Serius nampaknya kerajaan nak tangani masalah perokok tegar di kalangan penjawat awam. Contohnya kan, Jabatan Kesihatan Kedah tidak akan mempertimbangkan anugerah cemerlang untuk pekerja di jabatan itu kalau mereka adalah perokok dan walaupun mereka pekerja cemerlang.
Berita lanjut di sini.
Saya suka dengan langkah ni. Sekurang-kurang takde la orang awam pandang tak elok dengan Jabatan Kesihatan yang suruh orang lain amalkan hidup sihat tanpa rokok, tapi tup-tup merokok juga. Macam doktor yang selalu nasihatkan pesakit supaya berhenti merokok yang juga perokok. Apakah?
Lagipun mulai harini, rokok dah naik harga lagi. Tak larat nak kejar nanti. Asik naik, tak turun-turun. Kali ni naik sampai 70 sen untuk kotak 20 batang sampai cecah RM10 sekotak. Ai...larat ke lagi nak hulur RM10? Apa kata buat belanja kawan-kawan minum teh tarik. Murah rezeki nanti, insyaAllah..
Seriously saya lemas dengan asap rokok. Kalau boleh nak lari jauh-jauh dari orang yang tengah merokok. Mana taknya, dah le lemas, baju tudung semua pulak berbau rokok. Pekat, likat, melekat...
Kan ke ada kajian yang kata kita sebagai 'secondary smoker' - yang duk terhidu-hidu asap rokok - akan lebih kronik berbanding dengan 'primary smoker' - orang yang betul-betul berasap - aduhai..tak pasal-pasal pulak kita yang tak bersalah ni jadi mangsa..
Kepada semua yang merokok, apa kata cubalah berhenti dari amalan yang tak elok ni. Bagus kan berubah ke arah kebaikan. Bagus juga untuk kesihatan keluarga, anak-anak nanti takdela asik demam, selsema, dan macam-macam lagi..boleh cuba..takde apa yang mustahil..nothing is impossible kata adidas...
Kadang-kadang heran juga ye, ada sesetengah yang kata, tok-tok mereka lagila lama hisap rokok, tapi sihat walafiat sampai hari ni..ermmm..macamana nak argue ye...mungkin yang tu Allah bagi peluang tak?? heh..
1 comment:
jangan le hisap rokok dan bekerja dengan sebaik yang mungkin
Post a Comment