis/event/function sebab nak tarik pelancong kan. Segala macam bagai event ada kat Melaka ni. Selalunya event yang besar-besar semua buat kat MITC.

Modern Home Fair ni pulak yang the latest. Menarik juga sebab banyak jualan barangan isi rumah, perabot dan macam-macam lagi la. Harga pun best-best jugak sebab semuanya nak lawan siapa bagi harga paling murah..
Menarik kalau anda mungkin.....

mak ayah yg banyak giler duit sampai boleh buat taman permainan kanak-kanak dalam rumah mcm mak ayah budak-budak ni....


atau abang ni yang bercita-cita tinggi bersemangat waja nak kuruskan badan...


ataupun adik part timer ni yang terpaksa tunggu kedai takot bos marah..


ataupun acik2 ni yang gumbira test keempukan sofa-sofa ni walaupun dipandang slek oleh promoter...

Tapi kenapa saya dan Mr Husben tak rasa menarik pun??!!

Mungkin sebab :

1.   kitorang takde ongkos..kem salam jela..tengok jela leleh2 dari jauh...ambik bau kata Mr Husben;

2.   kitorang survey dulu ..banyak lagi kedai lain jual camni..(alasan sama je cam kat atas...hihi)..

3.   sebab kitorang takde rumah sendiri lagik..hehehe..malas la nak hias rumah lawo2 sebab takde rumah sendiri lagi..(ala, cakap jela takde duettt...hihi..)..

"Abang, jom pergi tempat lain la, kat sini panas, air cond dia tak kuat kutt..."

 

No comments: