Thursday, April 28, 2011

Kashaf Imani..


Semalam saya masak...hehhhh..cemerlang tak? Sila berikan tepukan semangat ye..hihi.. Rasa macam dah lama tak masak dengan penuh kasih sayang dan makan kat rumah. Sila salahkan Incik suami saya ye. Beliau telah menyebabkan saya tidak masak di rumah 5 hari berturut-turut sebab ajak kami (read : Ahmad dan mama Ahmad yang cute) makan kat luar.


Ehhh..kejap kejap. Mungkin sekali sekala boleh menyalahkan diri sendiri pemalas jugak sebab takde pulak niat nak menghalang cadangan dari Incik Suami tersebut. ngeee...


Sedap tau saya masak semalam *uwekkk..takleh blah ayat riak ni ..haha*. Ikan talapia merah masak lemak cili api dengan sayur bayam tumis pastu seekor ikan talapia lagi buat ala-ala bakar. Apa kes ntah masak lelemak pulak malam-malam. Patutnya buat salad je, kata nak feeling-feeling pinggang macam Erra Fazira.


Oleh kerana masakan sepertimana dinyatakan di atas adalah ibarat masakan di waktu tengahari dan sangat heavy, jadi saya tidak boleh, iye, tidak boleh sama sekali tidur terus. Kena buat sesuatu yang boleh menghilangkan lemak dan kolestrol yang tinggi dalam masakan serta lelemak yang sejak azali telah menjadi penduduk tetap dalam badan.


Ermm, contoh aktiviti? Melipat baju? ..ermm ...melipat baju sambil menonton tv? Melipat baju yang banyak macam Gunung Stong sambil menonton Astro Ria yang menayangkan Kashaf Imani yang diulang tayang? *haa...legaaaa, baru nampak macam banyakkk aktiviti..hehe*



Dah pernah tayang dah rupanya sebelum ni masa Maulidur Rasul haritu. Ces, baru nak perasan diri sendiri up to date..hua hua..


Sinopsis dia :

Drama ni mengisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf lakonan Beto Kushairy seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah (Normah Damanhuri) yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim (Wan Sharmila) seorang pelajar kolej. Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma. Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani lakonan Sharifah Amani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu keluarganya bertaubat.


Ada satu adegan tu Kashaf teringat masa dia sembang dengan kawan dia, Amat sebelum Amat jadi arwah. Mati kena bunuh. Masa tu Amat ajak Kashaf hantar 'barang' tapi Kashaf kata taknak sebab berdosa.


Amat sindirla Kashaf sebab Kashaf punya perangai minum arak, main bohsia tu macam la tak berdosa. Lagipun Amat kata buat apa nak takut, dorang berdua kan muda lagi. Kashaf takut. Dia kata kut-kut la mati awal dalam dosa, apalah jadi dalam kubur ye. Amat terus kata "Aku dengan kau berenang-renang dalam neraka la.."


Sebab kami tak pernah tengok, jadi agak meloponglah juga. Tak pasti melopong sebab nampak hantu ke atau melopong dengar ayat-ayat dasyat yang keluar. Heh..yang pasti, banyak gila skrip yang kena potong sebab dasyat sangat la tu...Siap kata dengan cik abang, rasa takut pulak tengok drama ni. Bukan sebab ada hantu, sebab macam Kashaf sekeluarga ni dah macam hantu kehidupan dorang..isk isk isk.. 


Apa pun, suka drama ni sebab  ada Beto Kushairy dan terasa sedap pulak nama Kashaf Imani tu, boleh letak nama anak next edition..hua hua hua..



sinopsis cilok dari : www.budiey.com



20 comments:

ayu said...

ami, tak pernah tengok cerita tu..tapi, ayat dia boleh tahan gak kan..

wehhh..sedap nama kashaf imani tu...pssstt..dah ada ke...hehe

amirah said...

hahaha..blom la ayu, tengah berusaha..

lydzar said...

ada ulangan lagi tak? macam best je..

amirah said...

tak pasti la lydzar, tapi best gak drama ni..cuma tang dia dgn mak dia tu meleret2 sket..

Anamarza said...

akak tgk sikit jer dulu tak pasti plak awal cerita ker pertengahan cerita ker tapi okey lakan cerita tu,

okey gak amie letak second anak nama kashaf imani (*_^)

amirah said...

hehehe..tapi anak lelaki ke perempuan ek..

Bionic women said...

memula nak tepuk tangan dulu..clap..clap..clap//kata suh tepuk kan?hehehe...

kita tengok dah kasyaf imani ni sebab azma aizal yg suh tengok..siap paksa..hahaha, dia kawan kita, kawan sekolah..hari2 post dalam fb ingatkan suh tengok..
tu lah boleh tahan kan dialog dia..tapi pengajarannya sangat hebat

etiey.com© said...

tak tengoki pun. best namanya..

Ardini Humaira said...

sat lagi ramai letak nama anak yang ni hehe

Hanis MY said...

akakkkk windu kat akak, ayat tak tahan lipat kain tinggi cm gunung stong haha lawak la... cm best je drama tu...

Huzn said...

mie...nama best...tp takut terkenan pulak dgn watak dlm citer tuh...sorang bermasalah idup...sorang lg ada sixth sense...errr...takut mak oiiii...

amirah said...

eily, mekasih mekasih..hehe..maklumla, lamaa x masak...

eily, kawan azma??waa...psttt betul ke gosip ngn amani tu?

amirah said...

etiey : best gak citernya..suka plak rasanya

amirah said...

dini : akak dh ada dah. dini la amik.senang nanti..hehe

amirah said...

hanissss, lamanya x update blog.dah sampai sendai ek..selamat balik.semoga tkde pape lagi..best tau drama ni..akak pun tgh dengan penuh semangat lagi..huhuhu

amirah said...

roho : yela, nama best tapi watak2nya mak oi ngeri kan..

nur said...

uptodate la tu dari nur..tapernah dengar mahupun lihatnye..

Heidi Shafiq said...

letak name anak 'Heidi Shafiq' la baru best.. :P

Sharinginfoz said...

memang tak pernah tengok citer ni

fiza said...

Klo kain ko tinggi mcm gunung stong, aku plak dah mcm gunung kinabalu, baju utk 4 org yg tak berlipat..muahahaha...

Tak der ASTRO lah, tak bley nak tgk.