Monday, June 13, 2011

Kalau Jaringkan Gol Sendiri Memang Tekanan Perasaan..

Hai semua. Salam hari Isnin. Harap anda semua sihat sejahtera dan dah puas khado tidur ...      : P


Jom kita cerita-cerita pasal benda-benda menarik yang berlaku hujung minggu lepas. Perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Terengganu dan Konsert Akhir Akademi Fantasia .



Menarik betul game Terengganu - Kelantan kelmarin. Penuh suka dan duka gitu. Terengganu berjuang habis-habisan hingga ke titisan peluh terakhir nampaknya. Biasala, orang kata keajaiban berlaku bila-bila masa..Macamana pun perlula positif, kalah menang adat pertandingan. Kalau semua pakat nak menang, sape pulak yang nak kalah? Abis tu, bankrap la company yang buat medal perak dengan gangsa.
  

Kesian pulak rasanya Daudsu Jamaluddin. Yela, disebabkan tersalah tanduk bola ke gol pasukan sendiri, tak pasal-pasal dah keluar macam-macam cerita. Kalau di tengok video berulang kali nampak macam Daudsu tak sengaja. Elokla kita bersangka baik sebab susah jugak nak bajet nak keluarkan bola masa tengah kelam kabut. Kalau sepasukan atau ada yang bersekongkol kemungkinan boleh jadi juga. 


Tapi kan stok-stok yang suka buat onar kat stadium ni masih ada rupanya. Bukan main meriah lagi mercun mengalahkan masa raya cina. Herannya takdela pulak yang terputus sini terputus sana. Ingatkan dapat la dibenteras sejak laser game Indonesia - Malaysia dulu.


Maklumlah, memang sekarang ni tengah heboh tengah jual-beli game sejak menjak cerita pasal pasukan Negeri Sembilan tu. Tolongla jangan main rasuah-rasuah ni. Tak best la. Dah tak genuine dan takde semangat berkobar-kobar dah. Jadi, jauhkan lah dari rasuah bolasepak.


Apa pun tahniahla pada pasukan Terengganu.  


Pasal konsert final Akademi Fantasia pulak. Tak follow tapi ada la tertengok satu konsert mingguan. Time tu pulak Hazama nyanyi happening gila. Jadi, mengikut firasat kompem la Hazama boleh menang. Sedangkan masa Operasi Gugur pun dia boleh masuk balik. 


Semalam pun tengok time Aznil umumkan pemenang je. Part lain memang tak tengok, so tak dapat la nak bergosip.


hazama juara af9


Tak paham betul la kenapala make up mata Hazama selalu gini? Apa pun tahniah la menang. Banyak tuuuu RM200,000.00.


Tapi dah tak dapat rumah ek? heh...






10 comments:

Fiza Rahman said...

Memang tekanan wei. Kalau tak dah menang dah kan.

Bionic women said...

teknan kan..en suami siap tumbuk lantai,pastu terus tido malas nak tengok dah..pagi esok tanya bini maner menang..x pasal2 bini dia yg x pernah layan bola ni kena tengokkan utk dia..huhuh..

hazama, memang nampak lebih hebat dari yg lain tu sebab dia dah ada pengalman kan...tapi sebab dia berusaha keras so x salah dia menang..

by the way..sowi hadiah x antar ag..huhu..ritu ingatkan nak cari skit2 cenderamata dari kelantan wat tambahan, tapi ada plak kecemasan berlaku, so x jalan maner2 pun.
nnti kita pos yea..jangan marah yea

Hanis MY said...

bestnya baca post akak hari ni je dah terupdate 2 perkara... itulah naper mekup mcm panda hehe...

Anamarza said...

Best terengganu menang, akak dapat hadiah, hehe...kesian daudsu page facebook pasal dia pun tumbuh bak cendawan...AF akak langsung tak layan (*_-)

edane said...

kesian dengan pasukan kelantan.. hihi angkara sendiri, orang lain menang.. hihi

sahromnasrudin said...

harap kelantan tak terlepas kejuaraan liga super...2 mata mengatasi selangor huhuhhhh

Anonymous said...

saya pun sokong hazama menang

Rose said...

wah amirah komen pasal bola mcm expert! Hehe.

Concert af saya x tengok, kengkadang tu tau la benda. Saya suka fina sbnrnya. Kualiti suara dia mantop. :)

shahrilhakime said...

cik amirah...
itu le sebabnye awok bua entri kesian daudsu jamaludin.... bukan salah die....bukan die niat nak skor dalam fol sendighi...tapi ye le...bende dah tak bulih ndak di undo lagi....sabo je le....cube lagi tahun depan...
AF???....errrr.....errrrr......clueless sebab awok tak tengok...maap la yeee

ayukhairy said...

hehe..bola tak tengok...final af pun tak tengok..so nak komen apa eekkkkk..hehe