Thursday, October 27, 2011

Bila Masa Yang Sesuai Untuk Kehamilan Semula

Kebanyakan pakar menasihatkan jarak tempoh 2 tahun adalah masa paling ideal untuk seseorang wanita memikirkan kehamilan sekali lagi.


Sebabnya dikatakan lah tempoh 2 tahun tu dah cukup untuk menstabilkan semula keadaan fizikal dan mental seseorang wanita sebelum dia boleh mengandung semula. Ada juga la sahabat-sahabat yang masih terbayang-bayang kengerian pengalaman bersalin diaorang tu. Eh, sama la...heh


Dikatakan juga kehamilan sebelum tempoh 2 tahun memungkinkan seseorang wanita menghadapai pelbagai masalah macam anemia (kurang darah) sakit belakang, gigi rosak. Lainlah kalau orang yang sentiasa jaga kesihatan, makan makanan sihat seimbang, makan makanan tambahan, takde penyakit kronik.


Dan selalunya anak sebelum ni belum bercerai susu lagi sebelum umurnya cecah 2 tahun.
Dah tentu penat nak uruskan anak rumahtangga dan kerjaya lagi. Kalau seorang takpela juga. Boleh gunakan talian hayat, mak atau suami. Kalau ada 4-5 agak-agak macam nak nangis juga rasanya tu.


Tapi kalau dah hamil sebelum tempoh itu pun tak mengapa sebab rezeki namanya tu.
Yang penting kena jaga kesihatan diri dan kandungan dan kena makan vitamin dan makanan seimbang.


Jadi, bersediakah anda untuk hamil sekali lagi?

: )

15 comments:

Dalila Hamid said...

dela x sabar menunggu saat itu..... :(

velasrizal said...

klo bini saya hamil lagi 2 kali ganda saya syg dia

Anamarza said...

Amie bila due?

ayu said...

amie, pregnant ke?? hehe..

Fitri Senin said...

Amirah... Usah tggu!!! Mula kalo blm dan kalo ada sebarkn

lydzar said...

ami segan-segan nk announce yer :) hihi

saya dah ada 3 kids, dan kandungan kedua dan ketiga bermula sebelum anak sebelumnya 2 tahun pon.

Insya allah, kalau kita redha, jaga diri waktu dalam pantang, amalkan makanan seimbang atau amalan suplement, diri akan tetap sihat.

Cuma dari segi letih tu mmg tak dpt nk elak la sbb arahan kerja kita terima dari beberapa sumber. suami, anak no 1, anak no 2 dan anak no3. Hamba hanyalah pacal yang menurut perintah. kadang2 terlepas juga keluhan..tp jgn diamalkan sebab ramai lagi yang mahukan anak tp belum dpt.

D_08 said...

Yang seeloknye ikot naseha tdoktor... jarakkan 2 tahun baghu mengandong lagi.... tapi bende ni subjektif..... kalo udah ade rezeki... anak baghu 5 - 6 bulan udah kite lekat lagi.... takpele udah rezeki Allah ndak bagi..... tapi bile udah jadi macma tu.... para bapak2 kene le paham..... jenoh mak nye ndak menjage yang kecik tu..... yang dalam peghot lagi....

wahida said...

nok, ko preknen ke nok? tak baik rahsia tau...huhu...


aku ingat nak ngandung la next year...hehe...

fiza said...

Kalau dah rejeki awal, terimalah dengan seadanya. Kita hanya merancang, DIA yg tentukan segalanya.

Mcm aku gap memang 3 tahun, at least tak penat sgt abb si abang dah beso. Utk akan dtg nih, harap² bley pergi jarak jauh lagi lah.

Ko dah pegnant ker?

Kakzakie said...

Kakak dulu sebaik berumahtangga nak anak kalau boleh setahun satu (sebab kakak ada pembantu) dan kalau boleh nak anak 6 orang tapi Allah kurnia cuma tiga itupun jaraknya jauh benar 3 dan 4 tahun.

Sharinginfoz said...

memang awal-awal ada kebaikan, anak kecil-kecil sekaligus then bila besar senang sikit kan tak payah fikir pasal pampers dan benda-benda lain. apa-apa pun, anak adalah rezeki...

Hanis MY said...

Yeay Ahmad nk dpt adik :)

Daddylicious said...

erk..ntah tak tahu la pulak...hehe

a.samad jaafar said...

seronok la ahmad..dapat adik la tu...produktif jgk rupanya hahahaha..

nurbeena said...

Saat2 yang sangat2 saya nantikan....bila nak dapat tambah baby ni..

hi...saya sal dr kasehmia.blogspot.com