Thursday, December 02, 2010

Gunakan Tanpa Was-was

Kat opis korang ada tak orang yang berpenyakit was-was ni? Ni kat ofis ni ada seorang tau. Lelaki. Adoi, was-was dia satu hal. Satu hal lagi dah boleh buat huru hara keadaan ofis ni. Mana taknya, bila time dia dalam toilet berjam-jam. Hairan jugak apa yang dibuat lama-lama dalam toilet tu. Ntah apa yang dia belek gentel ek. Nak gentel lebih-lebih kena sambung kat rumah la gamaknya.

Tambah menyayat hati bila waktu dia ambik wuduk time nak solat Zohor. Mak oi, memang lama. Kejap-kejap basuh muka balik. Kejap-kejap basuh muka balik. Rasa-rasanya kan ikut history memang terbaiklah dia punya lama. Caya tak kalau ambil wuduk je dah dekat setengah jam tau. Memang terhapus la semua kuman-kuman yang ada. Tak bagi chance dorang nak bermastautin.

Tapi paling sakit jiwa lara ni hah bila dia dalam toilet, perut ni hah meragam pulakkkkk...Time tu mulalah hati ni nak "memuji" je dia tu. Tadi dia buat lagiiiiiii. Sabar. Senyum. *buat muka beriman sebab nak menahan sakit perot..nanges* 

Ini lah bisikan syaitonirrajim kat hati kita. Was-was. Tak yakin. Tapi penyakit was-was ni bukan eksklusif untuk officemate saya yang dihormati lagi disegani yang tersebut di atas tu.

Saya pun kenkadang ada. Time dah keluar rumah seploh minit baru teringat was-was "suis iron dah tutup ke belom". "Pintu belakang pulak dah kunci ke tidak". "Tadi ada masak nasi Ahmad, dah tutup api ke tak?". Ish...memang rasa macam nak pang je. Time-time dah jauh dah keluar rumah mulalah syaitonirrajim ni buat kerja membisik-bisik bagai.

Kadang-kadang berdoa sangat minta dijauhkan dari penyakit was-was ni. Tak senang hati dibuatnya.

Siapa ada pengalaman best pasal penyakit was-was?

nota kukukaki : Ni nak tanya, yang bedak sabun ubat gigi Zaitun "gunakan tanpa was-was" tu dah takde ek..


4 comments:

ayu said...

hehe..teringat plak en suami ayu ni ami...dia pun ala2 mcm kawan ofis ami tu...kalau ambil wuduk mmg lama..dah tu mmg timbul was2 tu aa...tapi, sejak dah ada anak ni tak de dah mcm tu..

Sharinginfoz said...

semoga kita tak tergolong dalam kategori ni

Anamarza said...

Amie..akak pun sama, kalau dah kunci umah tu mula la terfikir, dah tutup pintu dapur ker, suis dah tutup semua ker, ade benda lg ker yg tertinggal, hubby ngan anak2 plak laju jer jalan ker kereta..kita yg terkedek2 lambat...

eRaY said...

was-was nie kerja syaitan durjana, saye nak bagi kite kesan cuak & tak yakin...
pssstt nanti join tau my 1st Give Away, cekitdot.