Tuesday, December 14, 2010

Gout kah Aku?

Sejak menjak ni kerap pulak sakit kaki terutama lepas bangun tidur. Apa benda yang dah jadi kat kaki ni? huwa huwa huwa..bila bangun tidur tu yang rasa sakit sangat, tapi lama-lama bila dah jalan-jalan, okey pulak dah.

Misteri apa pulak ni. Bila tanya dengan cik abang, dia kata maybe gout sebab dia pesakit gout tegar. Oh tidakkkk...gout? mak tak dapat terima kenyataan ok. huwa huwa huwa lagi..

Takkanlah gout kut. Nak kata asyik makan seafood, takde pulak. Sebab minum kopi ke? Tapi selalunya pagi secawan je. Makan limau pun dah lama. Last makan limau masa Tahun Baru Cina lepas. Ok tipu. Kacang? ermmm..pun dah hilang ingatan bila last time makan. Kesimpulannya pemakanan macam ok je. Macam jela sebab taktau la ok ke tidak.Sendiri yang kata ok.

Adakah sebab muatan badan dah berlebihan?. Sebab malam semalam ada buat aktiviti menyoping henbeg kejap sebelum balik rumah. Sian kat kaki..mengangkut berat..ishhh..memang nak kena diet gila-gila ni.

Masa weekend, menyelak album lama. Tiba-tiba tertengok balik gambar masa patah kaki. Nasib baik sempat tangkap gambar. Ada jugak la kenangan. Time tu seksanya nak pergi mana-mana. Dahla rumah kat tingkat 2, takde lif pulak tu. Sila imejin ye macamana keseksaan fizikal nak mendaki tangga rumah.

Yang lagi seksa, time kaki gatal..waaa..yang ni memang tak bleh nak tolerate. Berzikir camne pun kalau dah gatal, memang nak kena garu. Heh..akhirnya pembaris panjang juga la penyelamat. Masukkan perlahan-lahan pastu garu....Lega.

lol..

Siapa yang pernah patah kaki ke tangan juga?

*gambar tidak disertakan sebab terlampau ngeri kerana subjek di dalam gambar tidak mandi untuk beberapa hari..sekian*

9 comments:

kucingorengemok said...

tak mandi BEBERAPA HARI?? percubaan nak celup kaki & tuba ikan kah? hehe.

adik kita pernah patah tangan, elok je baik tangan kanan, dia lari² jatuh patah tangan kiri pulak!

Sharinginfoz said...

kesiannya

Hanis MY said...

Sis cemana leh patah kaki tu huhu, erm rasanya tak mungkin gout, mungkin cram2 biasa je, org ppuan kan senang cram especially kalau tak cukup calcium...

lydzar said...

seronok nya shopping sampai sakit2 kaki yer..

azzey said...

amirah: tertanya2 juga ye bl lain dari kebiasaan ni....mcm saya bru2 ni sakit kat bahagian tumit......tp dh ok skrg ni..:)

Huzn said...

ami...kenangan patah kaki tu...sian sgt kat ami...rasa bersalah pun ada...masa tu ingat ami terseliuh biasa je...mase tu talipon pun hilang kan?

amirah said...

KOG..adoiiii..sakitnyaa..cubaan menuba ikan tidak berjaya sebab boifren dtg melawat, jadi kenala control cun

bro nik :aah, sangat sadis kenangan itu

amirah said...

hanis : taktaula apa dia ni.yg pasti tak selesa sgt2..

lydzar : sakit kaki pun takpe..janji ada hasil tangkapan..hehe

azzey : tula..apa dia ntah yg terjadi kat sistem badan saya nih..heh

roho : hahaha..lawak kan?masa nak balik tu siap gelak2 lagi sambil nangis.sengal.patotla sakut sgt rupanya patah..haha..tapi kat taman dagang tu memang terbaik dari ladangla saiz tikus2 dia..eeee...takottt

ayu said...

rasanya ada gak time ami patah kaki tu..hehe