Tuesday, December 28, 2010

Awasi Anak Anda di Eskalator

Baca berita hari ni dalam suratkhabar? Berita kaki budak cedera tersepit eskalator. Terasa macam nak komen sebab ada di tempat kejadian. Bak kata orang memang  the right time at the right place.

Ahad pukul 9 malam. Kami baru tiba ke situ tak sampai 10 minit. Tengok orang kerumun eskalator. Ingatkan ada orang terjatuh. Tengok-tengok ada budak perempuan dalam darjah 5, tersepit kaki dalam eskalator.

Sila imejin ye, jejari kaki termasuk dalam celah-celah eskalator. Disebabkan eskalator tu sedut kasutnya. Ye, kasutnya. Saya tak berani nak tengok. Ala-ala jengah manja je. Takut pulak nak tengok, kut-kut berdarah ke apa. Maka, Encik Husben pun tolong apa yang patut. Kitorang dua duk diam-diam tolong tengok dari jauh je.

Sian kat budak tu terjerit-jerit sakit. Gila kau kaki masuk celah-celah tu mestila sakit. Adoi..Dekat sejam juga kakinya tersepit baru bomba bleh keluarkan. Paramedik pun dah stand by.

Ditambah pulak dengan drama antara pekerja shopping complex termasuk guards dengan reporter. Iye, reporter sampai situ sangat cepat ok. Ramai pulak tu. Taktau sape yang jadik informer. Dah ada pulak nak bergaduh-gaduh sebab pekerja-pekerja tu tak bagi sesape pun ambil gambar. 

Tak boleh ambil gambar sebab nak jaga nama shopping complex tu atau nak jaga air muka mangsa? 

Wartawan itulah kerjanya. Guard tu pun itulah kerjanya. Kalau tak dapat berita macam ni, wartawan tu mesti kena marah dengan bos dia. Guard tu pun kalau tak jaga gerenti kena sound tak pun terus kena sack.

Apa pun, tolong awas dengan anak-anak ye. Kadang-kadang tengok mak ayah biarkan je anak turun naik main eskalator.

Dan kasut mahal pun tak tentu boleh selamatkan kaki kalau tuan punya kaki tak sayang kakinya sendiri..lol





7 comments:

wahida said...

issshhhhh...nauzubillah...awak ada kat sana masa tu? huh, mesti ngeri kalau tgk kan?

BIONIC WOMEN said...

kekadang pikir skali macam x logik jer leh masuk kaki kan..tapi takut toi ler..anak saya pun suka sangat kalau time nak naik eskelator nih..

azzey said...

amirah: ngerinya baca citer nih.....awasi anak2 selalu...

Syigim said...

dulu2 penah ade kes mcm ni, budak tu pakai kasut crocs. sejak tu lagi kak mmg careful sgt bila my boys naik turun escalator. mmg kalo bole berdiri jauh2 sikit dr lipatan escalator tu...

Mata Hati said...

tak boleh bayangkan mcm mana. dulu pun dah pernah tgk budak tersepit kaki kat eskalator ni..meraung2 tahan sakit. mujur pakcik bomba cepat datang sbb balai tak jauh dari situ

nur said...

amirah
sk seram betula..
naik lif ajela..

jemput ke ALL IN ONE

Sharinginfoz said...

alamak macam2 kan, teringat anak tersepit kat lift dulu