Friday, December 10, 2010

Universal Studio Malaysia?

Melaka nak buat taman tema ala-ala Universal Studio pulak dah. Namanya Laman Seni Film City. Kiranya macam Universal Studio ni.. 

"MELAKA: Sebuah taman tema ala-Disneyland dan Universal Studio akan dibangunkan di negeri ini dengan kos kira-kira RM300 juta dalam usaha membantu kerajaan meningkatkan industri pelancongan negara, khususnya di Melaka.

Projek Laman Seni Film City ini, akan dibangunkan Fine Leisure Development Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Eurofine di tapak seluas 21.668 hektar di Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya, berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh.
Pengarah Urusan Kumpulan Eurofine, Ida Rahayu Md Noor berkata, projek itu yang diilhamkan pihaknya pada 2000, akan dimulakan pembinaannya awal tahun depan dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun."

Malasla nak komen. Jangan jadi projek gajah putih dah la...nanti terbiar macam tu je. Harap nya projek ni menjadi ye. Boleh jadi salah satu benda yang boleh menarik pelancong ke Melaka.

Baca artikel penuh di SINI 

5 comments:

Huzn said...

emmm...tak payah la...kang jadi cam bukit carakah...

amirah said...

kalau kat melaka ni semuanya itu ini nak buat tapi end up semuanya terbiar gitu je.

Heidi Shafiq said...

melaka dh terlalu byk gajah putih.. sudah2 la.. jgn giler projek.. kaji dulu tahap sociology kat situ..

ayu said...

tak dapat nak bayangkan la kalau BETUL2 jadi buat..huhu

Anonymous said...

kalau buat theme park tapi nampak murah...baik tak payah buat. Kos pembinaan RM300 juta jer? seems cheap to me. Banyak project pelancongan (technology/machine type) di Melaka nampak murah....feels pon murah..

Kalau theme park mcm sunway lagoon tu buat kat melaka baru best! Masalahnye takde gigantic company yg nak invest buat theme park kat melaka. Most company yg invest company kecik2...so end up theme park yg boring, cheap, bosan, no quality.. (monorail melaka failed!, menara taming sari looks so cheap, melaka wonderland?..not close to tambun city, etc..)