Wednesday, October 13, 2010

5 fridays, saturdays and sundays in October 2010, but that happens way more often than "once every 823 years"

Saya buat entri pasal istimewa oktober 2010, bila saya terdengar sorang caller di radio Sinar FM yang bagitau fakta bahawa ianya hanya akan terjadi sekali setiap 823 tahun. Tapi fakta ni pun disebarkan di facebook twitter dan email-email.

Owhhh..rupa-rupanya rumours aje sebab 5 kali Jumaat, Sabtu, dan Ahad ni sebenarnya lebih kerap. Tengok artikel Robert Quigley di geekosystem.com di SINI.

Hehehe..tertipu eden yang dapat kredit subjek Matematik masa SPM cukup-cukup makan ni..

Macamana pun, Oktober 2010 tetap istimewa sebab 10.10.10 nya..

10.10.10 ada manis untuk beberapa orang dan pahit untuk sebahagian yang lain.

Manis untuk yang berkahwin macam Angkasawan Pertama, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan Datin Nur Halina Mohd Yunos dan lain-lain pengantin baru.

Tapi pahit untuk orang yang ditimpa musibah. Takziah sekali lagi untuk ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka Ahad lalu. Entri saya berkaitan kemalangan maut itu di SINI.

Baru harini sempat nak bukak Facebook, banyaknya video dan gambar kemalangan maut di Simpang Ampat tu. Yang pasti saya takan bukak sebab takmau emosi terganggu. heh...

Dalam akhbar pun ada lapor kekesalan ahli keluarga mangsa kemalangan maut tu sebab sedihlah tengok keluarga sendiri kan dalam kesakitan macam tu. Betul juga ye, kalau diletak video atau gambar kemalangan ngeri macam tu pun belum tentu akan menginsafkan pemandu-pemandu yang suka memecut atau akan bawa apa-apa perubahan.
 

Dan ada pula yang kata kawasan kemalangan Simpat Ampat tu "keras" sebab ada beberapa orang driver pernah juga terserempak makhluk Allah yang itu. Ala, yang gitu, gitu tu..Iyeeee..ada orang nampak. Tak caya, baca SINI...


Wallahualam..


Moga kita dijauhkan dari musibah..

5 comments:

Eray Majid said...

memang tak patut derang tag or share all those pics kat facebook.
kesian kat family yang terlibat. eray pun tak sanggup nak tengok....kite doakan agar roh mereka dicucuri rahmat-Nya.

Lady of Leisure said...

moga roh mereka tenang di sana.. :(

Sharinginfoz said...

just another month kan.....

amirah said...

ngeri sgt..saya takottt..

lady : kesian kan..iye, moga mereka tenang di sana..

bro nik : yup..i tot its special tp bolehla sebab ada ten ten ten tu

cikcloudy said...

salam singgah.. kunjungan pertama ke sini.. :)
yupp sangat scary video tu... semoga menjadi pengajaran buat kita semua.