Wednesday, December 15, 2010

Lagenda Ibu Tiri


"anak tiri, anak angkat, anak buah, anak orang lain tak sama dengan anak sendiri"
Abang kepada beras biras saya duda anak satu. Majlis kahwin, baru habis minggu lepas. Meriah. Meriah macam bukan perkahwinan duda anak satu. Berkenalan tak sampai berapa bulan, terus bertunang dan kahwin. Dah suratan jodoh.
  
Duda 34 tahun anak satu yang kematian isteri 6 tahun lepas sebab kanser usus. Muka dah keras. Tak senyum sepanjang majlis. Mungkin dah lama tak senyum. Atau ada perasaan sedih yang terselit dalam hati.

Isteri baru muda. Baru 24 tahun. Nak bermanja-manja dengan suami. Tangkap gambar kawen dengan jari tunjuk isyarat "peace". Muka cantik, comel pulak tu. Tapi sayang, mulut agak "meriah".

Anak kecil baru 6 tahun. Tak pernah panggil sesiapa "mama" sepanjang tempoh 6 tahun lepas. Ntah faham ke tidak ayah nya kahwin lagi. "Kahwin" dalam bahasa budak-budak mungkin bermaksud duduk sama-sama, makan sama-sama.

Lebih parah, mak mertua dan adik ipar perempuan saya adalah tukang match maker nya.

Si isteri muda telefon adik ipar perempuan saya, mengadu-ngadu...."abang ni degil, keras kepala". Tak dapat tangkap apa butirnya. Mungkin sebab ada benda yang si suami tak buat mengikut "kehendak" si isteri.

Sebelum itu, si isteri komplen....

"tak mau anak jadi flower girl. Tak suka"

"kalau pergi honeymoon, tak boleh bawak anak sama.."

Semalam, makin menjadi. Adik ipar kata si isteri telefon dan mengadu, berebut tempat duduk depan dalam kereta dengan anak tirinya. Serius kebudak-budakan. Mungkin dia tak sedar suaminya duda anak satu.

Kesian pada siapa? Pada isteri barunya ke atau anak kecil nya sekian lama dijaga sendiri??. Atau pada dia sendiri yang dah tentu akan berbelah bahagi yang mana satu nak di jadikan priority?

Atau pada mak mertua saya dan adik ipar sebagai perancang yang sentiasa akan "menerima" aduan?

Kata orang tak sama anak orang lain dengan anak sendiri. Digambarkan dalam filem drama-drama melayu hatta omputih sekalipun, ibu tiri mesti garang, brutal, suka mendera fizikal mahupun mental. Dah jadi macam satu fakta. Hakikatnya takdelah macam tu sekali. 2 orang kakak saya bertemu jodoh dengan duda dan ada anak segera, tapi takdela pulak melibatkan unsur-unsur penderaan. 

Kadangnya anak sendiri pun tak tercurah kasih sayang...macam ni -- Bayi dibalut kain batik lusuh ditemui.

Pelik tapi benar.


7 comments:

lydzar said...

mak muda dia tu mmg muda, sebab tu kebudak-budakan.

dia tak ingat or buat2 tak ingat, dia kawen dgn pakej.. hmm patutnya kena carik perempuan yg boleh terima anak tu sekali lah, kan

Hanis MY said...

huhu kesiannya... takkan la tak ada rasa kasih dan sayang pada budak, walaupun bkan anak sendiri, seronok apa ada budak2, ini siap berebut pulak siapa yg budak sebenarnya hadoiii

Anamarza said...

hmmm...susah nak cakap tu, kalau dah awal2 lagi dah tunjuk sikap kebudak-budakan, doakan yg terbaik jer la, harap2 dia akan berubah jadi lebih matang...

ayu said...

kesiannya budak tu...dapat mak tiri yang perangai mcm budak2...mmmm...harap2 tak berpanjangan kes ni ye ami..

Sharinginfoz said...

kena pandai menyesuaikan diri dan susah juga kan kalau asyik nak bermanja aja

Huzn said...

hmmm...susah jugak nak cakap...nak salahkan isteri mudanya tu pun x boleh jugak...sbb kemungkinan kalau kita dia tempat pun mungkin jugak jadi perkara yg sama tanpa kita sedar...suami sepatut boleh expect benda2 mcm ni memandangkan isteri masih sgt muda...alaaaa...mula2 kawen mcm tu la...suami pandai2 la handle...isteri pun perlu perhatian jugak...tapi berebut tempat duduk mmg x bleh blah la...lawak plak aku rasa

Lady of Leisure said...

ramai yang kawin muda ok jer sebab i tot wanita ni cepat matag but in this case may be dia tak boleh nak get used dengan keadaan tu hopefully lama2 dia akan ok.. :)