Thursday, July 15, 2010

Tak Rakyat Friendly Sungguh...Nak Respek Ke TakNak??

Salam,

Harini ada lagi pengalaman buruk berurusan dengan penjawat awam/pegawai kerajaan. Dan semestinya bukan semua yang macam tu. Ada la sorang dua yang beri layanan buruk.. BUKAN SEMUA.

Kita faham semua penjawat awam ni pun manusia biasa macam kita, ada perasaan macam kita jugak, ada masa sedih gembira, marah angin pusing2...tapi tak elok dibiaskan pada orang awam yang mengdambakan perkhidmatan terbaik dari mereka ni. Sedih kan tambah2 lagi kalau bangsa Melayu sendiri yang patutnya penuh dengan budi bahasa. Kalau orang putih dalam tv tu, kalau panggil mak ayah dia, kadang2 panggil nama je, tapi kita tetap ada 'mak' 'ayah' 'mama' 'papa'..masih berlapik kan.

Saya tak harap pun mereka ni melayan kita sampai ke langit, tapi cukupla kalau bercakap dengan sopan..kan bagus macam tu. Kalau cakap tengking-tengking kasar, macamna la orang nak hormat..dah tentu jadi bahan umpatan orang...

Pengalaman paling ngeri masa mesyuarat hari Khamis minggu lepas. Dah seminggu dah pun. Tapi masih terngiang-ngiang. Seriously, setakat ni, sepanjang saya kerja kat firm ni, ni la first time saya tengok secara live apa yang selama ni orang lain cerita.

Walaupun yang lebih rasa pedih dah tentunya bos saya, yg sangat baik hati dan tak berdendam pun, tapi saya pun rasa tempiasnya. Terkejut sangat bila seorang pegawai tinggi yang berpangkat Datuk dan dihormati bersikap sangat tak profesional. Terkedu semua orang. Tambah kesian pada klien saya. Macam la dia takde duit..Siap nak bleklis kitorang yang ikhlas buat kerja, carik makan, nak bantu keluarga..Nak respek ke tidak lagi orang macam ni?

Bila saya ceritakan pada suami, saya sampai nangis-nangis, bukan sebab sedih, tapi sebab geram tambah kesian pada bos dan klien saya dan sikap tak menghormati orang yang dia tunjukkan. Urghhh..sangat tak profesional sedangkan perbincangan bukan pasal jual beli ikan kat pasar. Sampaikan pembantu dia hantar sms kepada kawan sepejabat (sebab dorang kawan seuniversiti) minta maaf sebab tak sangka bos nya sampai macam tu sekali..

Saya cakap pada bos, "macamana la kita nak cari makan macam ni..".

Bos saya jawab "Jangan risau, rezeki bukan dia yang bagi. Allah yang bagi."

Saya respek bos saya...

7 comments:

Anamarza said...

Betul!!! Rezeki Allah yg tentukan...dia rasa dia durian tu la tak kisah nak golek sana golek sini..kita yg dianggap timun ni jugak yg kena berhati2

amirah said...

betullllll sgt2 kak..dia di pihak yang kita perlu hormat..kalau dia tu orang biasa dan dgn sikap mcm tu, siapa jelah yang nak pandang dia..kesian saya pada dia....

nadnye said...

Saya sangat suka boss anda, betul apa dia cakap, rezeki Allah yang bagi bukan dia..

Biarlah dia dengan dunia dia, saya pun menyampah dengan orang yang kaki bodek kat tempat saya nie, perpangkat besar tapi tak tahu buat kerja, kejar pangkat dan kedudukan,
duit masih tak cukup..
sabar sahaja lah...

Wan Anie said...

betul cakap boss amirah tu, rezeki daripada Allah bukan manusia...

Itulah bila org menganggap dirinya ada kuasa dan ego, tak menghormati perasaan org lain...

Huzn said...

memang pun...aku jumpak ramai org2 kaya korporat yg bongkak gila...benci betoi aku...kalau ckp meletup2...ckp x mau jatuh punya la...eee...x suka betoi...especially org korporat yg byk bisnes ngan kontrak kerajaan...eksyen lebey...!

amirah said...

nadye, sllaunya orang mcm tu tak ke mana..bukan kita nak doakan dia mcm tu, tapi sikap dia yg buat org menyampah kan..

kak wan, tu la, masalahnya susah sketla nak carik makan kalau dia wat kecoh kata kitorg ni camni la camtu la..ish ish..taktaula nak kata camne..siap nk suggest ngan ketua menteri nk blacklist firm dr panel kerajaan negeri...tension la bos saya, saya ok la lagi sebb mkan gaji...

ruhul...ko tktau lagi kat sini camne..tak terkata dah..ko kena ikut telunjuk depe je..kalo tak abisla ko kena jatuh..politik kuat giler kat sini...interview jd pegawai cikai2 pun siap mintak keahlian parti politik...ermmmm...bila dh jatuh nnt ckp rkyat tak kenang jasa..camne ek..taktau le nbak komen pe lagi dah

Jeng Ida said...

Salam kenal, asyik membaca artikelnya...inspirataif. benar terkadang kita risau soal datangnya rezeki.... mungkin karena kurangnya keyakinan... bahwa sumber dari rezeki adalah Allah. Kita hanya membuat sebab agar rezeki datang... biarkan Allah yang menentukan. Thanks.... terima kasih. Jeng Ida http://klikdisini.com/batiklasem